Isnin, 16 Ogos 2010

SK Terusan Lahad Datu

Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu merupakan sekolah pertama saya mengajar. Saya bersyukur kerana saya ditempatkan di sekolah yang berhampiran dengan rumah saya yang hanya memakan masa 15 minit untuk ke sekolah. Walaupun saya berasal dari Lahad Datu namun pengetahuan saya tentang sekolah ini sangat cetek. Selama saya berada di Lahad Datu, saya tidak mengetahui kewujudan sekolah ini. hanya selepas saya mendapat makluman daripada Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu (PPDLD), barulah saya mula menyelidik sekolah ini. Terima Kasih ALLAH kerana menempatkan saya di sekolah ini.



Insan bergelar GURU

16 Ogos 2010 bermulalah kehidupan saya sebagai seorang guru. Hari pertama bertugas sebagai guru selepas menamatkan pengajian dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazan (KPLI) di Institusi Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau. Amanah ALLAH yang harus dipikul dengan jujur dan ikhlas. Semoga kerjaya ini akan membawa saya ke SYURGA. Amin...