19 MAC 2012 : Program Guru Penyayang ini dijalankan dibawah pengelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Oleh kerana saya telah diberi amanah menjadi Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Terusan Lahad Datu, maka saya bertanggungjawab untuk menjalankan program ini. Program ini merupakan program di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap sekolah di Malaysia diarahkan untuk menjalankan program ini. Program Guru Penyayang ini adalah bertujuan agar setiap
guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang bermaksud perbuatan
atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta
menghormati orang lain. Hal ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru
yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnya dengan mengamalkan
nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
menghormati, sentiasa ceria, prihatin, dan sabar.
Guru
Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang
perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi
setiap masa.
Objektif :
a)
Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya
guru.
b)
Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan
rahmat kepada sekolah.
c)
Menyedari bahawa setiap murid adalah aset
kepada sekolah.
d)
Menghargai sumbangan murid, ibu bapa,
komuniti/masyarakat kepada sekolah