2 Januari 2012 :
Hari pertama persekolahan tahun ini sangat bermakna buat saya. Hal ini kerana, hari ini merupakan hari lahir saya yang ke 29. Tahun ini merupakan tahun ke 2 saya bertugas di SK Terusan, Lahad Datu. Syukur ke hadrat Allah s.w.t, saya dapat meneruskan lagi amanah Allah untuk menjadi seorang pendidik. In shaa Allah saya akan menjalankan tugas ini dengan bersungguh-sungguh dan menghasilkan kerja yang terbaik.
Hari pertama persekolahan kali ini memberi saya semangat yang kuat untuk bekerja. Saya diberi tanggungjawab menjadi guru kelas tahun 1 Standard. Buat pertama kalinya saya diberi amanah sebegini. Saya telah diberitahu lebih awal bahawa saya telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas ini. oleh sebab itu, saya telah menyediakan beberapa perkara-perkara penting untuk memastikan tugas ini dapat saya jalankan dengan baik. In shaa Allah.
"Tiada kerja HALAL yang SIA-SIA"
Saya sentiasa berpegang dengan motto hidup saya ini. Saya akan kembali bersemangat untuk bekerja apabila saya teringat kembali motto saya. Setiap pekerjaan mesti ada halangan dan dugaan yang akan dihadapi. Namun, semua itu bukan penghalang untuk saya, berusaha dan terus berusaha menjalankan tugas saya.
Pada tahun 2013 ini saya telah diberi beberapa tugas. Antara tugas dan jawatan yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya adalah seperti berikut :
- Guru Kelas Tahun 1
- Guru Mata Pelajaran (Bahasa Malaysia, Matematik, Pendidikan Jasmani, dan Pendidikan Kesihatan Tahun 1)
- Ketua Panitia Matematik
- Setiausaha Kokurikulum
- Guru Bimbingan dan Kaunseling
- Setiausaha Matematik Daerah Lahad Datu
- Guru Penasihat Kelab Bola Sepak. Persatuan TKRS, dan Kelab Rukun Negara
- Guru Jadual Waktu
Walaupun tugas-tugas ini hanya sedikit banding tugas guru-guru lain, namun saya bersyukur saya diberi tugas ini kerana pentadbir sekolah masih memberi kepercayaan kepada saya untuk memikul tanggungjawab ini. Saya gembira diberi tugas-tugas ini kerana saya berpeluang untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang pendidikan ini.
Niat Sebelum Memulakan Hari Pertama Persekolahan :
Sahaja aku bekerja pada hari ini dan hari seterusnya kerana ALLAh Taala.
Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan