Selasa, 24 April 2012

Program Motivasi Insan Cemerlang (PROVIC) Tahun 2012




24 APRIL 2012 :
Program Motivasi Insan Cemerlang sempena Program Kecemerlangan  UPSR ini adalah merupakan program motivasi  yang dijalankan untuk murid tahun 6. Program ini dijalankan berikutan beberapa program persediaan UPSR yang telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid. Program ini juga merupakan salah satu program untuk memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.
            Sokongan ibubapa untuk menjayakan program motivasi ini amatlah diharapkan. Hal ini kerana ibubapa merupakan salah seorang pendorong ke arah kecemerlangan anak-anak dalam UPSR. Oleh itu, program ini melibatkan penyertaan ibubapa sebagai tulang belakang kepada kejayaan anak-anak mereka. Dengan adanya penglibatan ibubapa, maka semua pihak termasuklah guru-guru dapat bekerjasama membantu murid-murid meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.
Secara ringkasnya Program Motivasi Insan Cemerlang dapat meningkatkan perkembangan murid-murid untuk menghadapi situasi pembelajaran yang semakin mencabar.

OBJEKTIF    :

  1. a) Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR.
  2. b)    Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
  3. c)    Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
  4. d)    Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
  5. e)    Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.
  6. f)  Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran murid-murid.

CATATAN :
      Program Motivasi Insan Cemerlang (PROVIC) merupakan salah satu program di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini antara program di bawah PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR. Saya telah menjemput seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SK Batu 6 1/2 iaitu Encik Naif Taupiang untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada murid-murid ini. Alhamdulillah program ini sedikit sebanyak memberi perubahan sikap kepada murid-murid tahun 6 dan memberi semangat kepada mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi UPSR. Semoga usaha ini dapat saya teruskan pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan