Selasa, 17 Mei 2011

Terima Kasih Sayang


Cenderamata daripada murid-murid sempena Hari Guru. Terima kasih buat semua murid cikgu kerana beri cikgu hadiah dan terima kasih atas ucapan hari guru. Cikgu sayang murid-murid cikgu.

Isnin, 16 Mei 2011

Sambutan "MAJLIS KAU LILIN HIDUPKU" sempena Hari Guru Tahun 2011

MAJLIS "KAU LILIN HIDUPKU"
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK TERUSAN
TAHUN 2011


Bulan Mei merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh setiap guru. Hal ini kerana pada setiap 16 Mei sambutan hari guru akan diadakan di setiap sekolah di seluruh negara untuk meraih segala pengorbanan guru yang selama ini mendidik murid-muridnya. Sambutan Hari Guru ini bukan sahaja dinantikan oleh guru-guru, malah turut dinantikan juga oleh murid-murid kerana ini lah peluang mereka untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru mereka yang selama ini mendidik mereka. 

Kegembiraan sambutan hari guru ini juga merupakan satu kegembiraan bagi saya. Buat pertama kalinya saya menyambut hari guru sebagi seorang guru. Menjadi seorang guru bukan lah satu tugas yang mudah. Amanah yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak murid merupakan satu tugas yang berat. Saya bersyukur Allah memberi saya peluang untuk menceburkan diri dalam bidang perguruan ini. Saya bukan sahaja dapat mendidik anak-anak murid saya, malah saya juga dapat mendidik diri saya sendiri. Melalui bidang perguruan ini lah saya dapat mendidik rasa tanggungjawab dalam memegang amanah yang Allah berikan. Kesabaran dan ketekunan dalam mendidik anak-anak murid menyebabkan saya menjadi insan yang lebih matang dalam menjalani hidup.

Bidang pendidikan bukanlah berorentasikan akademik semata-mata. Untuk melahirkan murid yang pandai sebenarnya lebih mudah berbanding melahirkan murid yang mempunyai sahsiah yang tinggi. Tugas guru sekiranya hanya ditumpukan untuk mengajar murid tentang mata pelajaran, maka lahirlah murid yang hanya bijak dalam pelajaran tetapi kurang dari aspek sahsiah. Tugas utama guru adalah untuk membentuk sahsiah murid yang lebih baik. Apabila guru dapat membentuk sahsiah murid menjadi baik, nescaya guru akan mudah mendidik murid dalam aspek pelajaran.

Tahun pertama menyambut hari guru, saya telah ditugaskan untuk menjadi penyelaras sambutan hari gru untuk tahun ini. Saya bersyukur kerana diberi peluang ini. Saya sukakan perkara-perkara baru. Oleh itu apabila saya diberi tugas ini, saya berasa seronok kerana saya akan memperolehi ilmu melalui tugas yang diberikan kepada saya ini. Semoga melalui perkongsian ini, pembaca mendapat panduan sedikit untuk menyelaras sambutan hari guru.


KERTAS KERJA
MAJLIS "KAU LILIN HIDUPKU"
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK TERUSAN
TAHUN 2011


1.0 PENGENALAN
Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam  mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka  lahirlah warga negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Hal ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Kerjaya suci dan murni seorang guru sememangnya tiada tandingan dan tidak dapat dijual beli dengan apa jua sekali pun. Di dalam agama Islam  sendiri seorang guru itu adalah berada di kedudukan yang tinggi dan utama selepas kedua ibu bapa.
Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Unit Kokurikulum dan Unit 3K dibantu oleh murid-murid Tahun 5 Standard turut tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

2.0 MATLAMAT

            Matlamat utama Sambutan Hari Guru  peringkat sekolah  2011 adalah untuk meraikan dan membalas jasa guru-guru Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru-guru dan murid-murid. 


3.0 OBJEKTIF
a)      Meraikan guru-guru Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei.
b) Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti mendidik murid-murid Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu.
c)      Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
d)   Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahin antara guru dan murid Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu.
e)      Mewujudkan sikap kerjasama antara guru dengan murid. 

4.0 TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT
            Tarikh                                    :  9-14 Mei 2011
            Hari                                        :  Isnin hingga Jumaat
            Tarikh Kemuncak Program  : 16 Mei 2011
            Hari                                        : Isnin
            Masa                                       : 7.10 pg - 12.00 t/hari
            Tempat                                   : Dewan Terbuka, Sekolah Kebangsaan Terusan.

5.0 ANJURAN

Unit Kokurikulum, Unit 3K, murid-murid tahun 5 Standard dengan kerjasama Kelab Guru Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu.


6.0  JAWATANKUASA PELAKSANA

MAJLIS “KAU LILIN HIDUPKU”
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK TERUSAN TAHUN 2011

PENGERUSI
Tuan Hj. Abdul Bin Hj. Using
Guru Besar

TIMBALAN PENGERUSI
Puan Jurairah Amappease
Penolong Kanan Kokurikulum

NAIB PENGERUSI 1
Encik Abdul Rahman Suliman
Penolong Kanan Pentadbiran

NAIB PENGERUSI 2
Encik Amil Hasli Amilasan
Penolong Kanan HEM

SETIAUSAHA
Cik Mimi Tantiana Binti Ganing
AHLI JAWATANKUASA KECIL

PENGACARA MAJLIS
Puan Halimah Binti Bangawan

BACAAN DOA
Encik Abdul Rahman Bin Suliman

AJK BUKU PROGRAM
Cik Mimi Tantiana Binti Ganing

AJK BACKDROP
Cik Pamela Grace

AJK FOTOGRAFI
Cik Rohayah Mohd Yunus

AJK PERSEMBAHAN
Puan Noorlies Binti Shukur

AJK HADIAH DAN CENDERAMATA
Puan Dg. Marianah Binti Ag. Amin

AJK AKTIVITI SUKAN
Cik Sarimah Binti Ahmad
Cik Norwani Binti Zainuddin
Cik Arbiah Binti Syamsuddin

AJK MAKANAN
Puan Zaharah Binti Azmuni
Puan Rosnah Binti Buntarang

AJK PA SYSTEM
Encik Askawadar Bin Hindustan



AHLI JAWATANKUASA KERJA
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu  Tahun 2011
Pengerusi                                                       :           Tuan Hj. Abdul Using
                                                                                    Guru Besar
Timbalan Pengerusi                                      :           Puan Jurairah Amappease
                                                                                    Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi 1                                           :           Encik Abdul Rahman Suliman
                                                                                    Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi  2                                          :           Encik Amil Hasli Amilasan
                                                                                    Penolong Kanan HEM
Penyelaras Program                                     :           01.       Cik Mimi Tantiana Ganing
                                                                                    02.       Cik Rohayah Mohd Yunus
Pengerusi                                                       :           Adik Azman Jamal
Timbalan Pengerusi                                      :           Adik Noor Azizah Mohd Ali
Setiausaha                                                      :           Adik Norfasilah Syamsul
Bendahari                                                      :           Adik Nurhidayah Munir Ali
Juruacara Majlis                                           :           01.       Adik Mohd Saiful Suardi
                                                                                    02.       Adik Noor Azizah Mohd Ali
AJK PA System                                            :            01.      Adik Abdul Rahman Shah Mohd   Shah                                                                               
                                                                                    02.       Adik Mohd Khairul Abdullah
AJK Hiasan Dewan                                      :           01.       Adik Aznil Amil
                                                                                    02.       Adik Mohd Rais Abd. Rahman
Bacaan Doa                                                   :           Adik Abdul Rahman Shah Mohd Shah
Hadiah dan Cenderamata                            :           01.       Adik Harlyanah Mohammad
                                                                                    02.       Adik Mohd Shafie Bakri
Peralatan                                                        :           01.       Adik Azman Jamal
                                                                                    02.       Adik Mohd Rais Abdul Rahman
                                                                                    03.       Adik Mohd Shafie Bakri
                                                                                    04.       Adik Mohd Amin Aspir
                                                                                    05.       Adik Mohd Izwan Abd Kadir
                                                                                    06.       Adik Aznil Amil
Aktiviti Tujukan Lagu                                 :           Adik Aznil Amil
Aktiviti Pertandingan Kad Ucapan             :           Adik Jumardin Mahat
Aktiviti Anugerah Guru                               :           Adik Azman Jamal
Aktiviti Sukan Rakyat                                 :           Adik Mohd Izwan Abd Kadir
Aktiviti Kuiz Hari Guru                               :           Adik Mohd Izz Khuzairi Murshid
Aktiviti Menjual Penanda Buku                  :           Adik Azizah Mohd Ali
Aktiviti Menjual Cenderamata                    :           Adik Muhd Rais Abd. Rahman
Aktiviti Menjual Kad Ucapan                     :           Adik Mohd Saiful Suardi
Aktiviti Menjual Cabutan Bertuah             :           Adik Nurhidayah Munir Ali
Aktiviti Teka Gula-gula                               :           Adik Mohd Khairul Abdullah
Aktiviti Cari Nama Tersembunyi                :           Adik Abd. Rahman Shah Mohd Shah

Siaraya (DJ)                                                  :           01.       Adik Mohd Saiful Suardi
                                                                                    02.       Adik Nurfasilah Syamsul
                                                                                    03.       Adik Mohd Shafie Bakri
                                                                                    04.       Adik Khairul Abdullah



TENTATIF PROGRAM
Sepanjang Sambutan Hari Guru Peringkat SK Terusan Lahad Datu Tahun 2011.

Bil
Hari / Tarikh
Aktiviti
Tindakan
1.
Isnin : 9 Mei 2011
Perhimpunan
PK Kokurikulum
SU Kokurikulum
Penyelaras Program
2.
Selasa : 10 Mei 2011
Tujukan Lagu
Penyelaras Program
AJK
Pertandingan  Membuat Kad Ucapan Hari Guru Tahun 1 dan Tahun 5
Guru PSV
Menjual Cenderamata Hari Guru
Menjual Tiket Cabutan Bertuah
AJK
3.
Rabu : 11 Mei 2011
Tujukan Lagu
Penyelaras Program
AJK
Aktiviti “Meneka bilangan gula-gula dalam bekas”
Penyelaras Program
AJK
Menjual Cenderamata Hari Guru
Menjual Tiket Cabutan Bertuah
AJK
4.
Khamis : 12 Mei 2011
Tujukan Lagu
Penyelaras Program
AJK
Aktiviti “Mencari nama staf SK Terusan yang tersembunyi”
Penyelaras Program
AJK
Pertandingan Membuat Kad Ucapan Hari Guru Tahun 6
Guru PSV
Menjual Cenderamata Hari Guru
Menjual Tiket Cabutan Bertuah
AJK
5.
Jumaat : 13 Mei 2011
Tujukan Lagu
Penyelaras Program
AJK
Aktiviti “Anugerah Guru”
Penyelaras Program
Guru
Pertandingan Membuat Kad Ucapan Hari Guru Tahun 3 dan Tahun 2
Guru PSV
Menjual Cenderamata Hari Guru
Menjual Tiket Cabutan Bertuah
AJK
6.
Sabtu : 14 Mei 2011
Sukaneka
Warga SK Terusan
7.
Isnin : 16 Mei 2011
Majlis “Kau Lilin Hidupku”
Warga SK Terusan


MAJLIS “KAU LILIN HIDUPKU”
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu Tahun 2011

7.10                             Ketibaan Guru Besar, Penolong Kanan, guru-guru, dan staf SK
                                    Terusan.
                                    Nyanyian Lagu
                                    1. Negaraku
                                    2. Sabah Maju Jaya
                                    Bacaan Doa
                                     ADIK ABDUL RAHMAN SHAH BIN MOHD SHAH
7.30                             Ucapan Perasmian
                                    Oleh TUAN HAJI ABDUL BIN USING
                                    Guru Besar SK Terusan
                                    Upacara Simbolik Sambutan Hari Guru
8.00                             Persembahan Koir oleh Murid-murid Tahun 3
                                    Penyampaian Hadiah Aktiviti
                                    1. Pertandingan Membuat Kad Ucapan Hari Guru
                                    2. Pertandingan Mencari Nama Staf SK Terusan yang Tersembunyi
                                    3. Pertandingan Meneka Gula-gula didalam Bekas
                                    4. Kuiz Hari Guru
                                    5. Johan Sukaneka Hari Guru
                                    Persembahan Koir oleh Murid-murid Tahun 4 & Tahun 5        
                                    Penyampaian Anugerah Guru
                                    1. Anugerah Guru Berdedikasi
                                    2. Anugerah Guru Baik Hati
                                    3. Anugerah Guru Paling Aktif
                                    4. Anugerah Guru Paling Tegas
                                    5. Anugerah Guru Paling Bergaya
                                    6. Anugerah Guru Paling Sporting
                                    Persembahan Koir daripada guru-guru
                                    1. Lagu Kami Guru Malaysia
                                    2. Lagu Guru Pembina Negara Bangsa
                                    Penyampaian Anugerah
                                    1. Anugerah Tokoh Guru
                                    2. Anugerah KTBM Cemerlang
                                    3. Anugerah Staf Pembersihan Cemerlang
                                    4. Anugerah Staf Keselamatan Cemerlang
                                    Penyampaian “Queen & King of the Year”
                                    Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah
                                    Pertukaran Hadiah Guru-guru
                                    Penyampaian Cenderamata daripada murid-murid
12.00                           Majlis Selesai

  

PENUTUP
            Tidak semua perancangan yang dibuat dapat berjalan dengan lancar serta berlaku seperti yang kita kehendaki. Kemungkinan perancangan tersebut adalah lebih berjaya daripada apa yang dijangkakan ataupun berlaku perkara yang sebaliknya. Oleh itu, Unit Kokurikulum, Unit 3K serta AJK Majlis “Kau Lilin Hidupku”  akan berusaha untuk memastikan Majlis “Kau Lilin Hidupku” sempena Sambutan Hari Guru SK Terusan Tahun 2011  ini akan berjalan lancar serta memenuhi objektif yang diharapkan.

LAMPIRAN :
1. POSTER

2. KAD JEMPUTAN

3. TAG NAMA AJK


4. BORANG PERMINTAAN LAGU


5. TIKET CABUTAN BERTUAH


6. TEKA SILANG KATA



7. BANNER



8. KUIZ TEKA GULA-GULA

9. BORANG UNDIAN ANUGERAH GURU


10. PENANDA BUKU







11. SOALAN KUIZ HARI GURU


12. GAMBAR KENANGAN SAMBUTAN HARI GURU








Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada pembaca.
Segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri.

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta perihalah kami daripada seksaan api neraka."