Ahad, 30 Oktober 2011

Program Pendidikan Alam Sekitar Tahun 2011



28 - 30 OKTOBER 2011 :

PENGENALAN

Program ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh murid-murid tahun 5 dan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu seramai 21 orang peserta dan 5 orang guru. Program ini dikelolakan oleh Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Terusan, Lahad Datu. Program ini dirancang akan diadakan pada 28 hingga 30 Oktober 2011 iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad.
Tujuan sebenar program ini adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada murid-murid untuk merasai pengalaman pembelajaran di luar kelas. Menyedari tahap perkembangan murid-murid maka lawatan ini dirasakan begitu penting memandangkan pembelajaran luar bilik darjah juga adalah salah satu kaedah pengajaran yang dapat memberangsangkan perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelektual, dan juga sosial murid.
Lawatan ini juga diharapkan dapat melatih murid untuk berdikari, berkeyakinan dan sekaligus menggalakkkan proses sosialisasi mereka dengan masyarakat sekeliling. Lawatan ini juga ingin memupuk nilai kasih sayang dan prihatin dalam diri murid-murid ini.

OBJEKTIF

Terdapat beberapa objektif yang hendak dicapai melalui program ini iaitu
  1. Memberi kesedaran kepada para murid agar peka terhadap isu-isu alam sekitar
  2. Memupuk nilai positif dalam diri murid mengenai alam sekitar dan memberi pemahaman asas fungsi alam semulajadi.
  3. Memberi peluang kepada murid untuk menikmati suasana pembelajaran di luar bilik darjah.
  4. Memberi peluang kepada murid melibatkan diri secara langsung tentang pembelajaran ekosistem alam di kawasan Pemuliharaan Lembah Danum.
  5. Memupuk sikap bekerjasama, bertanggungjawab, dan keprihatinan dalam kalangan peserta sepanjang program ini berjalan.

Program ini amat perlu dilaksanakan dalam usaha memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid berkenaan dengan ilmu Geografi disamping memahami pembangunan bentuk muka bumi seharusnya mengambil kira perubahan alam sekitar. Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang pelajar yang berminat dalam fotografi merakamkan pemandangan indah dan unik yang terdapat di Lembah Danum.

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh                        :           28-30 Oktober 2011
Hari                            :           Jumaat, Sabtu, dan Ahad
Tempat Program    :           Pusat Luar Lembah Danum, Lahad Datu

ROMBONGAN PROGRAM ALAM SEKITAR DI LEMBAH DANUM

KETUA ROMBONGAN
Puan Jurairan Binti Amappease
Penolong Kanan Kokurikulum

GURU PENGIRING
Puan Jurairah Binti Amappease
Cik Mimi Tantiana Binti Ganing
Puan Noorlies Binti Shukur
Cik Norhayati Binti Huddi
Puan Sebarni Binti Lannu
Encik Mohd Fairulsin Bin Hj. Abdul
Encik Mursidi Bin Subandi

SENARAI NAMA PESERTA YANG TERLIBAT
  1. Mohd Sabrih Bin Lahak
  2. Amil Farihin Bin Amil Hasli
  3. Syahril Bin Sulaiman
  4. Mohd Hafiz Bin Hasmadie
  5.  Nor Hajrah Binti Syamsul
  6.  Ahmad Hanafi Bin Selihin
  7. Mohd Azhar Bin Akil Dawan
  8. Mohd Nurhafizie Bin Mohd Yusuf
  9. Samsun Bin Hama
  10. Muhammad Asnur Hakim Bin Askawadar
  11. Suraya Binti Rugiyat
  12. Noraslinah Binti Kamul
  13. Rozimah Binti Rajumat
  14. Roskhastika Binti Tika
  15. Wahid Bin Jalil
  16. Muhammad Izz Khuzairi Bin Murshid
  17. Mohd Saiful Bin Suardi
  18. Mohd Rais Bin Abdul Rachman
  19. Noor Azizah Binti Mohammad Ali
  20. Nurhidayah Binti Munir Ali

Untuk melihat gambar sepanjang program ini berjalan silah tekan 'link' di bawah :
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.189056994507722.48739.100002102685113&type=3