18 - 19 MEI 2012 :
Kecemerlangan dalam segala aspek adalah amat penting
dalam kehidupan kini. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, pelajar perlu
menimba pengalaman secara teori dan praktikal, terancang dan berterusan demi
mencapai kejayaan. Para pelajar tahun 6 dan tahun 6 yang bakal menduduki
peperiksaan UPSR perlu dibimbing dan dibekalkan dengan teknik dan pembelajaran
berkesan bagi mencapai kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) kelak.
Oleh
itu, Program Bina Diri sempena Program Kecemerlangan UPSR yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling ini adalah merupakan program
motivasi yang dijalankan untuk murid tahun 5 dan tahun 6 bagi mempersiapkan
murid-murid Sekolah Kebangsaan Terusan untuk menghadapi UPSR. Program ini
dijalankan berikutan beberapa program persediaan UPSR yang telah dijalankan
untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid. Program ini juga merupakan
salah satu program untuk memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.
OBJEKTIF
a) Membantu murid dalam mengatasi masalah kelemahan penguasaan mata pelajaran
teras.
b) Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan
bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR.
c) Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar
pandangan.
d) Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
e) Membina sikap positif, membentuk jati diri dan disiplin dalam diri peserta.
f) Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan
murid-murid.
CATATAN :
Program Bina Diri ini merupakan programuntuk mendedahkan kepada murid tentang teknik menjawab soalan peperiksaan. Program ini saya jalankan selama dua hari dan telah menjemut empat orang penceramah iaitu :
BAHASA MELAYU – PUAN ZURAIDAH ABDILLAH (SK Lahad
Datu II)
BAHASA INGGERIS – CIK PAMELA GRACE ITIN (SK Terusan)
MATEMATIK – ENCIK AMRULLAH BIN SABIR ( SK Lahad Datu II)
SAINS – PUAN SAIDAWATI BINTI NORDIN (SK Pekan)
Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar. Menurut murid tahun 6 yang mengikuti program ini, mereka berasa seronok dengan ceramah yang diberikan oleh para penceramah. Mereka jelas tentang teknik menjawab yang disampaikan oleh penceramah. Terima kasih buat semua penceramah yang hadir memberikan ceramah. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kalian. Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat buat murid-murid dan guru-guru tahun 6.