Alhamdulillah....tahun ini tahun ke 2 saya berkhidmat di SK Terusan Lahad Datu. Banyak pengalaman dan kenangan yang saya perolehi sepanjang bertugas di sini. Setiap tahun ada saja tugasan baru yang saya terima dan ini memberi saya pengajaran dan ilmu dalam bidang pendidikan ini. Terima kasih buat semua yang banyak membantu saya dalam meneruskan tugas saya sebagai guru. Kepada barisan pentadbir, rakan-rakan sekerja, ktbm, dan murid-murid saya yang banyak membantu saya, saya ucapkan terima kasih. Tanpa kalian perjalanan perkhidmatan saya sebagi guru ini tidak mungkin bermakna. TERIMA KASIH SEMUA.
Ya Allah....Sibukkanlah anggota tubuh kami dengan ketaataan kepadaMu dan hati kami dengan makrifat kepadaMu. Sibukkanlah sepanjang hayat kami, siang dan malam kami, pertemukanlah kami dengan orang-orang yang soleh mendahului kami. Berilah kami rezeki sebagaimana rezeki yang Engkau kurniakan kepada mereka. Datangkanlah kepada kami sebagaimana yang Engkau datangkan kepada Mereka......Amin
Khamis, 16 Mei 2013
Sabtu, 27 April 2013
PROGRAM MOTIVASI INSAN CEMERLANG (PROVIC) TAHUN 2013
LAPORAN PROGRAM
MOTIVASI INSAN CEMERLANG
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN LAHAD DATU
ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 TAJUK
:
Program Motivasi Insan
Cemerlang (PROVIC) Sempena Program Kecemerlangan UPSR. Peringkat Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu
2.0 DIKEMUKAKAN
OLEH :
Unit Bimbingan
dan Kaunseling
SK Terusan Lahad
Datu
3.0 PENDAHULUAN :
Program Motivasi
Insan Cemerlang sempena Program Kecemerlangan UPSR ini adalah merupakan program motivasi yang dijalankan untuk murid tahun 6. Program
ini dijalankan berikutan beberapa program persediaan UPSR yang telah dijalankan
untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid. Program ini juga merupakan
salah satu program untuk memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.
Sokongan ibubapa untuk
menjayakan program motivasi ini amatlah diharapkan. Hal ini kerana ibubapa
merupakan salah seorang pendorong ke arah kecemerlangan anak-anak dalam UPSR.
Oleh itu, program ini melibatkan penyertaan ibubapa sebagai tulang belakang
kepada kejayaan anak-anak mereka. Dengan adanya penglibatan ibubapa, maka semua
pihak termasuklah guru-guru dapat bekerjasama membantu murid-murid meningkatkan
prestasi mereka dalam pelajaran.
Secara ringkasnya Program Motivasi Insan Cemerlang dapat
meningkatkan perkembangan murid-murid untuk menghadapi situasi pembelajaran
yang semakin mencabar.
4.0 RASIONAL
a) Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan
bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR.
b) Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar
pandangan.
c) Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
d) Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
e) Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah
kejayaan murid-murid.
f) Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran
murid-murid.
5.0 OBJEKTIF :
a)
Memberi peluang kepada murid-murid untuk
meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR.
b)
Memberi peluang murid-murid untuk
berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
c)
Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan
ke arah kejayaan murid-murid.
d)
Memberi pengetahuan serta memahami situasi
pembelajaran di rumah.
e)
Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan
dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.
f)
Memahami tentang perkara-perkara yang dapat
menghalang kecerdasan fikiran murid-murid.
6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Unit Bimbingan
dan Kaunseling telah mengadakan perbincangan untuk menetapkan tarikh, masa dan
tempat. Butirannya seperti berikut :
Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)
Tempat : Kelas
Tahun 6, SK Terusan
Masa : 8.00 pagi hingga12.00 tengah hari.
7.0 SASARAN
KUMPULAN
- Murid-murid
Tahun 6 (17 Orang)
- Guru Tahun
6
- Guru-guru yang terlibat
8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
AHLI JAWATANKUASA
PELAKSANA
PROGRAM MOTIVASI
INSAN CEMERLANG
SEMPENA PROGRAM KECEMERLANGAN
UPSR
PENGERUSI
Tuan Hj. Abdul Bin Hj. Using
Guru Besar
TIMBALAN
PENGERUSI
Encik Abdul Rahman Suliman
Penolong Kanan Pentadbiran
NAIB PENGERUSI 1
Encik Amil Hasli Amilasan
Penolong Kanan HEM
NAIB PENGERUSI 2
Puan Jurairah Binti Amappease
Penolong Kanan Kokurikulum
SETIAUSAHA
Cik Mimi Tantiana Binti Ganing
Guru Bimbingan Sekolah Rendah
BENDAHARI
Puan Norizam Ubang
Kerani Sekolah
AHLI JAWATANKUASA KECIL
PENGACARA MAJLIS
Puan Halimah Binti Bangawan
BACAAN DOA
Encik Abdul Rahman Bin Suliman
AJK BUKU PROGRAM
Cik Mimi Tantiana Binti Ganing
AJK BACKDROP
Puan Rosnah Binti Buntarang
Cik Pamela Grace
AJK FOTOGRAFI
Cik Mimi Tantiana Binti Ganing
AJK PERSEMBAHAN
Puan Noorlies Binti Shukur
AJK CENDERAMATA, DAN BAHAN EDARAN
Cik Sarimah Binti Ahmad
Cik Norwani Binti Zainudin
AJK MAKANAN
Puan Saedah Binti Yusoff
Cik Noor Azzahanie Binti Ab. Latiff
AJK PA SYSTEM
Encik
Askawadar Bin Hindustan
Encik
Mohd Husly Bin Hussin
9.0 TENTATIF PROGRAM
7.30 am : Ketibaan
Guru-guru, murid-murid dan ibubapa.
7.40 am : Ketibaan
Guru Besar
TUAN HAJI ABDUL BIN USING
Penceramah
Jemputan
ENCIK LAJARUDI BIN LAJAHADI
Nyanyian Lagu
1. Sabah
Maju Jaya
2. Negaraku
3. Lagu Tema
: Fikirkan Boleh
8.00 am : Bacaan
Doa
ENCIK ABDUL RAHMAN BIN SULIMAN
Ucapan
Perasmian daripada Guru Besar SK Terusan
TUAN HAJI ABDUL BIN USING
8.30 am : Motivasi
daripada Penceramah Jemputan
ENCIK LAJARUDI BIN LAJAHADI
10.30 am : Persembahan
Penyampaian
Cenderamata
12.00 noon : Majlis
Bersurai dan Jamuan
10.0 PELAKSANAAN
AKTIVITI :
Program Motivasi Insan Cemerlang berjalan
selama 4 jam daripada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Antara yang
telibat dalam program ini ialah murid-murid daripada tahap 2 iaitu murid tahun
6. Seramai 17 orang peserta dan 6 orang guru tahun 6.
Peserta akan diedarkan dengan
beberapa bahan edaran yang berkaitan dengan program ini. Penceramah jemputan
untuk program ini merupakan seorang guru Bimbingan dan Kaunseling dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Terusan Lahad Datu iaitu Encik Lajarudi Bin Lajahadi. Pada akhir
program peserta akan diberikan sijil penyertaan menyertai program.
11. 0 ANGGARAN KOS
Bil
|
Perkara
|
Harga
|
1.
|
Cenderamata
Penceramah Jemputan
|
RM 50
|
2.
|
Air Mineral (1
Kotak x RM 10)
|
RM 10
|
3.
|
Bahan Edaran
(17 Peserta)
|
RM 17
|
4.
|
Makanan Peserta
dan ibu bapa (34 x RM 3)
|
RM 102
|
5.
|
Makanan
Penceramah & Guru (5 x RM 5)
|
RM 25
|
Jumlah
|
RM 204
|
|
Unit Bimbingan
dan Kaunseling mendapatkan sumber kewangan daripada peruntukan yang telah
diberikan oleh pihak kementerian untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling.
12.0 PENUTUP
Tidak semua perancangan yang dibuat
dapat berjalan dengan lancar serta berlaku seperti yang kita kehendaki.
Kemungkinan perancangan tersebut adalah lebih berjaya daripada apa yang
dijangkakan ataupun berlaku perkara yang sebaliknya. Oleh itu, Unit Bimbingan
dan Kaunseling SK Terusan akan berusaha
untuk memastikan Program Motivasi Insan Cemerlang sempena Program Kecemerlangan
UPSR ini akan berjalan lancar serta
memenuhi objektif yang diharapkan.
13. 0 KEKUATAN PROGRAM
Program Motivasi
Insan Cemerlang (PROVIC) ini mempunyai beberapa kekuatan iaitu :
A.
Program ini berjalan dengan lancar apabila adanya
kerjasama dari guru-guru, murid-murid serta ibu bapa yang sentiasa memberi
sokongan kepada anak-anak mereka demi membantu pihak sekolah dan anak mereka
mencapai keputusan yang cemerlangn dalam UPSR.
12.0 KEKANGAN PROGRAM
Terdapat
beberapa kekangan Program Motivasi Insan
Cemerlang (PROVIC) ini iaitu :
- Kekangan
masa telah menyebabkan program ini terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang
lain daripada tarikh asal akibat penceroboan yang berlaku di Kampung
Tanduo..
13.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Terdapat beberapa
cadangan penambahbaikan Program Motivasi Insan Cemerlang (PROVIC) ini agar
aktiviti ini dapat berjalan dengan baik pada masa akan datang iaitu :
- Peranangan
awal perlulah dilakukan bagi memastikan program ini dapat dijalanakan pada
masa yang telah ditetapkan.
GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI :
GAMBAR SELANJUTNYA BOLEH DILIHAT DI FB KOKURIKULUM SK TERUSAN
Jumaat, 26 April 2013
PROGRAM PERMUAFAKATAN IBUBAPA, GURU DAN MURID SERTA PROGRAM AKU JANJI TAHUN 2013
LAPORAN PROGRAM PERMUAFAKATAN IBUBAPA, GURU DAN MURID
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN LAHAD DATU
ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 TAJUK
:
Majlis Permuafakatan,
Aku Janji & Penyerahan Anak Angkat Sempena Program Kecemerlangan UPSR. Peringkat Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu.
2.0 DIKEMUKAKAN
OLEH :
Unit Bimbingan
dan Kaunseling
SK Terusan Lahad
Datu
3.0 PENDAHULUAN :
Majlis Permuafakatan,
Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak Angkat sempena Program Kecemerlangan UPSR ini adalah merupakan program yang
dijalankan untuk murid tahun 6. Program ini dijalankan antara beberapa program
persediaan UPSR yang akan dijalankan untuk meningkatkan prestasi akademik
murid-murid. Program ini juga merupakan salah satu program untuk memperkasakan
sekolah dalam bidang akademik.
Penyertaan
ibu bapa dalam program ini amatlah diharapkan. Hal ini kerana ibu bapa
merupakan salah seorang pendorong ke arah kecemerlangan anak-anak dalam UPSR.
Oleh itu, program ini melibatkan penyertaan ibu bapa sebagai peserta. Dengan
adanya penglibatan ibu bapa, maka semua pihak termasuklah guru-guru dapat
bekerjasama membantu murid-murid meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.
Secara
ringkasnya Majlis Permuafakatan, Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak Angkat dapat
meningkatkan perkembangan murid-murid untuk menghadapi situasi pembelajaran
yang semakin mencabar.
4.0 RASIONAL
a) Memberi peluang guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid untuk berinteraksi dan
bertukar-tukar pandangan ke arah meningkatkan .
b) Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
c) Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
d) Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah
kejayaan murid-murid.
e) Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran
murid-murid.
5.0 OBJEKTIF :
a)
Memberi peluang kepada murid-murid untuk
meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR.
b)
Memberi peluang murid-murid untuk
berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
c)
Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan
ke arah kejayaan murid-murid.
d)
Memberi pengetahuan serta memahami situasi
pembelajaran di rumah.
e)
Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan
dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.
f)
Memahami tentang perkara-perkara yang dapat
menghalang kecerdasan fikiran murid-murid.
6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Unit Bimbingan
dan Kaunseling telah mengadakan perbincangan untuk menetapkan tarikh, masa dan
tempat. Butirannya seperti berikut :
Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)
Tempat : Kelas
Tahun 6, SK Terusan Lahad Datu
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
7.0 SASARAN
KUMPULAN
- Murid-murid
Tahun (17 Orang)
- Ibubapa
- Guru
Bimbingan dan Kaunseling
- Guru Tahun
6
- Guru-guru yang terlibat
8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
AHLI JAWATANKUASA
PELAKSANA
MAJLIS PERMUAFAKATAN, AKU JANJI & PENYERAHAN ANAK
ANGKAT
SEMPENA PROGRAM KECEMERLANGAN
UPSR
PENGERUSI
Tuan Hj. Abdul Bin Hj. Using
Guru Besar
TIMBALAN PENGERUSI
Encik Abdul Rahman Suliman
Penolong Kanan Pentadbiran
NAIB PENGERUSI 1
Encik Amil Hasli Bin Amilasan
Penolong Kanan HEM
NAIB PENGERUSI 2
Puan Jurairah Binti Amappease
Penolong Kanan Kokurikulum
SETIAUSAHA
Cik Mimi Tantiana Binti Ganing
Guru Bimbingan Sekolah Rendah
BENDAHARI
Puan Norizam Ubang
Kerani Sekolah
AHLI JAWATANKUASA
KECIL
PENGACARA MAJLIS
Puan Halimah Binti Bangawan
BACAAN DOA
Encik Abdul Rahman Bin Suliman
AJK BUKU PROGRAM
Cik Mimi Tantiana Binti Ganing
AJK BACKDROP
Puan Rosnah Binti Buntarang
Puan Saedah Binti Mohd Yusoff
AJK FOTOGRAFI
Cik Pamela Grace itin
AJK SIJIL,
CENDERAMATA, DAN BAHAN EDARAN
Cik Sarimah Binti Ahmad
Cik Norwani Binti Zainudin
AJK MAKANAN
Puan Zaharah Binti Azmuni
Puan Noorlies Binti Shukur
AJK PA SYSTEM
Encik Askawadar Bin Hindustan
Encik Husly Bin Hussin
9.0 TENTATIF PROGRAM
8.00 am : Ketibaan
Guru-guru, murid-murid dan ibubapa.
8.30 am : Ketibaan
Guru Besar
TUAN HAJI ABDUL BIN USING
Nyanyian Lagu
1. Sabah
Maju Jaya
2. Negaraku
9.00 am : Bacaan
Doa
ENCIK ABDUL RAHMAN BIN SULIMAN
Ucapan
Perasmian daripada Guru Besar SK Terusan
TUAN HAJI ABDUL BIN USING
10.00 am : Majlis
Permuafakatan Guru-guru, Ibubapa & Murid-murid
Majlis
Penyerahan Anak Angkat
Majlis Aku
Janji
12.00 noon : Majlis
Bersurai dan Jamuan
10.0 PELAKSANAAN
AKTIVITI :
Majlis Permuafakatan, Aku Janji &
Penyerahan Anak Angkat berlangsung selama 5 jam daripada jam 8.00 pagi sehingga
12.00 tengah hari. Antara yang telibat dalam program ini ialah murid tahun 6. Seramai
17 orang peserta, guru-guru dan ibu bapa terlibat dalam program ini.
Setiap peserta diminta untuk memberi
sumbangan sebanyak RM 5 bagi seorang peserta. Wang yang disumbangkan ini adalah
bertujuan untuk menampung kos makanan, minuman, bahan edaran, sijil,
cenderamata penceramah dan jamuan guru.
Peserta akan diedarkan dengan
beberapa bahan edaran yang berkaitan dengan program ini. Pada akhir program
peserta akan diberikan sijil penyertaan menyertai program.
11. 0 ANGGARAN
KOS
Bil
|
Perkara
|
Harga
|
1.
|
Air Mineral (1
Kotak x RM 10)
|
RM 10
|
2.
|
Bahan Edaran
(17 Peserta)
|
RM 17
|
3.
|
Makan Murid (17
orang x RM 3)
|
RM 51
|
4.
|
Makan Ibu Bapa
(17 orang x RM 3)
|
RM 51
|
5.
|
Makan Guru (5
orang x RM 5)
|
RM 25
|
6.
|
Cenderamata
Penceramah
|
RM 50
|
Jumlah
|
RM 204
|
|
Unit Bimbingan
dan Kaunseling mendapatkan sumber kewangan daripada peruntukan yang telah
diberikan oleh pihak kementerian untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling dan
sumbangan daripada ibu bapa.
12.0 PENUTUP
Tidak semua perancangan yang dibuat
dapat berjalan dengan lancar serta berlaku seperti yang kita kehendaki.
Kemungkinan perancangan tersebut adalah lebih berjaya daripada apa yang
dijangkakan ataupun berlaku perkara yang sebaliknya. Oleh itu, Unit Bimbingan
dan Kaunseling SK Terusan akan berusaha
untuk memastikan Majlis Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak Angkat sempena
Program Kecemerlangan UPSR ini akan
berjalan lancar serta memenuhi objektif yang diharapkan.
13. 0 KEKUATAN PROGRAM
Program Kecemerlangan
UPSR yang melibatkan gabungan tiga program sekaligus iaitu Majlis
Permuafakatan, Majlis Penyerahan Anak Angkat, dan Majlis Aku Janji ini
mempunyai beberapa kekuatan iaitu :
A.
Program ini berjalan dengan lancar apabila adanya
kerjasama dari guru-guru, murid-murid serta ibu bapa yang sentiasa memberi
sokongan kepada anak-anak mereka demi membantu pihak sekolah dan anak mereka
mencapai keputusan yang cemerlangn dalam UPSR.
15.0 KEKANGAN PROGRAM
Program Kecemerlangan
UPSR yang melibatkan gabungan tiga program sekaligus iaitu Majlis Permuafakatan,
Majlis Penyerahan Anak Angkat, dan Majlis Aku Janji ini mempunyai beberapa
kelemahan iaitu :
A.
Untuk menjalankan program ini, unit bimbingan dan
kaunseling memerlukan dana berbentuk kewangan untuk menjalankan program. Namun
akibat budjet yang sepatutnya diberikan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling
masih tidak diperolehi. Oleh itu, unit bimbingan dan kaunseling terpaksa
meminta sumbangan daripada ibu bapa sebanyak RM5 untuk menampung kadar makan
dan minum bagi ibu bapa sepanjang program ini berlangsung.
B.
Program ini telah ditangguhkan daripada satu tarikh ke
satu tarikh yang lain sebanyak beberapa kali. Hal ini disebabkan oleh beberapa
kekangan sepeti masa, dana dan penglibatan guru akibat ramai guru yang sibuk
dengan program luar yang lain.
16.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Akibat daripada
beberapa kelemahan dan kekangan program ini, oleh itu terdapat beberapa
cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat bagi memastikan program ini dapat
dijalankan lagi pada masa hadapan dengan l;ebih teratur dan lacar. Antara
cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat ialah :
- Program
ini boleh dijalankan lebih awal iaitu pada awal tahun kerana pada awal
tahun biasanya guru belum terlibat lagi dengan bebanan tugas yang banyak.
- Dana
kewangan haruslah dikumpulkan lebih awal iaitu pada akhir tahun ketika
murid-murid tersebut berada pada tahun 5. Oleh itu dana kewangan tersebut
boleh digunakan pada awal tahun ketika murid tersebut berada dalam tahun
6.
GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI :
GAMBAR SELANJUTNYA BOLEH LIHAT DI FB KOKURIKULUM SK TERUSAN
Langgan:
Catatan (Atom)















