FALSAFAH DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
1.0 Pengenalan
Bahasa adalah milik manusia yang paling penting dan bahasalah yang
membezakan antara manusia dan makhluk-makhluk lain. Dengan menggunakan bahasa,
manusia dapat berhubung, melahirkan pendapat, pandangan dan perasaan. Manusia
juga menggunakan bahasa untuk menyampaikan ilmu dan mencipta keindahan melalui
kesusasteraan. Semua orang mengakui akan kepentingan bahasa dalam kehidupan
sehari-hari. Tanpa bahasa, manusia akan hidup terasing dari masyarakat dan
tiada kemajuan.
Bahasa lahir kerana timbul
keperluan dan keinginan manusia untuk berkomunikasi sesama ahli masyarakat
lain. Bahasa menjadi keperluan asas terpenting kepada manusia. Setiap manusia
yang baharu dilahirkan, secara semula jadinya mempunyai beberapa alat fizikal
yang sesuai untuk memperoleh bahasa. Walaupun pada mulanya bayi dilahirkan
tanpa kebolehan berbahasa tetapi pemerolehannya akan berlaku sedikit demi
sedikit dan berperingkat-peringkat mengikut perkembangan otaknya.
Mengikut teori biologis,
sejak anak itu dilahirkan, memang sudah ada satu kebolehan menggunakan bahasa.
Kebolehan ini dinamakan jentera pemerolehan bahasa atau Language Acquisition Device (
LAD ). Seorang kanak-kanak yang normal akan memperolehi bahasa pertamanya
antara umur dua hingga enam tahun. Ketika itu, mereka akan mengambil
perkataan-perkataan penting, memahami dan mempelajarinya dan seterusnya
menggunakannya (Chomsky, 1965).
Namun begitu, satu perkara
yang pasti ialah setiap kanak-kanak memerlukan pendedahan terhadap bahasa.
Kanak-kanak perlu mendengar cara-cara bahasa dihasilkan dan apakah hubungan
bahasa dengan objek. Tanpa pendedahan bahasa, kanak-kanak tidak akan memperoleh
sebarang bahasa dan sukar menerima bahasa yang akan diajar. Kanak-kanak
memerlukan beberapa pendedahan bahasa sama ada melalui pertuturan, isyarat,
tulisan ataupun sentuhan sebelum pembelajaran bahasa berlaku.
1.1 Pemahaman Bahasa
Pemahaman adalah suatu kemampuan
seseorang dalam mentafsir, menterjemah, atau mengatakan sesuatu dengan caranya
sendiri tentang pengetahuan yang pernah diterima atau dipelajari. Menurut Kamus
Dewan (2005), pemahaman didefinisikan sebagai ‘perihal memahami, perkara yang
difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, manakala bahasa
pula ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi dan suara yang dipakai sebagai
alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa digunakan
sebagai alat perhubungan antara seorang individu dengan individu lain dan
hubungan antara ahli dalam suatu kelompok manusia. Berdasarkan takrif di atas menjelaskan
bahawa pemahaman bahasa adalah kemampuan seseorang dalam memahami sistem
lambang bunyi dan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam kelompok
manusia.
Usaha
bagi memahami dan mentafsir input-input bahasa, sama ada dalam bentuk lisan atau
tulisan melibatkan beberapa langkah yang rencam dan kadangkala merumitkan. Data
bahasa yang diperoleh bukan sahaja terdiri daripada ayat-ayat yang mudah, benar
dan gramatis tetapi juga terdiri daripada ayat-ayat yang kompleks dan terdapat
juga ayat-ayat yang tidak lengkap strukturnya. Selain itu, ada juga yang lahir
dalam bentuk kiasan dan sebagainya. Oleh yang demikian, proses pemahaman adalah
sangat penting untuk pendengar dan pembaca memproses pelbagai input bahasa.
Proses pemahaman bukan berlaku secara automatik dan bukanlah semudah dan
setangkas yang disangkakan. Ortegay (1959:1 dalam Zulkifley Hamid, 2006)
membuat rumusan ‘hanya dengan usaha yang bersungguh-sungguh baharulah kita
mampu memahami beberapa bahagian penting mengenai perkara yang cuba disampaikan,
atau yang perlu difahami mengenai sesebuah teks. Lazimnya ini melibatkan
bahagian-bahagian yang tidak terjangkau oleh daya pemahaman kita.
2.0 Pemahaman Bahasa Menurut Sarjana
Psikolinguistik Secara Umum
Persoalan yang sering dihadapi adalah
bagaimana manusia dapat memahami perkataan, frasa, klausa, ayat atau wacana
yang mereka dengar. Dengan kata lain, bagaimanakah kefahaman dapat terbentuk?
Dari sudut pandangan ilmu psikolinguistik menurut Clark & Clark (1977 dalam
Soenjono Dardjowidjojo, 2007), terdapat dua jenis kefahaman, iaitu kefahaman
yang berkaitan dengan pemahaman terhadap ujaran yang kita dengar dan kedua
adalah kefahaman yang berkaitan dengan tindakan yang perlu dilakukan setelah
pemahaman itu terjadi. Untuk jenis yang pertama, kefahaman dapat didefinisikan
sebagai suatu proses mental apabila pendengar mempersepsi bunyi yang
dikeluarkan oleh seorang penutur dan mengunakan bunyi-bunyi itu bagi membentuk
suatu interpretasi tentang apa yang dimaksudkan oleh penutur tadi. Secara mudah
dapat dikatakan bahawa kefahaman adalah pembentukan makna daripada bunyi.
Setelah pemahaman terhadap ujaran itu terjadi, pendengar menentukan apakah ada
tindakan yang perlu dilakukan sesuai dengan apa yang difahami. Proses mental
ini dinamakan pelaksanaan ayat.
Menurut
Soenjono Dardjowidjojo (2007), sewaktu kita mendengar seseorang bercakap, kita
beranggapan bahawa kita boleh memahami sesuatu pengucapan yang disampaikan
dengan mudah. Tanpa disedari, ujaran yang diucapkan dalam bentuk bunyi-bunyi
itu sebenarnya merupakan suatu hal yang sangat kompleks. Hal ini kita rasakan
apabila kita mendengar orang yang bercakap dalam bahasa asing, kecuali apabila
bahasa asing seseorang sudah berada pada tahap yang baik. Lazimnya, kita akan
mendengar dengan teliti setiap perkataan yang diujarkan untuk memahami ujaran
tersebut dengan baik. Tambahan lagi, perkara yang sering terjadi adalah belum
sempat kita memahami perkataan-perkataan yang diujarkan, pengucap sudah
bercakap perkara yang lebih mendalam. Akibatnya, kita tidak dapat memahami
dengan baik atau langsung tidak memahami apa-apa yang diperkatakan.
Pemahaman percakapan bermaksud pendengar memanfaatkan
bunyi-bunyi yang diucapkan oleh penutur untuk membina tafsiran tentang hal yang
hendak disampaikan oleh penutur. Pemahaman juga bermaksud pembinaan tafsiran
makna akhir yang menyerupai gambaran dalaman sesuatu ayat. Sebagai contoh,
penutur menyebut ayat ‘Gadis itu menjahit baju’ . Pendengar akan cuba memahami
ayat yang diujarkan oleh penutur tersebut. Susunan kata-kata adalah;
i.Gadis
ii.itu
iii.menjahit
iv.baju
Pendengar bukan mendengar perkataan-perkataan tersebut secara berasingan, tetapi pendengar memahami perkataan-perkataan tersebut terbina dalam satu ayat, iaitu ‘gadis itu menjahit baju’. Pemahamannya melibatkan suatu entiti, iaitu pertamanya pendengar perlu mengecam dan memastikan golongan kata bagi perkataan-perkataan gadis dan itu. Perkataan-perkataan gadis dan itu bergabung dalam satu entiti, iaitu merupakan satu frasa. Dianalisis dari segi aspek tatabahasa frasa tersebut merupakan frasa nama (FN). Perkataan baju terbina dalam satu entiti yang lain. Manakala perkataan menjahit membentuk satu unit yang lebih besar, iaitu menandakan satu peristiwa. Perkataan menjahit membina entiti yang menyatukan kedua-dua frasa tersebut, iaitu gadis itu (FN) dan baju (FN).
ii.itu
iii.menjahit
iv.baju
Pendengar bukan mendengar perkataan-perkataan tersebut secara berasingan, tetapi pendengar memahami perkataan-perkataan tersebut terbina dalam satu ayat, iaitu ‘gadis itu menjahit baju’. Pemahamannya melibatkan suatu entiti, iaitu pertamanya pendengar perlu mengecam dan memastikan golongan kata bagi perkataan-perkataan gadis dan itu. Perkataan-perkataan gadis dan itu bergabung dalam satu entiti, iaitu merupakan satu frasa. Dianalisis dari segi aspek tatabahasa frasa tersebut merupakan frasa nama (FN). Perkataan baju terbina dalam satu entiti yang lain. Manakala perkataan menjahit membentuk satu unit yang lebih besar, iaitu menandakan satu peristiwa. Perkataan menjahit membina entiti yang menyatukan kedua-dua frasa tersebut, iaitu gadis itu (FN) dan baju (FN).
2.1 Proposisi
Sewaktu kita
mendengar suatu ujaran, apa yang kita dengar memang serentetan bunyi yang
membentuk suku kata, dan daripada suku kata menjadi perkataan, dari perkataan
menjadi frasa, dan seterusnya. Namun, bagi memahami ujaran itu kita perlu
menggabungkan bunyi dan perkataan-perkataan itu sehingga terbentuklah
representasi makna yang mendasarinya. Unit-unit makna pada ayat dinamakan
proposisi (Clark dan Clark, 1977 dalam Soenjono Dardjowidjojo, 2007). Proposisi
amat penting dalam pemahaman sesuatu percakapan. Untuk memahami suatu ayat, kita
perlu memahami proposisi yang dinyatakan oleh ayat tersebut. Proposisi
terdiri daripada dua bahagia, iaitu hujahan atau subjek (perkara yang
diperkatakan) dan predikat (pernyataan yang dibuat mengenai hujahan).
Contohnya:
a.
Mimi menyanyi.
b.
Siti sedang menulis tesis.
Berdasarkan contoh di atas, menyanyi dan sedang menulis tesis adalah predikat sedangkan Mimi dan Siti adalah hujahan. Proposisi pada ayat a mempredikati kegiatan menyanyi oleh Mimi, manakala ayat c mempredikati kegiatan menulis tesis oleh Siti.
Pemahaman bermula dengan mengenal
pasti struktur permukaan (surface
structure / suferficial surface) sesuatu ayat, iaitu perkataan-perkataan,
susunan, dan golongan katanya. Kemudian pendengar perlu membina satu tafsiran
makna. Pendengar akan menggunakan tafsiran-tafsiran makna yang telah terbina
berdasarkan ayat yang didengar. Apabila mendengar sesuatu ayat atau pernyataan,
pendengar akan cuba memahami dan memetik maklumat baharu dan menyimpannya dalam
ingatan di otak. Pada masa lainnya, apabila pendengar mendengar sesuatu
pernyataan atau persoalan, pendengar akan mencari maklumat yang sepadanan
dengan pernyataan atau persoalan itu. Kemudian, pendengar akan cuba mendapatkan
jawapan berdasarkan apa yang ada dalam ingatan. Pendengar akan membuat
keputusan yang bersesuaian dengan arahan dan permintaan yang didengarnya
mengikut kemahuannya. Dalam hampir setiap keadaan, pendengar akan memikirkan
tindakan yang sepatutnya diambil apabila mendengar sesuatu ayat. Pemahaman
terhadap binaan proposisi ayat dapat membantu pendengar mentafsir ujaran yang
diucapkan.
Selain itu, proposisi membantu
pendengar terhadap proses-proses mental yang menjadi penggerak kepada pendengar
yang membolehkannya bertindak selaras dengan tafsiran ayat yang didengar.
Proses-proses mental itu ialah proses pembinaan (construction process) bermaksud cara pendengar membina sesuatu
tafsiran ayat berdasarkan perkataan-perkataan yang terbit dari mulut penutur.
Proses ini bermula dengan mengenal pasti struktur permukaan ayat dan berakhir
dengan satu tafsiran yang berbentuk gambaran (representation) dalaman ayat. Apabila pendengar mentafsir sesuatu
ayat, matlamatnya adalah untuk membina gambaran dalaman ayat. Contohnya, semasa
mendengar ayat, ‘Lelaki tua itu membonceng anak lelakinya’. Pendengar tidak
dibekalkan gambaran dalaman ayat tersebut. Oleh itu, pendengar dapat membina
lima pernyataan, iaitu;
i.lelaki,
ii.lelaki
tua itu,
iii. anak,
iv. anak
lelakinya
v.
membonceng.
Pernyataan-pernyataan
yang dibina itu mestilah saling berhubungan dengan perkataaan-perkataan yang
didengar. Pendengar menghubungkan struktur permukaan ayat dengan gambaran
dalaman ayat.
Proses mental kedua
ialah penggunaan (utilization process)
menyatakan bahawa cara pendengar menggunakan tafsiran ini untuk beberapa tujuan
seperti menyimpan maklumat baharu dan menjawab soalan mengikut arahan dan
janji. Pendengar cuba mencari makna sesuatu ayat yang hendak disampaikan oleh
penutur dalam proses pembinaan ayat. Pendengar mengetahui proposisi sesuatu
ayat yang didengar, belum tentu dia dapat menggunakannya seperti yang
dikehendaki oleh penutur. Matlamat proses penggunaan ayat adalah untuk menepati
maksud penutur. Proses penggunaan ayat merupakan proses mental yang berlaku
kepada pendengar sewaktu menggunakan sesuatu ayat yang bertepatan dengan maksud
penutur.
Terdapat hipotesis yang mengatakan bahawa sewaktu pendengar memahami sesuatu ayat, dia menceraikan ayat itu kepada konstituen-konstituennya dan bagi setiap konstituen dia akan membina proposisi yang bersesuaian. Dikatakan juga bahawa pendengar membina gambaran dalaman sesuatu ayat dengan menggunakan empat langkah, iaitu:
LANGKAH 1
|
Pendengar mengambil pertuturan yang mentah dan
mengekalkan gambaran fonologi pertuturan itu dalam ingatan yang aktif.
|
LANGKAH 2
|
Pendengar menyusun gambaran fonologi pertuturan itu
kepada konstituen-konstituen lalu, mengenal pasti isi dan fungsi konstituen.
|
LANGKAH 3
|
Semasa mengenal pasti isi dan fungsi setiap konstituen,
pendengar membina gambaran sesuatu proposisi secara berterusan.
|
LANGKAH 4
|
Selepas mengenal pasti proposisi untuk sesuatu
konstituen, pendengar mengekalkannya dalam ingatan yang aktif. Dengan itu,
berlakulah penghapusan gambaran fonologi daripada ingatan. Pendengar lupa
setiap perkataan, yang kekal adalah makna.
|
Rajah 1: Langkah-langkah Pendegar Membina
Gambaran Dalaman Sesuatu Ayat
Keempat-empat langkah ini bertindak
serentak pada masa yang sama. Pendengar mungkin akan mengenal pasti konstituen
sewaktu sedang mengambil pertuturan yang baru sambil menghapuskan gambaran
fonologi daripada ingatan serta aktiviti- aktiviti yang lain. Langkah- langkah
ini dapat membantu kita memahami peranan struktur permukaan ayat dalam proses
pemahaman.
Ringkasnya, setiap ujaran penutur
yang sampai kepada pendengar merupakan rantai pertuturan yang mengandungi
bentuk pemikiran manusia. Bentuk pemikiran manusia mulai dari yang paling dasar
adalah pengertian atau konsep, diikuti proposisi atau pernyataan dan akhirnya
adalah penalaran. Pada dasarnya tidak ada proposisi tanpa pengertian atau
konsep dan tidak ada penalaran tanpa proposisi.
2.2 Peringkat
Penguasaan Bahasa
Berdasarkan maklumat
yang dipetik daripada Abdullah Hassan (2009), kanak-kanak tidak akan dapat
memperoleh sesuatu bahasa melainkan jika mereka mendengarnya dan fungsi kita
hanya bercakap, lebih banyak yang dicakap lebih banyak yang diperoleh
kanak-kanak. Biologi memainkan peranan yang penting dalam penguasaan bahasa
samalah seperti pentingnya organ-organ tubuh menghadam makanan selepas makan.
Semuanya berlaku sebagai sesuatu yang sudah sedia terbina. Anak tersebut
memerlukan bahasa untuk hidup sama seperti ia memerlukan makanan. Maklumat yang
diterimanya dari pertuturan kita dapat dianggap sebagai bahan mentah yang masuk
melalui saluran pendengarannya terus ke pusat sistem saraf dan dianalisis
kepada unsurnya dan kemudian dibina kembali sebagai suatu kemahiran bahasa yang
amat kompleks. Bayi manusia dilahirkan dengan tidak berupaya dan terpaksa
membesar. Berat otak bayi manusia semasa dilahirkan hanya lebih kurang 25%
daripada otak orang dewasa. Hal ini membolehkan proses tumbesaran kematangan
otak berlaku dalam satu jangkamasa yang panjang selepas lahir. Oleh sebab
sistem saraf berkembang maka proses perkembangan bahasa boleh berlaku.
Semasa berumur sepuluh bulan,
kanak-kanak mula mengeluarkan berbagai-bagai bunyi dan mula meniru bunyi dan
membezakan bunyi yang berlainan yang didengarnya. Semasa berumur dua belas
bulan kanak-kanak mulai belajar berjalan-jalan dan bunyi yang serupa dengan
bunyi bahasa mula diterbitkan dan perkataan seperti mak, abah, mamam, mula
disebut. Pada masa ini juga kanak-kanak tersebut mulai memahami arahan. Semasa
berumur lapan belas bulan kanak-kanak sudah mempunyai antara tiga hingga lima
puluh perkataan. Kefahamannya bertambah baik dan dia mula menggabungkan dua
perkataan untuk menjadi rangkaikata. Semasa umurnya meningkat dua tahun
pola-pola ayatnya mula menjadi lengkap dan dia dapat merumuskannya dengan
bersendirian. Proses ini berterusan hingga umurnya menjadi baligh apabila
bahasanya menjadi sempurna.
Masa tamat peringkat kesuburan untuk
belajar bertutur ini mungkin juga mempunyai sesuatu kepentingan dalam
perkembangan bahasa tersebut. Selepas itu sistem itu menjadi mantap. Oleh sebab
itu perlulah diberi masa yang agak sesuai untuk bahasa berkembang dan proses
itu harus berhenti setelah mencapai peringkat yang sempurna. Selalunya ia
berlaku setelah ia menjadi baligh dan mula memainkan peranannya dalam
masyarakat secara aktif. Pembakuan itu menjadi perlu supaya bahasa yang
dituturkan itu berdasarkan suatu sistem sahaja yang dapat difahami oleh semua
anggota masyarakat itu. Kalau ia terus berkembang, maka haruslah ia menjadi
sukar untuk difahami oleh kebanyakan anggota masyarakat yang ramai itu.
Terdapat satu ciri yang selalu
berlaku dalam perkembangan bahasa. Selalunya bayi menunjukkan yang mereka faham
setengah perkataan dan arahan- arahan semenjak mereka berumur dua belas bulan
lagi walaupun mereka tidak dapat mengeluarkan sepatah perkataan pun. Kita dapat
memperhatikan bahawa proses memahami dalam sesuatu bahasa itu mendahului proses
bertutur. Dalam suatu kajian terhadap seorang kanak-kanak yang sakit otak
kerana jangkitan semasa dalam kandungan, menunjukkan bahawa dia tidak dapat
bertutur dengan baik. Walau bagaimanapun, dalam ujian-ujian yang dijalankan,
dia dapat memahami perintah seperti `Ambil kotak itu!' dan `Masukkan ke dalam
botol', dan di samping itu dia boleh menjawab soalan mengenai cerita-cerita
yang didengarnya. Hal ini menjelaskan prinsip penting bahawa kemahiran memahami
itu mendahului kemahiran bertutur. Bukan itu sahaja, bahkan ia lebih mudah dan
lebih dasar. Dengan kata lain, ada sesuatu yang istimewa dalam pertuturan yang
dapat kita fahamkan sebagai pengetahuan berkenaan dengan sesuatu bahasa, yang
mungkin sudah wujud semasa awal dalam kehidupan kanak-kanak lagi. Dari sini
dapatlah disimpulkan bahawa proses bermula semasa kanak-kanak itu berumur dua
tahun dan berakhir lebih kurang semasa ia berumur dua belas tahun. Setelah
mencapai peringkat itu maka, bahasa kanak-kanak itu dianggap sudah lengkap
dalam serba serbinya. Memang betul bahawa kanak-kanak, bahkan orang dewasa
sendiri masih terus belajar. Namun, apa yang mereka pelajari itu hanya
merupakan gaya, atau peluasan dari segi pemakaian, atau sesuatu makna yang
baharu sahaja. Sebenarnya, dari segi nahunya, bahasa itu sudah cukup lengkap,
tetapi pemerolehan lain akan terus berlaku.
3.0 Pemahaman Bahasa Menurut Sarjana Tempatan
Selain daripada ahli sarjana
luar negara, sarjana tempatan juga mempunyai pandangan yang tersendiri tentang
pemahaman bahasa. Pandangan dua orang tokoh akan dibincangkan, iaitu Zulkifley
Hamid serta Adenan Ayob dan Abdullah Hassan.
3.1 Pemahaman Bahasa Menurut Zulkifley Hamid
Menurut Zulkifley Hamid (2006),
proses pemahaman merupakan proses mental. Hal ini bermaksud untuk memahami
sesuatu wacana lisan, pendengar perlu membuat persepsi dan memproses
bunyi-bunyi yang dituturkan oleh penutur, kemudian menggunakan hasil
pemprosesan itu bagi mentafsir perkara yang cuba disampaikan oleh penutur.
Pemprosesan maklumat bahasa melibatkan beberapa tahap yang bermula daripada
penanggapan maklumat deria hinggalah kepada pemahaman ayat-ayat berdasarkan
keperihalan keadaan.
3.1.1 Tahap-tahap dalam proses pemahaman
Terdapat empat tahap dalam
proses pemahaman dari menanggap maklumat deria sehinggalah memperoleh makna.
Berikut merupakan tahap-tahap dalam proses pemahaman.
Menanggap Mengecam dan Membina Memperoleh
Maklumat Mendapatkan Struktur Makna
Deria Makna Perkataan Ayat
Rajah 2 : Tahap-tahap dalam proses pemahaman
3.1.1.1 Tahap
Pertama : Menanggapi Maklumat Deria dan Pengecaman Kata
Pada
tahap ini pendengar yang menerima sesuatu rangsangan bunyi akan memproses rangsangan atau input bahasa tersebut
sehingga terbentuknya perkataan yang bermakna.
Hal ini hampir sama berlaku apabila seseorang membaca sesebuah teks. Input penglihatan dalam bentuk huruf
akan disatukan untuk membentuk perkataan yang bermakna.
Dalam memproses huruf ataupun rangsangan bunyi, pembaca perlu mengulangi proses pengecaman kata
berulang–ulang kali jika apa yang dibentuk bukan perkataan yang bermakna. Misalnya perkataan keluas, sistem
pemprosesan maklumat perlu
mengulangi proses pengecaman kata sehingga terbentuk perkataan yang bermakna seperti keluasan. Selepas
perkataan-perkataan dicam dan maknanya diperoleh
daripada ingatan jangka panjang, perkataan-perkataan ini akan dicantumkan untuk membentuk frasa atau ayat-ayat yang
memberi makna yang tertentu.
|
Input penglihatan
|
Menyatukan input
penglihatan dalam bentuk huruf atau fonem
kepada beberapa suku
kata
|
Menyatukan suku-suku kata menjadi perkataan
|
Membandingkan
perkataan yang telah dibentuk dengan perkataan
yang ada dalam ingatan
|
Input penglihatan telah dipastikan sebagai perkataan
|
Mendapatkan makna
perkataan
Rajah 3 : Proses pengecaman kata
3.1.1.2 Tahap
Kedua : Pembentukan frasa dan ayat
Sesebuah
ayat hanya dapat difahami apabila perkataan-perkataan yang membentuk ayat tersebut digabungkan untuk
membentuk frasa, dan seterusnya membentuk ayat yang
bermakna. Perkataan-perkataan harus disusun secara logik dan gramatis untuk memudahkan proses pemahaman. Seseorang
pembaca atau pendengar akan hanya dapat
memahami maksud yang cuba disampaikan oleh sesebuah ayat, sekiranya dapat memahami subjek dan predikat ayat tersebut.
Menurut Garnham (1985: 5 dalam Zulkifley
Hamid, 2006) “Perkataan-perkataan dalam sesebuah ayat tidak disusun secara sewenang-wenangnya, perkataan-perkataan ini
membentuk kelompok yang bermakna, frasa
atau klausa. Pembentukan kelompok ini adalah penting dalam pemahaman ayat”. Struktur ayat seperti di bawah:
Contoh ayat : Saya ingin
makan nasi goreng.
X Y Z
|------------------------------------|-------------------------------------|
Subjek Predikat
Saya ingin
makan nasi goreng
Rajah 4: Struktur sebuah ayat
Dalam
proses kefahaman, seseorang pembaca atau pendengar perlu memahami maklumat yang terkandung di antara X dan Y,
iaitu subjek dan kemudiannya menggabungkan
maklumat ini dengan maklumat yang terkandung di antara Y dan Z, iaitu predikat. Hal ini bermakna frasa ‘saya’ perlu difahami dan
dikaitkan dengan frasa ‘ingin makan nasi
goreng’.
3.1.1.3 Tahap Ketiga : Melihat makna ayat dalam
wacana
Pemprosesan
makna yang hanya merujuk kepada makna perkataan-perkataan dan perhubungan sintaksis yang dibentuk
oleh perkataan-perkataan dalam ayat kadangkala boleh
memberikan makna yang kurang tepat. Penganalisisan sesebuah ayat di luar daripada konteks atau keperihalan keadaannya
boleh menghasilkan bentuk pentafsiran makna
yang salah. Atas alasan inilah Garnham (1958: 6 dalam Zulkifley Hamid, 2006) menegaskan, “sebenarnya adalah salah
untuk berhenti setakat makna ayat. Unit-unit yang
lebih besar daripada ayat, iaitu wacana atau teks mempunyai makna yang melampaui makna ayat-ayat sekiranya
dilihat secara terpisah”.
Sebagai
contoh, dalam sesuatu ceramah agama, seseorang penceramah mungkin mengatakan, ‘wahai saudara sekalian,
ikuti sahajalah apa yang nafsu kamu ingini
tetapi kita akan diadili di akhirat nanti’. Ucapan ini tidak bermaksud menyuruh
kita menurut hawa nafsu tetapi ingin
mengingatkan kita supaya jangan terpedaya dengan nafsu jahat. Makna sebenar ucapan di atas tidak mungkin kita
peroleh dengan menganalisis
ayat ini dengan tidak merujuk kepada keperihalan keadaan kewujudannya. Makna hanya dapat difahami dengan betul jika
dilihat dalam tema atau keperihalan sesuatu
keadaan dituturkan.
Daripada
huraian yang telah dibuat memperlihatkan kepada kita bahawa pemahaman melibatkan satu urutan
pemprosesan. Proses pemahaman melibatkan penganalisisan
makna perkataan-perkataan dan corak hubungan struktur antara perkataan
yang membina sesuatu ayat. Di samping itu, penganalisisan makna juga melibatkan penentuan makna ayat
berdasarkan tema atau keperihalan keadaan.
3.1.2 Ingatan dan Proses Pemahaman
Proses pemahaman melibatkan
ingatan. Terdapat tiga jenis ingatan manusia iaitu ingatan deria, ingatan
jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Dalam proses pemahaman, ingatan deria
berfungsi mempersepsi rangsangan-rangsangan yang penting dan terdengar. Hanya
rangsangan-rangsangan yang penting dan perlu diproses sahaja yang akan dihantar
kepada ingatan jangka pendek. Maklumat yang sudah siap diproses akan dihantar
kepada ingatan jangka panjang untuk disimpan.
Kebolehan
seseorang memahami ayat yang didengar atau dibacanya bergantung kepada
bagaimana maklumat yang berhubung dengan ayat tersebut disimpan dalam ingatan
jangka panjang. Sekiranya maklumat tentang ayat yang hendak diproses itu ada
tersimpan dalam ingatan jangka panjang, kita akan dapat memahami ayat yang
didengar itu dengan mudah dan sebaliknya. Maklumat yang tersimpan dalam ingatan
jangka panjang memainkan peranan yang penting dalam proses pemahaman ayat. Hal
ini bermakna maklumat yang cuba disampaikan melalui sesebuah ayat hanya dapat
difahami jika maklumat itu ada tersimpan dalam ingatan pendengar.
3.1.3 Teori-Teori Pemahaman Bahasa
Terdapat beberapa teori yang
diperkatakan dalam aspek pemahaman bahasa, antaranya Teori Imej, Teori
Transformasi Generatif dan Teori Strategi.
3.1.3.1 Teori Imej
Teori Imej telah digunakan untuk
menghuraikan cara maklumat tersimpan. Menurut teori ini, pendengar akan membina
perwakilan dalaman dalam bentuk hubungan satu lawan satu dengan objek luaran.
Misalnya, ayat yang berbunyi ‘Anjing mengejar seekor kucing’. Pendengar akan
membina imej seokor anjing yang sedang mengejar seekor kucing dalam mindanya.
Hal ini bermaksud segala yang dituturkan dianggap sebagai gambaran tentang
perkara yang ada dalam fikiran. Jika rangsangan itu dapat digambarkan oleh
pendengar maka rangsangan itu akan dapat difahami (Foss & Hake, 1978: 137;
Clark & Clark, 1977:409). Walau bagaimanapun, teori ini masih terdapat
kelemahan, iaitu persoalan timbul sekiranya perkataan yang digunakan bersifat
abstrak. Sudah tentu sukar untuk dibayangkan.
Disebabkan kelemahan ini, idea struktur
dalaman digunakan. Menurut pendapat ini, ayat dalam ingatan jangka panjang
disimpan dalam bentuk struktur dalam ayat tersebut (Foss & Hakes, 1978:
138). Walau bagaimanapun, Bransford & Franks (dalam Foss & Hakes, 1978:
140) telah mempersoalkan kesahihan pendapat yang mengatakan maklumat tersimpan
dalam bentuk struktur dalaman. Mereka lebih mementingkan maklumat yang
terkandung dalam sesebuah ayat. Hal ini demikan kerana setiap ayat akan hilang
struktur asalnya. Apa yang disimpan dalam ingatan jangka panjang ialah maklumat
semantik tentang ayat-ayat tersebut. Seterusnya, pelbagai teori dan model
dikemukakan oleh pelbagai sarjana untuk menerangkan proses pemahaman. Antara
teori yang dikemukakan ialah Teori Transformasi Generatif dan Teori Strategi.
3.1.3.2 Teori Transformasi Generatif
Bagi para pendukung Teori
Transformasi Generatif, pengetahuan bahasa dan aspek-aspek yang berkaitan
dengan penggunaan pengetahuan ini wujud dalam dua bentuk atau dua lapisan
(Chomsky, 1985 :118). Bentuk yang pertama ialah bentuk yang bersifat abstrak,
iaitu hanya wujud dalam minda atau akal budi seseorang pengguna bahasa. Oleh
sebab bentuk bahasa ini bersifat dalaman, hal ini diistilahkan sebagai struktur
dalaman. Bentuk yang kedua ialah bentuk yang boleh ditanggapi oleh pancaindera,
dan kerana ia boleh ditanggapi secara luaran, bentuk ini dikenali sebagai
bentuk permukaan atau struktur permukaan. Struktur dalaman ialah struktur yang
mengandungi ayat dasar atau ayat inti. Struktur permukaan pula ialah struktur
yang telah pun mengalami perubahan daripada struktur dalamannya dan merupakan
bentuk ayat yang dituturkan oleh seseorang penutur. Misalnya perubahan daripada
ayat aktif kepada ayat pasif.
Menurut
Teori Transformasi Generatif, semua ayat pada peringkat struktur dalaman adalah
bersifat dasar, iaitu ayat tunggal aktif yang bersifat penyata. Ayat-ayat pada
peringkat struktur permukaan pula berkemungkinan telah berubah kepada pelbagai
bentuk. Contohnya, ayat pada peringkat struktur permukaan boleh wujud dalam
bentuk ayat pasif atau ayat majmuk seperti ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk
pancangan.
Menurut
teori ini lagi apabila seseorang mendengar sesebuah ayat, pendengar tersebut
akan membina struktur permukaan ayat tersebut. Seterusnya, ayat yang berada
dalam bentuk struktur permukaan ini akan ditransformasikan tahap demi tahap
sehinggalah terbentuk struktur dalaman atau struktur dasar bagi ayat tersebut.
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif
|
Seluruh rakyat Malaysia
mengecam pemimpin asing yang angkuh itu.
|
Pemimpin asing yang angkuh itu
dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia.
|
Jadual 1: Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Berdasarkan
contoh di atas, ayat aktif merupakan struktur dalaman atau struktur dasar
manakala ayat pasif pula merupakan struktur permukaan. Sekiranya pendengar
mendengar ayat pasif seperti di atas, mereka akan mentransformasikan ayat
tersebut kepada ayat aktif ataupun bentuk struktur dalamannya.
Menurut
teori ini, semasa proses pemahaman, ayat pasif akan ditukarkan atau
ditransformasikan kepada bentuk aktifnya. Teori ini mengandaikan bahawa semua
struktur dalaman bagi semua ayat wujud dalam bentuk ayat aktif dasar. Oleh hal
yang demikian, menurut pandangan teori transformasi, sesebuah ayat yang
memerlukan banyak urutan semasa proses transformasi sebelum sampai kepada bentuk struktur dalamannya,
iaitu bentuk aktif dasar akan memerlukan masa yang lebih lama untuk difahami
berbanding dengan ayat yang tidak memerlukan banyak tahap atau urutan
transformasi.
Berdasarkan
pandangan di atas, ayat yang berada dalam bentuk pasif akan memerlukan masa
yang lebih lama untuk difahami berbanding dengan ayat yang berada dalam bentuk
aktif. Hal ini demikian kerana pendengar akan mengambil masa yang lama untuk
mentransformasikan ayat tersebut kepada struktur dalamannya. Pandangan ini sama seperti Teori Kompleksiti
yang Diterbitkan (Derivational Theory of
Complexity). Menurut teori ini, setiap ayat mempunyai struktur dalaman dan
ayat-ayat terbitan dihasilkan daripada struktur dalaman ini.
Seseorang
pendengar akan melakukan proses transformasi secara terbalik, iaitu proses yang
bertentangan dengan proses semasa penghasilan atau penerbitan ayat. Setiap urutan transformasi
akan memerlukan masa. Dengan demikian, sesuatu ayat yang memerlukan urutan
transformasi yang lebih banyak akan memerlukan masa yang lebih lama untuk
difahami. Mengikut hokum Transformasi Generatif, struktur dalaman dan struktur
luaran diterbitkan oleh dua rumus tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah Rumus
Struktur Frasa (RSF) & Rumus Transformasi. RSF akan membentuk ayat pada
struktur dalaman, manakala Rumus Transformasi pula akan menerbitkan ayat pada
peringkat permulaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-dua bentuk tersebut
biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur
dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat permukaan.
