Isnin, 16 Ogos 2010

SK Terusan Lahad Datu

Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu merupakan sekolah pertama saya mengajar. Saya bersyukur kerana saya ditempatkan di sekolah yang berhampiran dengan rumah saya yang hanya memakan masa 15 minit untuk ke sekolah. Walaupun saya berasal dari Lahad Datu namun pengetahuan saya tentang sekolah ini sangat cetek. Selama saya berada di Lahad Datu, saya tidak mengetahui kewujudan sekolah ini. hanya selepas saya mendapat makluman daripada Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu (PPDLD), barulah saya mula menyelidik sekolah ini. Terima Kasih ALLAH kerana menempatkan saya di sekolah ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan