Jumaat, 16 Mac 2012

Program Guru Penyayang Tahun 2012




19 MAC 2012 : Program Guru Penyayang ini dijalankan dibawah pengelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Oleh  kerana saya telah diberi amanah menjadi Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Terusan Lahad Datu, maka saya bertanggungjawab untuk menjalankan program ini. Program ini merupakan program di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap sekolah di Malaysia diarahkan untuk menjalankan program ini. Program Guru Penyayang ini adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang bermaksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Hal ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnya dengan mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin, dan sabar.

            Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

Objektif :
a)    Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru.
b)    Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
c)    Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
d)    Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan