Khamis, 9 Februari 2012

Majlis Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak Angkat Tahun 2012



9 FEBRUARI 2012 : 
Majlis Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak Angkat sempena Program Kecemerlangan  UPSR ini adalah merupakan program yang dijalankan untuk murid tahun 6. Program ini dijalankan antara beberapa program persediaan UPSR yang akan dijalankan untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid. Program ini juga merupakan salah satu program untuk memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.
            Penyertaan ibu bapa dalam program ini amatlah diharapkan. Hal ini kerana ibu bapa merupakan salah seorang pendorong ke arah kecemerlangan anak-anak dalam UPSR. Oleh itu, program ini melibatkan penyertaan ibu bapa sebagai peserta. Dengan adanya penglibatan ibu bapa, maka semua pihak termasuklah guru-guru dapat bekerjasama membantu murid-murid meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.

OBJEKTIF    :

a)    Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR.
b)    Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
c)    Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
d)    Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
e)    Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.
f)   Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran murid-murid

CATATAN : Salah satu program yang telah saya jalankan ketika memegang jawatan sebagai guru bimbingan dan kaunseling SK Terusan. Semoga murid tahun 6 Standard mendapat manfaat daripada program ini.