Selasa, 28 September 2010

Program Sambutan Raya Tahun 2010



28 SEPTEMBER 2010 : Sambutan Hari Raya merupakan sambutan yang biasanya dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam di dunia. Tidak ketinggalan juga bagi warga SK Terusan yang sama-sama ingin menyambutnya. Oleh itu, unit kokurikulum SK Terusan telah mengadakan PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA yang diadakan di kawasan padang sekolah. Sambutan ini sangat meriah. guru-guru dan murid-murid sangat seronok dapat menyambut hari raya bersama-sama. Lebih menyeronokkan apabila sebelum sambutan ini dijalankan guru-guru bersama beberapa orang murid bekerjasama mencari buluh untuk membuat khemah dan mendirikan khemah. Pengalaman ini pertama kalinya saya rasakan di sekolah ini. Pada hari tersebut, saya ditugaskan untuk menghias pentas dan penyambut tetamu. Saya seronok kerana mendapat ilmu baru sepanjang program ini. Semoga sambutan ini dapat diteruskan di sekolah ini. Tahniah buat semua yang sama-sama menjayakan program ini. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.