Ahad, 4 Mei 2014

100 NASIHAT UNTUK MEMPEROLEHI KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT

Rujukan :
INDAHNYA SEBUAH PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
Karya : Mahmud Bin Al-Jamil

Bismillahirahmanirahhim...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Malah Penyayang.

1. Jawablah azan sepertimana yang terdapat pada sunnah S.A.W, jangan bercakap atau menyibukkan diri dengan pekerjaan lain ketika azan.

2. Berselawat ke atas nabi dan berdoa sesudah azan.

3. Jangan keluar daripada masjid selepas azan melainkan kerana keuzuran yang darurat.

4. Tekunilah kamu azan sekiranya kamu tidak solat di masjid.

5. Tunaikanlah semua solat fardhu.

6. Berdoalah meminta kepada Allah hajat kita di dunia dan akhirat, waktu yang diperkenankan doa di antara azan dan iqamah.

7. Bantulah manusia mendirikan masjid di tempat yang tiada masjid dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk harta dan diri.

8. Muliakanlah masjid, masuk dengan kaki kanan, perihalahlah ia daripada kekotoran, perihalahlah adab-adab, jangan bercakap perkara yang sia-sia, jangan melompat, jangan ketawa dan jangan bertengkar serta keluarlah dengan melangkah kaki kiri.

9. Jangan meludah dalam masjid, dan jangan juga berludah ke arah kiblat.

10. Peliharalah solat di awal waktu dengan berjemaah di masjid, terutama isyak dan subuh.

11. Janganlah melewatkan solat daripada waktunya.

12. Jangan bercakap hal-hal keduniaan ketika selepas fajar hingga terbit matahari.

13. Duduklah di tempat solat selepas dua solat subuh dan asar.

14. Beriktikaflah di waktu kamu lapang, dan sibukkanlah dirimu dengan ketaatan kepada Allah.

15. Jangan makan makanan yang mempunyai bau yang busuk seperti bawang putih dan bawang merah, dan jangan kamu menghisap rokok supaya kamu tidak mengganggu orang yang berdamping denganmu.

16. Perintahlah isteri, anak-anak dan jiran-jiran kamu supaya memelihara solat, kerana sesungguhnya solat ialah rukun agama Islam yang paling utama.

17. Perintahlah isteri-isteri kamu solat di rumah mereka.

18. Perintahlah anak-anak kamu solat ketika berumur tujuh tahun, pukullah mereka sekiranya mereka meninggalkan solat ketika mereka berusia sepuluh tahun. Dan janganlah kamu mengambil ringan, ia akan menyebabkan kamu berdosa.

19. Terangkan kepada keluarga kamu dan  orang lain kelebihan mendirikan solat dan akibat meninggalkan solat.

20. Perihalahlah solat-solat sunat dan rawatib, qobliah dan ba'diah, sama ada muakkad atau ghoiru muakkad.

21. Peliharalah sebahagian solat-solat sinat di rumah.

22. Peliharalah solat sunat dhuha, sekurang-kurangnya dua rakaat dan paling banyak lapan rakaat.

23. Peliharalah solat sunat dua rakaat selepas maghrib.

24. Bersedialah untuk bangun malam dengan zuhud terhadap dunia, tidak makan sehingga kenyang dan tidur seketika di waktu siang.

25. Peliharalah zikir-zikir dan doa  sebelum tidur dan doa sesudah bangun daripada tidur.

26. Peliharalah Tahajjud dan bangunkanlah ahli keluargamu untuk mendirikannya.

27. Tidurlah dalam keadaan bersuci, berzikir dan berniat untuk bangun malam.

28. Dirikanlah qiamullail dengan penuh khusyuk dan merendah diri kepada Allah S.W.T.

29. Perbanyakkan istighfar (memohon keampunan kepada Allah) di waktu-waktu sahur.

30. Lakukan solat istikharah meminta petunjukNya dalam setiap perkara penting dan berdoalah dengan doa-doanya.

31. Peliharalah solat berjemaah.

32. Peliharalah kesamaan sap dan merapatkan ketika solat berjemaah.

33. Bersegeralah mendapatkan saf pertama tanpa mengganggu seseorang.

34. Bersiwak setiap kali mengambil wudhuk kerana ia adalah sunnah.

35. Peliharalah doa iftitah, berkata "amin" di belakang iman dan membaca zikir-zikir sujud dan rukuk ketika solat.

36. Peliharalah Tomakninah ketika rukuk, sujud, iktidal dan duduk antara dia sujud.

37. Awas daripada melintas di hadapan orang yang sedang solat.

38. Letakkan penghadang di hadapan kamu jika solat di tempat laluan orang di hadapanmu.

39. Bersegeralah pergi solat Jumaat dan janganlah melewatkan hingga selepas azan.

40.  Tekunilah mandi pada hari Jumaat.

41. Potonglah kuku kamu setiap seminggu dan jagalah kebersihan kerana sesungguhnya Islam menggalakkan kebersihan dan kecantikan.

42. Berwangi-wangian untuk mendirikan solat Jumaat dan pakailah pakaian yang terbaik.

43. Awas daripada melangkahi orang, kerana yang demikian adalah ditegah.

44. Jangan bercakap-cakap ketika khutbah sedang dibaca, kerana yang demikian adalah ditegah dan menghalang daripada pahala Jumaat.

45. Tekunilah membaca wirid harian daripada al-Quran.

46. Perbanyakkan selawat dan salam ke atas nabi S.A.W pada malam dan hari Jumaat.

47. Sentiasalah banyak berzikir mengingati Allah secara terang atau sembunyi (hati), dan jahuilah kelalaian, dan jahuilah daripada kejahilan.

48. Hadirlah majlis-majlis ilmu kerana ia adalah taman daripada taman-taman syurga.

49. Elakkan menghadiri majlis yang jauh daripada mengingati Allah dan rasulNya.

50. Apabila kamu bangkit dari majlis, maka bacalah tasbih kafarah :
 (Maha suci Engkau, Wahai Tuhan kami dan segala kepujian kepadaMu, Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau, Aku memohon keampunan kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu).

51. Peliharalah zikir-zikir selepas setiap solat.

52.  Berdoalah kepada Allah Taala dalam sujudMu, dan mengiringi Tasyahhud dan dalam kegelapan penghujung malam.

53. Ingatlah Allah ditempat-tempat yang kebiasaannya kita lalai daripada mengingatiNya seperti pasar dan selainnya.

54. Bersangka baiklah dengan Allah dan jangan melengahkan memohon doa kepada Allah.

55. Mohonlah keampunan Allah dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

56. Mohonlah kepada Allah dengan hati yang hadhir dan khusyuk dan jangan berdoa dengan hati yang lalai.

57. Janganlah berdoa yang buruk ke atas diri sendiri, keluarga dan pasangan kamu.

58. Amalkan membaca makthurat, kerana itu adalah yang sebaiknya.

59. Jangan memohon daripada orang yang telah mati, atau penghuni kubur selain daripada Allah, kerana ia termasuk perkara menyukutukan Allah.

60. Mulakanlah doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas nabi S.A.W dan tutuplah doa dengannya.

61. Doakanlah saudaramu walaupun tidak disedarinya dan mintalah dia mendoakanmu dan jangan mendoakan yang buruk ke atas orang Islam.

62. Perbanyakkan istighfar di waktu malam, terutama ketika waktu sahur.

63. Perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W pada setiap detik.

64. Peliharalah janggut kamu dan jangan kamu mendengar percakapan orang yang bodoh yang tidak memelihara janggut.

65. Jangan mengganggu dan menyakiti saudara seagamamu.

66. Hendaklah kamu mendamaikan antara sesama manusia.

67. Sekiranya seseorang melakukan kesilapan kepadamu lalu dia meminta maaf, maafkanlah dia, bahkan sebaiknya kamu memaafkannya sebelum dia meminta maaf.

68. Jangan menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk.

69. Jangan memanggil dengan panggilan buruk tersebut, bahkan panggilah dia dengan nama yang paling dia sukai.

70. Jahuilah kamu daripada membawa mulut (batu api) iaitu : menyebarkan cerita antara manusia dalam bentuk melakukan kerosakan.

71. Jahuilah mengumpat iaitu : engkau menyebut saudaramu dengan perkara yang dia benci.

72. Jangan menuduh seseorang.

73. Jangan kamu mendengar sesuatu yang tidak sepatutnya diucapkan.

74. Berbaik sangkalah dengan manusia.

75. Berkatalah dengan perkataan atau perkara yang baik. Jika tidak, berdiamlah kamu.

76. Jadilah hati yang baik dan janganlah engkau hasad dan dengki.

77. Jadilah manusia yang merendah diri (tawadhuk), janganlah kamu takabbur dan berbangga diri kepada orang lain.

78. Janganlah kamu berasa ta'ajub atau bermegah dengan dirimu dan pekerjaanmu.

79. Janganlah kamu memuji diri sendiri dan janganlah engkau mendakwa memiliki sesuatu yang tidak ada padamu.

80. Jangan kamu panggil orang yang fasik, pembohong dan kafir dengan panggilan 'Tuanku".

81. Jadilah engkau seorang yang benar dan jangan kamu berdusta, kerana sesungguhnya berdusta itu termasuk daripada dosa-dosa besar.

82. Janganlah kamu bermuka-muka.

83. Jangan kamu bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah sekalipun kamu benar.

84. Janganlah kamu memandang hina selain kamu. Sesungguhnya tiada kelebihan seseorang atas yang lain melainkan ketakwaan. Dan perkara tersebut dinilai dengan kesudahan ajalnya.

85. Buanglah duri dari jalanan.

86. Janganlah kamu duduk di jalanan dan jangan duduk terlalu lama di kedai kopi dan janganlah kamu masuk panggung wayang.

87. Tunaikanlah janjimu dan jangan kamu mungkiri janji.

88. Jangan kamu mendatangi, bomoh, ahli silap mata dan tukang tilik dan janganlah kamu mempercayai mereka.

89. Janganlah kamu mengukir berhala atau patung-patung manusia dan haiwan. Sesungguhnya seteruk-teruk golongan manusia yang mendapat azab di akhirat kelak ialah pengukir.

90. Jangan kamu simpan di dalam rumah kamu gambar yang mempunyai nyawa kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapatnya.

91. Jangan bermain dengan seruling dan alat-alat hiburan yang menyerupainya.

92. Jangan kamu menyanyi dengan syair-syair ahli fasik dan lucah serta jangan mendengarnya.

93. Jangan kamu mendengar alat-alat muzik dan jangan menyimpan alat-alat tersebut.

94. Jadilah kamu orang yang zuhud di dunia dan mencintai akhirat.

95. Bersegeralah bertaubat daripada segala dosa, dan turutilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu menghapus kejahatan.

96. Istiqomah dalam melakukan amal soleh. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah yang istiqomah dalam melakukannya sekalipun sedikit.

97. Redhalah dengan apa yang dikurniakan Allah dan jangan mengeluh.

98. Elakkanlan makanan kamu kerana makanan yang baik menjadi penyebab termakbulnya doa.

99. Jadilah orang yang sabar ketika ditimpa musibah dan jadilah orang yang bersyukur ketika mendapat nikmat daripadaNya.

100. Janganlah kamu menyimpan loceng dan janganlah kamu memelihara anjing melainkan untuk berburu atau mengawal.


Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua yang membacanya. Segala yang terbaik datangnya daripada Allah S.W.T, dan yang buruk itu datangnya daripada kekhilafan saya sendiri.
Sekian, terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan