Selasa, 2 April 2013

Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Bilik Darjah

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : 1 Standard
Masa : 11.20 - 12.20 tengah hari
Tema 2 : Bersih dan Sihat
Tajuk : UNIT 10 : Makanan Berzat
Standard Kandungan : 1.3, 2.3, dan 3.5
Standard Pembelajaran : 1.3.1, 2.3.1 dan 3.5.1

Objektif Pembelajaran :
Pada akhir proses p&p murid dapat :
  1. mendengar, memahami dan memberikan respon terhadap sesuatu arahan secar  lisan atau gerak laku dengan betul.
  2. membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  3. mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai sumber.


Langkah Pengajaran : 
  1. Set induksi
  2. Guru mengaitkan set induksi dengan tapik pembelajaran pada hari ini.
  3. Guru menerangkan isi kandungan pelajaran dan aktiviti hari ini.
  4. Guru menunjukkan gambar piramid makanan dan meminta murid memberikan idea dan pandangan mereka tentang makanan yang terdapat dalam piramid makanan.
  5. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk menjalankan aktiviti berkumpulan iaitu menyenaraikan makan berzat yang mereka tahu.
  6. Guru membimbing murid membaca petikan tentang makanan berzat dan meminta murid membaca secara individu dan berkumpulan.
  7. Murid menyediakan satu peta minda yang menunjukkan makanan berzat secara berkumpulan.
  8. Murid diminta membentangkan hasil kerja mereka.
  9. Guru membuat kesimpulan daripada aktiviti hari ini.


Nilai : Bekerjasama
BBB : Buku Teks, Buku Aktiviti, Marker, Kertas Mahjong dan Gambar Piramid Makanan.

Refleksi :

          Sebelum saya perancang P&P pada hari ini saya pada mulanya tidak merancang untuk murid-murid membentangkan hasil kerja kumpulan kerana mereka masih lagi murid tahun 1. Namun saya memberi peluang kepada murid-murid saya untuk membentang hasil kerja mereka untuk mengetahui tahap keberanian mereka untuk mengeluarkan idea dan pendapat mereka. Saya menunjukkan kepada mereka kaedah membentang hasil kerja dengan betul kemudian barulah saya mengarahkan mereka membentangkan hasil kerja mereka. 
          Sepanjang aktiviti berkumpulan dijalankan, saya begitu gembira melihat murid-murid saya dapat bekerjasama dalam kumpulan dengan baik walaupun masih terdapat murid yang kurang aktif untuk menjalankan aktiviti berkumpulan. Namun melihat keseronokan rakan-rakan lain menjalankan aktiviti berkumpulan menyebabkan murid yang kurang aktif tadi mula melibatkan diri dalam kerja berkumpulan. Saya sentiasa menjalankan aktiviti berkumpulan semasa proses p&p. hal ini kerana, saya ingin melihat murid-murid saya dapat berinteraksi sesama mereka untuk menyampaikan idea dan pendapat mereka. 
          Hasil daripada kerja kumpulan mereka iaitu menghasilkan peta minda tentang makanan berzat sangat memuaskan hati saya. Mereka menghasilkan kerja yang sangat cantik dan menarik. Walaupun mereka hanya murid tahun 1, namun hasilnya sangat baik. Saya sangat bersyukur p&p saya pada hari ini bukan sahaja mencapai objektifnya tetapi mendapat hasil yang di luar tanggapan saya. Guru seharusnya memainkan peranan yang penting untuk membuat tunjuk cara kepada murid dan memberi peluang kepada murid untuk menghasikab kerja mengikut idea mereka sendiri.     
          Untuk p&p yang seterusnya, saya akan mengadakan lebih banyak kerja kumpulan dan pembentangan untuk mengasah kemahiran bertutur murid dan sekaligus untuk mengasah bakat murid bercakap dihadapan orang ramai. Tahniah cikgu ucapkan buat murid-murid cikgu yang memberi perhatian penuh dan memberi kerjasama sepanjang proses p&p hari ini. Teruskan usaha untuk menjadi murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan