Isnin, 20 Oktober 2014

KERTAS KERJA SUKAN KEM 1MURID 1SUKAN

KERTAS KERJA KEM SUKAN
PERINGKAT SK TERUSAN LAHAD DATU
TAHUN 2014

1.             PENGENALAN

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1079 telah memperakukan bahawa aktiviti sukan adalah penting disemua peringkat persekolahan. Semua murid sekolah diwajibkan mengambil bahagian dalam kelab atau persatuan sukan dan juga digalakkan mengambil satu jenis permainan atau sukan. Dapatan kajian sukan telah menggatakan bahawa aktiviti sukan dapat menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan antara murid-murid pelbagai keturunana yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza.


2.             LATAR BELAKANG KEM SUKAN SEKOLAH

a.      Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 17 Mac 2010 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Ad Hoc Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB sendiri.
b.      Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang akan dilaksanakan mulai tahun 2011.
c.      Dasar 1MURID 1SUKAN merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menggalakkan penglibatan menyeluruh (mass participation) murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah khususnya bagi murid-murid yang kurang atau tidak aktif dalam sukan agar dapat melahirkan murid yang sihat dari segi fizikal dan mental.
d.      Dasar 1MURID 1SUKAN ini juga akan mengenengahkan  murid yang aktif dalam sukan agar dapat memperkembangkan potensi dan bakat murid kea rah kecemerlangan sukan.
e.      Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut;
                                          i.           Elemen keseronokkan
                                          ii.           Dapat memberi pendedahan kemahiran asas permainan
                                          iii.           Sebagai elemen untuk mempertingkatkan sosialisasi
                                    iv.           Dapat menerapkan elemen inovasi dan kreativiti dalam pengurusan sukan
f.        Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara terurus dan terancang serta mengimbangkan focus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistic kea rah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.


3.             MATLAMAT KEM SUKAN SEKOLAH

a) Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah.
b) Melalui rangsangan / tugasan murid dapat;
c) Murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah stesen yang melibatkan ramai ahli kelab.
d) Bersukan melalui aktiviti yang diubahsuai (modified games)



4.             OBJEKTIF KEM SUKAN SEKOLAH

a) Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokkan
b) Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis , kreatif dan inovatif dalam kalangan murid.
c) Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan
d) Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan
e) Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif


5.             ASAS-ASAS PERTIMBANGAN KEM SUKAN SEKOLAH

a)    Pelaksanaan dasar ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 dalam Mesyuarat Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh YAB sendiri
b)    Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN iaitu KP(BPSH)-SPDK) 201/500/01Jld.3 (14) bertarikh 1 Disember 2010.
c)    Dasar 1MURID 1SUKAN mempunyai lia (5) objektif utama bagi memenuhi pembentukan insan yang syamul dalam akademik dan pembentukan kecergasan individu iaitu;
i.                Meningkatkan kecergasan jasmani
ii.              Membentuk sahsiah
iii.             Membina jati diri
iv.             Meningkatkan disiplin
v.              Dapat membentuk nilai murni serta memupuk perpaduan antara kaum.
d)    Lima strategi telah dirangka bagi melaksanakan Dasar 1MURID 1SUKAN :-
i.                Membezakan aktiviti sukan dengan kokurikulum
ii.              Memperkasakan penilaian dalam sukan
iii.             Mewajibkan pelaksanaan aktiviti sukan sepanjang tahun persekolahan.
iv.             Memberi penekanan kepada pendidikan jasmani waktu persekolahan
v.               Mengadakan aktiviti asas sukan di sekolah melalui kelab sukan
e)    Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010: pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN iaitu KP(BPSH)-SPDK) 201/500/01Jld.3 (14) bertarikh 1 Disember 2010.
f)      Pelaksanaan Dasar iMURID 1SUKAN mewajibkan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan telah dilaksanakan mulai tahun 2011. Dalam aspek penilaian 2012, perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa dengan murid Tahun 4 dan Tingkatan 1 berdasarkan aplikasi Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
g)    Memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri dalamaktiviti sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
h)    Dalam jangka masa panjang, Dasar 1MURID 1SUKAN ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Di samping memupuk masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas, cerdas serta berdaya saing tinggi.
i)      Memberi peluang kepada semua murid yang kurang aktif, berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
j)      Flasafar Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi, jasmani dan social. Penekanan juga diberi dalam membangunkan murid dari aspek domain psikomotor, kognatif dan afektif.
k)    Kem Sukan Sekolah merupakan alat perantaraan yang amat penting untuk menjana dan mewujudkan perpaduan antara kaum dalam masyarakata.


l)               KUMPULAN SASARAN KEM SUKAN SEKOLAH

a.             SEKOLAH RENDAH
i.               Tahun 4, 5, dan 6
ii.              AJK Induk Kelab Sukan

m)           IMPAK / HASIL KEM SUKAN SEKOLAH:

i.               Membina satu kumpulan penggerak sukan atau penggiat sukan sekolah dalam kalangan murid
ii.              Murid yang kreatif dan inovatif dalam mengurus dan mengendalikan aktiviti kelab sukan
iii.            Meningkatkan penyertaan dan penglibatan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan
iv.             Menghasilkan golongan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas sukan serta mengamalkan gaya hidup sihat


JAWATANKUASA  KEM SUKAN SEKOLAH

Pengerusi                 : Tuan Haji Abdul Bin Haji Using

Timbalan Pengerusi           : Encik Abdul Rahman  Bin Suliman

Naib Pengerusi 1    : Puan Jurairah Binti Hj Amappease

Naib Pengerusi 2    : ENcik Amil Hasli Bin Amilasan

Setiausaha               : Cik Mimi Tantiana Binti Ganing

Bendahari                 : Puan Norizam Binti Ubang

Ahli Jawatankuasa  :
1.    Puan Halimah Bangawan
2.    Puan Rosnah Buntarang
3.    Cik Noor Azzahanie Ab Latiff
4.    Puan Saedah Mohd Yusoff
5.    Puan Noorlies Sukur
6.    Cik Nor Aminah Ibrahim
7.    Puan Pamela Grace Itin
8.    Cik Sarimah Ahmad
9.    Encik Askawadar Hindustan
10. Encik Saiful Khair Salamat
11. Encik Harun Andres

i.               Latihan / Bengkel
ii.              Peralatan
iii.            Pendaftaran / Penginapan / Makanan / Jamuan
iv.             Hadiah / Cenderamata / Sijil
v.              Jemputan / Sambutan / Buku Program
vi.             Perubatan / Keselamatan / Pertolongan Cemas
vii.           Pengangkutan
viii.          Siaraya / Publisiti dan Dokumentasi
ix.             Urusetia



 JADUAL KEM SUKAN SEKOLAH

TARIKH / HARI
MASA
AKTIVITI
TINDAKAN / LOKASI
Hari Pertama
20/10/2014
2.30 – 4.00 ptg
Semua peserta melapor diri
Pemudahcara / Kem Kom / Tim Kem Kom
4.00 – 4.30 ptg
Minum Petang / Solat  / Pengurusan Diri
Kem Komanden
JK Makanan
4.30 – 5.30 ptg
SLOT 1
Taklimat Kem dan Suai Kenal
Kem Kom / Pemudahcara
5.30 – 6.30 ptg
SLOT 2
Pengenalan Aktiviti Memanas Badan & Menyejukkan Badan
Pemudahcara
6.30 – 8.30 mlm
Makan Malam / Solat / Kuliah Maghrib / Pengurusan Diri
Kem Komanden
JK Makanan
8.30 – 10.30 mlm
SLOT 3
OVEP / Dinamika Kumpulan
Pemudahcara
10.30 – 11.00 mlm
Minum Malam
Pengurusan Diri
Kem Komanden
JK Makanan
Hari Kedua
21/10/2014
5.30 – 6.30
pg
Pengurusan Diri / Solat / Kuliah Subuh
Kem Komanden
6.30 – 7.00
pg
Perhimpunan Pagi :
Negaraku / Doa / Taklimat
Kem Komanden
7.00 – 7.30 pg
Malaysia Cergas / Senamrobik
Pemudahcara
7.30 – 8.00 pg
Sarapan Pagi
JK Makanan
8.00 – 10.00
pg
SLOT 4
Pengurusan Sesi Aktiviti
(Praktikal)
Pemudahcara
10.00 – 10.30 pg
Rehat / Minum Pagi
JK Makanan
10.30 – 12.30 thg
SLOT 5
Asas Permainan Kategori Serangan
Pemudahcara
12.30 – 2.30 ptg
Makan Tengahari / Solat / Pengurusan Diri
Kem Komanden
JK Makanan
2.30 – 4.00
ptg
SLOT 6
Sistem Pertandingan dan Kalah Mati
Pemudahcara
4.00 – 4.30
ptg
Minum Petang / Solat
Kem Komanden
JK Makanan
5.00 petang
Penutupan
Kem Komanden


ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
BARANG
KUANTITI
HARGA SEUNIT
HARGA
1.
SOUVENIOR
3 PCS
RM 50.00
RM 150.00
2.
CERTIFICATE PAPER  WITH SEAL
1 REAM
RM 48.00
RM 13.50
3.
CANON CATRIDGE - BLACK
1 PC
RM 45.00
RM 45.00
4.
CANON CATRIDGE - COLOUR
1 PC
RM 55.00
RM 55.00
5.
PERMENANT MARKER PEN
12 PCS
RM 3.00
RM 36.00
6.
WHITEBOARD MARKER PEN
12 PCS
RM 3.80
RM 45.60
7.
MAHJONG PAPER
2 ROLLS
RM 10.00
RM 20.00
8.
ID CARD WITH LANYARD
40 PCS
RM 3.00
RM 120.00
9.
COLOUR PAPER
1 PACKS
RM 14.90
RM 14.90
JUMLAH
RM 500.00

Disediakan oleh :                                                          Disemak oleh :

___________________                                                          _____________________
CIK MIMI TANTIANA HJ. GANING                        PUAN JURAIRAH HJ. AMAPPEASE
Setiausaha Sukan                                                          GPK Kokurikulum
SK Terusan Lahad Datu.                                                   SK Terusan Lahad Datu.

Disahkan oleh :                                               

___________________                                             
TUAN HAJI ABDUL HAJI USING              
Guru Besar  Cemerlang                                    

SK Terusan Lahad Datu.                                            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan