9 FEBRUARI 2012 :
Majlis Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak Angkat sempena
Program Kecemerlangan UPSR ini adalah
merupakan program yang dijalankan untuk murid tahun 6. Program ini dijalankan antara
beberapa program persediaan UPSR yang akan dijalankan untuk meningkatkan
prestasi akademik murid-murid. Program ini juga merupakan salah satu program
untuk memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.
Penyertaan
ibu bapa dalam program ini amatlah diharapkan. Hal ini kerana ibu bapa
merupakan salah seorang pendorong ke arah kecemerlangan anak-anak dalam UPSR.
Oleh itu, program ini melibatkan penyertaan ibu bapa sebagai peserta. Dengan
adanya penglibatan ibu bapa, maka semua pihak termasuklah guru-guru dapat
bekerjasama membantu murid-murid meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.
OBJEKTIF :
a)
Memberi peluang kepada murid-murid untuk
meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR.
b)
Memberi peluang murid-murid untuk
berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
c)
Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan
ke arah kejayaan murid-murid.
d)
Memberi pengetahuan serta memahami situasi
pembelajaran di rumah.
e)
Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan
dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.
f) Memahami tentang
perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran murid-murid
CATATAN : Salah satu program yang telah saya jalankan ketika memegang jawatan sebagai guru bimbingan dan kaunseling SK Terusan. Semoga murid tahun 6 Standard mendapat manfaat daripada program ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan