Sabtu, 2 Oktober 2010

Majlis Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010



2 OKTOBER 2010 : Menyertai kumpulan koir sempena MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2010 menjadi pengalaman yang menarik saya ketika mula-mula bertugas sebagai guru. Peluang yang diberikan oleh pihak sekolah untuk menyertai kumpulan koir dari Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu tidak akan saya lepaskan. Saya terus bersetuju apabila Guru Besar memberi peluang tersebut kepada saya. Saya, rakan saya Rohayah dan Guru Besar menyertai kumpulan koir ini. Pengalaman ini sangat berharga bagi saya. Semoga ada lagi peluang sebegini untuk saya pada masa akan datang.