Berikut merupakan urutan proses pemahaman ayat menurut teori Transformasi
Generatif.
Rumus-rumus Fonologi
Rumus-rumus Transformasi
|
Rajah 5 : Urutan proses pemahaman ayat menurut Teori
Transformasi Generatif
Terdapat juga segolongan sarjana
yang menjurus dalam bidang nahu yang mempersoalkan pandangan yang mengatakan
ayat pasif diterbitkan daripada ayat aktif. Bagi mereka, ayat pasif sejak
daripada awal sememangnya pasif. Penggunaan ayat pasif merupakan strategi
pengguna bahasa untuk menyamarkan atau menyembunyikan pelaku. Walaupun terdapat
beberapa kelemahan, konsep pemprosesan maklumat yang dikemukakan oleh teori ini
merupakan konsep yang mudah untuk difahami dan munasabah.
3.1.3.3 Teori Strategi
Menurut teori ini, setiap item
leksikal dikaitkan dengan maklumat tertentu dalam ingatan jangka panjang yang
juga disebut sebagai kamus mental. Maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka
panjang akan digunakan untuk membina representasi semantik atau makna bagi sesuatu
input ayat. Item-item leksikal yang dianggap paling penting dalam menentukan
struktur input ialah kata kerjanya. Teori ini mencadangkan bahawa pendengar
mendapatkan maklumat mengenai struktur ayat di mana sesuatu kata kerja itu
boleh wujud. Oleh yang demikian, pendengar akan kurang pasti mengenai struktur
sesebuah ayat jika sekiranya kata kerja yang terdapat dalam ayat tersebut, kata
kerja yang mempunyai makna yang taksa. Ayat yang dari segi semantiknya taksa,
akan memerlukan masa yang lebih lama untuk difahami. Kesimpulannya, teori ini
lebih menekankan kata kerja inti sebagai unsur terpenting dalam proses
pembentukan struktur dan makna sesebuah ayat.
3.1.4
Keterhadan Ingatan dan Masalah Pemahaman
Masalah kefahaman timbul apabila
ingatan kita khususnya ingatan jangka pendek menghadapi masalah dalam memproses
maklumat. Masalah-masalah ini dapat dikelompokkan kepada empat punca utama.
Keempat-empat punca tersebut dijelaskan seperti berikut.
3.1.4.1 Masalah pemahaman yang berpunca daripada
ketaksaan leksikal dan struktur
Ketaksaan
leksikal hanya melibatkan kata-kata tertentu dalam sesebuah ayat. Hal ini berlaku apabila sesuatu kata mempunyai
lebih daripada satu makna dan setiap makna menghasilkan
pentafsiran yang berlainan untuk sesebuah ayat. Contohnya perkataan ‘bunga’ dalam ayat berikut :
Di
rumah Pak Abu ada jambangan-jambangan bunga yang sedang mekar.
Apabila
seseorang mendengar ayat di atas, ia terpaksa memilih salah satu daripada dua makna bagi perkataan ‘bunga’, sama ada bunga
dalam maksud yang biasa atau bunga yang
dikiaskan untuk anak-anak gadis Pak Abu.
Ketaksaan
struktur pula wujud apabila dua atau lebih struktur yang berlainan dihubungkan dengan satu urutan kata yang
serupa. Setiap struktur mempunyai makna yang
berlainan daripada struktur yang lain. Contohnya, apabila kita membaca ayat berikut, kita dihadapkan dengan beberapa
penafsiran yang berbeza.
Kenangan
Oswald menembak masih segar dalam ingatan
Ayat
di atas dapat ditafsirkan mempunyai dua maksud yang berlainan. Pertama, Oswald telah menembak seseorang dan peristiwa itu
diingat hingga sekarang. Kedua, Oswald telah
memasuki peraduan menembak. Mata yang diperolehinya sungguh mengagumkan dan peristiwa yang mengagumkan ini diingat
hingga sekarang. Daripada contoh di atas dapat
kita lihat, perkataan yang sama dan disusun dengan susunan yang sama dapat memberikan maksud yang berlainan.
Persoalannya, mengapakah kita kadangkala
sukar untuk mentafsirkan ayat-ayat yang taksa itu? Mengapakah ingatan manusia
tidak dapat memberikan pentafsiran yang sebanyak mungkin pada sesuatu ketika
dan pada masa yang sama memilih tafsiran yang paling tepat bagi ayat tersebut?
Puncanya ialah ingatan jangka pendek mempunyai daya atau kekuatan pemprosesan
yang terhad. Di samping itu, pemprosesan maklumat mesti melalui satu rangkaian
urutan gerak laku yang tetap, bermula dengan ingatan deria yang bertindak balas
terhadap rangsangan bahasa, sama ada rangsangan penglihatan dan pendengaran.
Sesudah ditapis, rangsangan ini dihantar kepada ingatan jangka pendek ditafsir.
Selepas selesai diproses, maklumat itu dihantar kepada ingatan jangka panjang
untuk disimpan.
Ingatan jangka pendek tidak dapat membuat
pelbagai pentafsiran serentak. Pentafsiran dibuat satu persatu. Selepas itu,
baru dipilih pentafsiran yang paling tepat. Inilah puncanya mengapa ayat taksa
yang mempunyai pelbagai bentuk pentafsiran memerlukan masa yang lebih lama
untuk ditafsir berbanding dengan ayat-ayat yang tidak taksa.
3.1.4.2 Masalah pemahaman yang berpunca daripada
kerencaman struktur dan proposisi ayat
Daya pemprosesan ingatan jangka
pendek manusia terbatas. Apabila dilampaui batasan ini, ingatan jangka pendek
tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Clark & Clark (1977:137) mengatakan,
“Ingatan jangka pendek adalah seperti sebuah pita rakaman yang mempunyai pita
yang terhad panjangnya. Pita ini dapat merekod maklumat dan mengulanginya
semula, dengan syarat tidak melebihi kepanjangan pita yang ada”.
Apabila
kita membaca ayat-ayat dasar seperti ‘Majnun cinta akan Laila’, ‘Hang Jebat
sangat berani’ dan ‘Ali seorang guru’, ayat-ayat ini dapat difahami dengan
mudah kerana strukturnya mudah dan setiap ayat hanya mengandungi satu proposisi
Namun, berbeza dengan ayat berikut:
‘Dua
buah kedai adik kakak ipar abang saya yang dibina oleh datuk adik kakak ipar abang saya telah dirompak sebelum
dibakar’.
Ayat tersebut memerlukan masa
yang panjang untuk memahami keseluruhan maksud yang hendak disampaikan. Ayat
tersebut mempunyai struktur dan proposisi yang terlalu rencam dan sukar untuk diproses oleh ingatan jangka
pendek. Hal ini dikatakan demikian kerana ingatan jangka pendek hanya mampu
menyimpan setakat tujuh potong (chunk)
maklumat pada satu-satu ketika (Clark & Clark, 1977:137). Satu potong
maklumat merupakan satu proposisi, iaitu satu unit terkod yang boleh memberikan
makna yang lengkap. Dengan kata lain, satu ‘chunk’
merupakan sebuah ayat mudah atau ayat selapis.
Ayat
terbentuk daripada dua unsur, subjek dan predikat. Hubungan di antara kedua-dua
gatra terbina apabila disatukan dalam sebuah ayat. Sesebuah ayat akan sukar
difahami jika hubungan di antara kedua-dua ini sukar dibentuk. Atas sebab
inilah ayat-ayat yang terlalu panjang atau yang mengandungi proposisi terlalu
rencam sukar difahami. Ingatan jangka pendek menghadapi masalah untuk
menghubungkan maklumat-maklumat yang terkandung dalam kedua-dua gatra ayat.
Struktur
sesebuah ayat aktif bahasa Melayu adalah seperti berikut:
A___________________________B_______________________C
Subjek Predikat
Jarak antara titik A dan B
mengandungi maklumat-maklumat tentang subjek sesebuah ayat. Jarak di antara
titik B dan C pula mengandungi maklumat-maklumat predikat sesebuah ayat.
Daripada segi nahu, jarak di antara A dan B dan di antara B dan C tidak ada
had. Contohnya, frasa nama bahasa Melayu, iaitu unsur yang membina subjek bagi
sesebuah ayat bahasa Melayu dapat dirumuskan seperti di bawah:
FN (Bil) + (penj. Bil) + N + (N)
+ (A) + (A)……..
Jika sesebuah ayat mengandungi frasa nama subjek yang
terlalu rencam, jarak di antara titik A dan B menjadi jauh. Jarak ini tidak
seharusnya melampaui batas daya pemprosesan ingatan jangka pendek kerana
ingatan jangka pendek perlu menyimpan maklumat-maklumat yang terkandung di
antara titik A dan B untuk digabungkan dengan maklumat yang terkandung di
antara titik B dan C. Hal ini demikian kerana, semasa melakukan pemprosesan,
ingatan jangka pendek menyimpan rangsangan-rangsangan bahasa dalam bentuk
mentah. Perkara ini ditegaskan oleh Clark & Clark (1977: 138), “ingatan
jangka pendek menyimpan maklumat-maklumat lisan manakala ingatan jangka panjang
menyimpan maknanya.
Sekiranya ingatan jangka pendek tidak dapat menampung
maklumat-maklumat yang terdapat dalam gatra subjek, ingatan jangka pendek akan
gagal menghubungkan maklumat-maklumat ini dengan maklumat-maklumat yang ada
dalam gatra predikat. Apabila keadaan ini berlaku, timbullah masalah dalam
pemahaman.
Walau bagaimanapun, ada juga ayat-ayat yang sama panjang
tetapi berlainan darjah kesukaran memahaminya. Perbezaan ini wujud kerana
terdapat perbezaan dalam bilangan proposisi yang dikandung oleh ayat-ayat
tersebut. Menurut Kintsch dan Keenan (dalam Clark & Clark, 1977: 166):
Lebih banyak proposisi yang
perlu disimpan dalam ingatan, lebih sukar untuk membaca dan memahami sesebuah
ayat, dan hal ini telah dibuktikan. Untuk perenggan-perenggan yang mengandungi
15 patah perkataan, masa untuk membaca bertambah daripada 10 saat untuk
perenggan yang mengandungi empat proposisi kepada 15 saat untuk perenggan yang
mempunyai lapan proposisi.
3.1.4.3
Masalah pemahaman yang berpunca daripada kegagalan mengintegrasikan maklumat
dalam sesebuah wacana
Untuk memahami maksud sesebuah
perenggan, kita perlu terlebih dahulu memahami maksud ayat-ayat yang terkandung
dalam perenggan tersebut. Maklumat yang terkandung dalam setiap ayat
kemudiannya perlu disatukan untuk membolehkan kita memahami keseluruhan isi
sesuatu perenggan. Kegagalan mengintegrasikan maklumat yang terkandung dalam
ayat-ayat yang menjadi komponen sesebuah perenggan menyebabkan kegagalan
memahami isi perenggan tersebut. Garnham (1985:134) mengatakan, “matlamat utama
bagi sistem kefahaman adalah memahami wacana atau teks. Makna sesuatu wacana
bergantung pada erti ayat-ayat yang dikandungnya.”
Sesuatu
wacana merupakan satu organisasi unsur dan proposisi yang saling berhubungan
yang membentuk satu struktur. Walau bagaimanapun, ayat-ayat yang terkandung
dalam suatu wacana tidaklah bertaraf sama. Sesetengah ayat mempunyai maklumat
inti dan yang lainnya hanya bertindak sebagai penerang. Sesuatu proposisi yang
berada di hieraki teratas representasi lebih berkemungkinan untuk diambil
semula oleh ingatan jangka pendek kerana kedudukannya yang lebih utama dalam
struktur sesebuah cerita.
Semasa
pemprosesan sesebuah wacana, ketiga-tiga jenis ingatan berganding erat.
Ayat-ayat yang sudah diproses akan disimpan dalam ingatan jangka panjang.
Ayat-ayat tersebut akan diambil semula apabila timbul keperluan untuk
mengintegrasikan maklumat yang sudah diproses ini dengan maklumat-maklumat yang
baru. Apabila ingatan jangka pendek gagal mengintegrasikan maklumat ini,
gagallah proses pemahaman sesebuah teks.
Kegagalan boleh berpunca daripada kelonggaran struktur teks. Hal ini
menyebabkan ingatan jangka pendek yang terhad kemampuannya tidak dapat
mengintegrasikan semua maklumat dengan berkesan.
Penutur
dan penulis perlulah membantu ingatan jangka pendek pendengar dan pembaca
dengan mengadakan tanda-tanda saran yang dapat membantu proses pemahaman
mereka. Kata-kata dan frasa yang bertindak sebagai penghubung seperti walaupun,
bagaimanapun, tetapi, seperti yang telah dinyatakan, dengan kata lain, selain
itu dan sebagainya dapat membantu ingatan jangka pendek mengintegrasikan
maklumat.
3.1.4.4 Masalah pemahaman yang berpunca daripada
ketidakwujudan dan keterasingan kosa kata
Kosa kata yang dimiliki disimpan
dalam ingatan jangka panjang. Apabila kita dihadapkan dengan
rangsangan-rangsangan bahasa, ingatan deria akan memilih rangsangan-rangsangan
yang penting. Kemudian, rangsangan-rangsangan ini dihantar kepada ingatan
jangka pendek untuk diproses. Semasa pemprosesan, makna perkataan-perkataan
yang terkandung dalam sesuatu rangsangan bahasa perlu didapatkan daripada
ingatan jangka panjang. Kadangkala dalam usaha mendapatkan makna ini, ingatan
jangka pendek menghadapi masalah seperti ketidakwujudan kata di dalam kamus
mental dan keterasingan sesetengah perkataan dalam kamus mental atau ingatan jangka
panjang.
Sesetengah
kata lebih penting daripada yang lain semasa pemprosesan maklumat. Kata-kata
yang penting ini ialah kata-kata inti yang membina subjek dan predikat sesebuah
ayat. Kegagalan untuk mendapatkan makna bagi kata-kata utama ini daripada kamus
mental boleh mengakibatkan ketidakfahaman ayat-ayat yang didengar atau dibaca.
Jumlah
dan jenis kosa kata yang dimiliki oleh individu-individu berbeza bergantung
pada taraf pendidikan, pengalaman dan persekitaran sosio budaya. Clark &
Clark (1977: 552) menyatakan petani, tukang kayu, doktor bedah, pemain bola
sepak, tukang masak, setiap kumpulan melalui kepakaran yang mereka miliki,
menguasai sejumlah besar istilah khusus. Kita mungkin mengetahui nama-nama
untuk beberapa bahagian anggota dalaman tubuh manusia, tetapi doktor bedah
mengetahui ratusan.
Hal
di atas menyebabkan seseorang individu menghadapi kerumitan untuk memahami
pertuturan dari kumpulan yang berbeza pengalaman dan profesion daripadanya.
ketidakwujudan kosa kata khusus yang dimiliki oleh kumpulan-kumpulan pekerjaan
dan profesion tertentu boleh menyebabkan komunikasi antara kumpulan menjadi
sukar.
Sesetengah
perkataan lebih kerap digunakan daripada yang lain. Perkataan-perkataan yang
tidak digunakan untuk jangka masa yang terlalu lama akan mengambil masa yang
lebih lama untuk diingat semula. Perkataan-perkataan yang sering digunakan akan
dapat diingat semula dengan lebih cepat. Foss & hakes (1978: 107) menamai
fenomena ini sebagai kesan keterbaruan penggunaan (recency effect).
Mereka mengatakan, “Perkataan yang baru digunakan akan lebih cepat diingat
semula daripada perkataan yang telah lama digunakan”.
Walaupun
ingatan jangka dapat menyimpan maklumat untuk jangka masa yang lama tetapi
perlu sering dirangsang. Perkataan-perkataan yang sudah wujud di dalam kamus
mental tetapi telah tidak digunakan untuk jangka masa yang lama, akan sukar
diingat semula kerana sudah menjadi asing. Perkataan-perkataan yang sudah asing
ini, kalau wujud dalam pertuturan atau teks, boleh melambatkan proses
pemahaman.
3.2 Pemahaman Bahasa Menurut Adenan Ayob dan
Abdullah Yusof
Menurut Adenan Ayob dan Abdullah
Yusof (2010), pemahaman bahasa melibatkan dua jenis kemahiran, iaitu kemahiran
mendengar dan membaca.
3.2.1 Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan
satu kemahiran asas dan berlaku pada peringkat penerimaan. Lazimnya, aktiviti
mendengar dilakukan pada peringkat awal sekali bertujuan memungkinkan pembaca
memperoleh, memahami dan mentafsir maklumat semasa proses pendengaran.
Kemahiran
mendengar penting kerana merupakan asas yang perlu dimiliki terutama oleh
pelajar kerana kebanyakan maklumat yang disampaikan berbentuk lisan. Oleh itu,
pelajar perlu mendengar dengan teliti dan memberi sepenuh perhatian
memeandangkan maklumat yang diberikan berbentuk abstrak dan konseptual. Input
atau maklumat yang diterima oleh pendengar kadang kala sukar, terlalu banyak,
dan abstrak yang menyebabkan segala input tersebut gagal diproses untuk
difahami. Oleh hal yang demikian, pendengar perlu bersiap sedia lebih awal
dengan membuat pembacaan awal tentang perkara yang akan dibincangkan. Hal ini
memperlihatkan seseorang tersebut cuba memahami isu-isu atau fakta-fakta
penting yang akan dibincangkan. Pendengar perlu memberikan perhatian pada
perkataan penting seperti ‘…yang penting ialah…’ atau ‘…sebab-sebabnya ialah…’.
Sebagai
pendengar juga, jika ada input yang diberikan tidak difahami, tidak jelas atau
timbul kemusyikilan, perlu bertanya soalan untuk mendapatkan jawapan yang
pasti. Proses memperoleh dan mamahami sesuatu maklumat tidak akan berkesan
sekiranya pendengar hanya mendengar kerana proses ini perlu berlaku secara dua
hala. Selain itu, pendengar juga perlu mengambil nota dengan baik kerana akan
membantu pendengar untuk mengingat kembali input yang diberikan. Nota yang baik
akan membantu untuk memahami perkara yang dipelajari. Nota yang baik juga
menandakan pendengar tersebut memahami input yang disampaikan.
3.2.1.1 Proses Mendengar
Bagi memproses pelbagai
jenis maklumat, terdapat empat langkah utama yang perlu dilalui oleh pendengar. Hal ini dapat dijelaskan melalui
rajah berikut:
LANGKAH 1
|
Pendengar memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya
semasa mendengar.
|
LANGKAH 2
|
Pendengar menganalisis perkara yang didengar sama ada
idea atau fakta secara satu persatu.
|
LANGKAH 3
|
Pendengar memahami idea dan fakta yang didengar.
|
LANGKAH 4
|
Pendengar memberi tindak balas terhadap perkara yang
didengari.
|
Rajah 6: Proses Mendengar
Berdasarkan langkah yang dijelaskan di atas dapat
dihuraikan bahawa sebelum sampai
kepada tahap penerimaan atau pemahaman, pendengar perlu melalui beberapa langkah yang penting. Langkah pertama,
iaitu pendengar perlu member tumpuan yang sepenuhnya
semasa mendengar guru atau pengucap sedang bercakap. Pada peringkat ini, pendengar perlu mengelakkan sebarang
gangguan semasa proses mendengar kerana
apa-apa jua gangguan akan menghilangkan konsentrasi. Hal ini akan menyebabkan perkara yang ingin
didengar tidak dapat difahami dengan baik.
Langkah kedua pula pendengar perlu menganalisis perkara
yang didengar sama ada idea atau fakta
yang didengarinya satu persatu. Hal ini bermaksud apabila pendengar mendengar ayat berikut “Projek
untuk memperlebar jalan menelan belanja sebanyak
RM1 juta”, pendengar perlu menganalisis idea atau fakta secara satu persatu. Berdasarkan contoh ayat berikut terdapat
beberapa perkara penting, iaitu:
i.
Projek
ii.
memperlebar jalan
iii.
menelan belanja
iv.
RM1 juta
Melalui
contoh di atas pendengar perlu menganalisis perkara yang didengarinya satu persatu seperti yang dijelaskan di
atas. Hal ini untuk memudahkan pemahaman pendengar.
Namun, ayat itu bukan didengar secara berasingan tetapi secara keseluruhan.
Seterusnya,
pada langkah ketiga pendengar perlu memahami perkara yang didengarinya. Tahap pemahaman ini
menentukan tindakan yang akan diambil oleh pendengar.
Proses ketiga ini ada kaitan yang rapat dengan proses keempat, iaitu sama ada pendengar memberi tindak balas terhadap
perkara yang didengari ataupun tidak. Pada
peringkat ini yang memperlihatkan sama ada pendengar dapat memahami apa yang didengari ataupun tidak.
Sekiranya pendengar memberi tindak balas terhadap perkara yang didengari, pendengar cenderung untuk
memperlihatkan bahawa pendengar
tersebut faham melalui tindakan bertanya soalan, mencatat nota dan sebagainya.
3.2.1.2 Kemahiran Mendengar di Bilik Darjah
Menurut Adenan Ayob dan
Abdullah Yusof (2010), semasa berada di bilik darjah, terdapat lima kemahiran yang perlu diaplikasi oleh pendengar, iaitu:
i.
Pendengar perlu memberi tumpuan pada bidang yang diajar.
Dalam hal ini, pendengar perlu memastikan bahawa apa-apa tajuk yang dipelajari
perlu dikaji dan dilihat kembali.
ii.
Pendengar perlu menyoal sama ada menyoal diri sendiri
mahupun guru. Antara soalan yang ditanya pada diri ialah “Apakah isi penting?”,
“Apakah maksudnya?” dan sebagainya. Soalan yang ditanya kepada guru pula ialah
perkara-perkara yang tidak difahami dengan baik.
iii.
Pendengar perlu mengelakkan reaksi emosi yang timbul
melalui penggunaan perkataan-perkataan tertentu yang akan menyebabkan fokus
pendengar akan hilang. Hal ini akan menyebabkan gangguan dalam proses
memperoleh dan memahami input.
iv.
Pendengar tidak boleh mengkritik guru disebabkan
penampilannya atau fizikalnya kerana input yang diperkatakan tidak berkaitan
dengan perkara tersebut. Pendengar perlu menjadikan tajuk yang didengar menarik
dan jangan sekali-kali menganggap tajuk yang diperkatakan membosankan.
v.
Perkara utama yang menjadi tumpuan pendengar ialah
kebolehan mengambil idea-idea utama dan perincian bahan yang disampaikan serta
dikaitkan dengan tajuk.
Secara
keseluruhannya menyatakan bahawa pendengar yang baik mampu mendengar apa-apa sahaja yang
dituturkan oleh orang lain, mampu memahami maksud dan dapat mentafsir apa-apa yang didengari dengan cepat.
Memang tidak dinafikan bahawa
pendengar yang baik mampu mengamalkan cara mendengar aktif supaya maklumat yang diterima dapat
diproses bagi tujuan pemahaman, penemuan dan sebagainya.
3.2.1.3 Strategi Mendengar yang Baik
Memang
tidak dinafikan bahawa kemahiran mendengar sangat penting dalam menentukan pemahaman seseorang.
Pendengar perlu mempunyai strategi-strategi tertentu
supaya maklumat yang diterima mudah diproses dan disimpan dalam ingatan jangka panjang.
Perkara
pertama yang perlu dilakukan oleh pendengar adalah memerhatikan gaya penyampaian. Gaya penyampaian
seseorang sangat penting dan merupakan sebahagian
daripada sumber untuk mendapat maklumat yang didengar. Pendengar perlu mendengar dengan teliti dan
memastikan guru menggunakan nada suara atau gerak
badan untuk menunjukkan tekanan pada bahagian-bahagian atau isi-isi tertentu.
Selain
itu, pendengar perlu mendengar secara kritis dengan mengambil kira perkara-perkara tersembunyi di
sebalik penggunaan perkataan-perkataan tertentu. Pendengar perlu mendengar dengan baik sama ada seseorang bercakap
tentang fakta atau pandangan.
Pendengar
juga perlu mengetahui beberapa perkara penting yang telah dihuraikan untuk menjadi pendengar yang
baik. Pendengar yang baik mampu mendengar
apa-apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan mampu memahami maksud serta mentafsir perkara yang
didengar dengan cepat. Bagi memproses sesuatu maklumat,
pendengar perlu merancang perkara yang didengar supaya dapat menerima bahan yang diharapkan. Bagi mencapai tujuan
tersebut, pendengar perlu menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu seperti mendengar sepenuh perhatian, mengemukakan soalan kepada diri sendiri dan guru,
bersedia lebih awal, dan mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan emosi semasa mendengar. Pendengar yang baik
juga mampu mengetahui dan
mengamalkan cara mendengar yang aktif supaya maklumat yang diterima dapat diproses bagi tujuan pemahaman,
penemuan dan sebagainya.
3.2.2 Kemahiran Membaca
Menurut Mariam Buyung (1981
dalam Adenan Ayob dan Abdullah Yusof, 2010), membaca ialah proses mengenal dan
menterjemah simbol bertulis kepada bunyi-bunyi suara dan memahami makna yang
terkandung dalam bahan-bahan yang tertulis dan bercetak. Melalui pembacaan,
seseorang pembaca akan memperoleh sebahagian besar makluman daripada bahan
bertulis. Tidak dinafikan bahawa pembacaan dilakukan untuk memperoleh maklumat
dan untuk pemahaman. Oleh hal yang demikian, pembacaan adalah proses yang memungkinkan akal budi
mempertingkatkan kefahamannya dengan perkataan-perkataan yang terdapat dalam
bahan bacaan.
Sebelum
kemahiran membaca dapat ditingkatkan dengan berkesan, pembaca perlu
memahami pelbagai peringkat pembacaan
dan perbezaan bagi setiap peringkat tersebut
agar input yang diperoleh mudah diproses.
Peringkat Permulaan
atau Dasar
Pelajar mempelajari pada peringkat persekolahan.
Pembaca menghadapi masalah ketika hendak membaca sesuatu yang ditulis dalam
bahasa asing yang tidak dikuasai dengan baik. Dalam keadaan ini, usaha
pertama adalah mengenal makna kata-kata satu-persatu baharulah dapat difahami
sepenuhnya.
|
Peringkat Hubungan
dengan Waktu
Pembaca diberikan jumlah waktu tertentu untuk menyelesaikan
pembacaan. Pembacaan pada peringkat ini bertujuan menemukan sebanyak mungkin
cirri-ciri sesebuah buku dalam waktu tertentu.
|
Peringkat Analitis
Peringkat ini jauh lebih sukar daripada dua peringkat
di atas. Pembacaan dilakukan secara tuntas dan baik. Pembacaan analitis
merupakan pembacaan yang lebih giat dan pembaca perlu memahami sebuah buku
sepenuhnya tanpa batas waktu. Pembacaan peringkat ini adalah untuk memperoleh
pemahaman bukan memperoleh maklumat.
|
Peringkat
Bandingan
Pembaca tidak sekadar membaca
sebuah buku tetapi beberapa buah buku dan melihat hubungan buku-buku dengan
yang lain. Hubungan mungkin tentang sesuatu persoalan sehingga pembaca
memperoleh pemahaman yang menyeluruh.
|
Rajah 7: Peringkat Pembacaan
(Sumber: Diubah suai daripada Adenan Ayob dan Abdullah Hassan)
4.0 Strategi dalam Memahami
Ujaran
Menurut Soenjono
Dardjowidjojo (2005), dalam memahami sesuatu ujaran, terdapat tiga faktor yang
berkaitan, iaitu :
4.1 Faktor yang berkaitan dengan
pengetahuan dunia
Sebagai anggota
masyarakat, kita telah hidup bersama dengan alam sekitar kita. Alam sekitar ini
memberikan kepada kita pengetahuan-pengetahuan tentang kehidupan di dunia.
Sebahagian dari pengetahuan ini bersifat universal sedangkan sebahagian yang
lain khusus mengenai masyarakat tempat kita tinggal. Pengetahuan umum bahawa
ikan paus berbadan besar membuat kita menganggap ikan paus yang mempunyai saiz
seekor ikan jerung adalah ikan paus kecil. Sebaliknya, pengetahuan kita bahawa
semut berbadan kecil membuat kita berkata bahawa semut yang panjangnya dua
sentimeter adalah semut yang besar. Dengan demikian, ungkapan ikan paus kecil
dan semut besar harus difahami dalam konteks tentang pengetahuan dunia.
Pengetahuan tentang dunia yang
sifatnya tidak universal adalah pengetahuan yang spesifik terdapat budaya atau
masyarakat tertentu. Dalam masyarakat Jawa, misalnya, ada perhitungan hari yang
berdasarkan kalendar Jawa. Menurut kalendar Jawa, satu minggu itu terdiri
daripada lima hari, iaitu pon, paing, manis, wage, dan kliwon. Dalam kombinasinya dengan
kalendar nasional yang terdiri dari tujuh hari akan ada suatu hari Khamis yang
bercampur dengan wage. Khamis wage itu adalah Khamis sebelum Jumaat,
dan Jumaat sesudah Khamis wage adalah
Jumaat kliwon. Dalam budaya Jawa,
malam Jumaat kliwon (yakni, Khamis wage
malam) adalah malam yang menyeramkan kerana pada malam ini banyak setan, jin,
dan orang halus lain menampakkan diri. Hubungannya dengan kefahaman bahasa
adalah jelas, iaitu suatu ayat yang berbunyi “Ini malam Jumaat kliwon, kan?” harus difahami sebagai
suatu pertanyaan yang mempunyai implikasi spiritual yang menakutkan.
4.2 Faktor Sintaktik
4.2 Faktor Sintaktik
Seperti yang
diketahui, ayat terdiri daripada konstituen. Konstituen ini juga memiliki
struktur tertentu. Struktur konstituen inilah yang membantu kita memahami
ujaran. Dengan perkataan lain, kita menggunakan strategi-strategi sintaktik
bagi membantu kita memahami suatu ujaran. Strategi-strategi ini adalah:
i.
Apabila
kita mengenal pasti perkataan pertama daripada suatu konstituen yang kita
dengar, proses mental kita mulai mencari perkataan lain yang selaras dengan
perkataan pertama dalam konstituen tersebut. Seandainya perkataan pertama yang
kita dengar adalah orang, maka kita mencari perkataan lain yang secara
sintaktis boleh berkolokasi dengan perkataan ini. Perkataan-perkataan ini boleh
jadi tua, besar, bodoh, atau cantik. Proses seperti ini terjadi kerana kita
sebagai penutur asli bahasa Melayu secara intuitif tahu bahawa perkataan
seperti orang hampir selalu diikuti oleh sesuatu yang lain untuk boleh menjadi
suatu konstituen.
ii.
Setelah
mendengar perkataan yang pertama dalam suatu konstituen, perhatikan apakah perkataan berikutnya mengakhiri konstruksi
itu. Seandainya setelah perkataan orang muncullah perkataan yang, maka kita
membuat kesimpulan bahawa konstruksi orang yang tidak mungkin membentuk suatu konstituen. Oleh sebab itu,
benak kita masih mengharapkan adanya perkataan atau perkataan-perkataan lain
yang mengikutinya lagi. Hal ini disebabkan
secara intuitif kita juga
tahu bahawa perkataan yang pastilah membentuk ayat kecil, maka kita
mengharapkan munculnya ayat kecil itu. Apabila ayat kecil tadi muncul,
misalnya, Orang yang mencari kamu legalah kita kerana dengan adanya ayat kecil ini maka terciptalah suatu FN.
iii. Apabila mendengar suatu kata kerja,
carilah jenis serta bilangan argumen yang selaras
dengan kata kerja tersebut. Jikalau kata kerja yang kita dengar adalah, kata kerja menjahit, maka kita pasti mengharapkan adanya satu argumen, iaitu benda yang dijahit. Oleh sebab itu,
setelah kita mendengar ungkapan “Dia menjahit …
“pastilah kita mengharapkan sebuah kata nama seperti baju atau seluar kerana tidak mungkin ada suatu ayat yang berakhir
dengan kata kerja.
iv. Kewujudan ayat adalah dalam bentuk linear
sehingga perkataan yang mengikuti biasanya menjelaskan
perkataan yang mendahuluinya. Sebagai contoh dalam ayat “ baju kurung tradisional masyarakat Malaysia”. Proses-proses
perkembangan fikiran adaah seperti
berikut:
(a) Ini apa? – baju,
(b) baju apa? – baju
kurung;
(c) baju kurung apa? –
baju kurung tradisional;
(d)
tradisional masyarakat apa? – tradisional masyarakat Malaysia.
v. Gunakanlah perkataan atau konstituen
pertama daripada suatu klausa bagi mengenal
pasti fungsi klausa tersebut. Seandainya kata yang kita dengar adalah jikalau, meskipun, atau ketika, maka pastilah akan ada klausa utama
dalam ayat tersebut. Contohnya,
“Jikalau kamu setuju, …”
vi. Dalam bahasa Melayu juga, imbuhan dapat
memberikan bantuan dalam pemahaman.Contohnya
dalam ayat berikut:
Ayat 1 : Ahmad mengahwini Suraya.
Ayat 2 : Ahmad
mengahwinkan Suraya
Dalam bahasa lisan, pemahaman seseorang itu dalam mengerti mengahwini dan mengahwinkan adalah bergantung pada akhiran yang digunakan.Penggunaan akhiran -i kita fahami bahawa Ahmad berkahwin dengan Suraya manakala dengan imbuhan –kan kita fahami bahawa Ahmad akan ‘mewalikan’ Suraya.
4.3 Faktor Semantik
Di samping strategi
sintaktik, orang juga menggunakan strategi semantik dalam memahami ujaran.
Berikut adalah beberapa strategi semantik yang digunakan:
4.3.1 Menggunakan akal dalam
memahami ujaran
Kita hidup dalam
masyarakat yang memiliki persepsi yang sama tentang pelbagai perkara. Misalnya,
semua orang memahami bahawa di dunia ini anjing mengejar kucing, dan bukan
sebaliknya. Dengan pengetahuan seperti ini maka jikalau kita diberi proposisi
yang berkaitan dengan seekor kucing, seekor anjing, dan perbuatan mengejar,
pastilah kita berfikir bahawa ayat yang kita dengar adalah ‘Anjing itu mengejar
kucing’ dan bukan ‘Kucing mengejar anjing’. Apabila kita terdengar ayat ‘Kucing
mengejar anjing’ pastilah kita hairan.
4.3.2 Cari konstituen yang memenuhi
syarat-syarat semantik tertentu
Jikalau kita
mendengar perkataan mencarikan, pastilah muncul dalam benak kita konsep-konsep
semantik yang berkaitan dengan perkataan ini, iaitu (a) mesti ada pelaku
perbuatan, (b) mesti ada objek yang dicari, dan (c) pasti ada orang lain yang
dicarikan. Dengan demikian, jikalau ayat yang kita dengar hanyalah ‘Dia sedang
mencarikan anaknya’ pastilah kita masih mengharapkan adanya kelanjutan daripada
ayat itu kerana kata kerja mencarikan belum lengkap jikalau hanya diikuti oleh
orang yang mendapat manfaat. Jikalau ayat yang kita dengar adalah ‘Dia sedang
mencarikan pekerjaan’. Terdapat dua pengertian yang boleh difahami, iaitu
‘pekerjaan itu bukan untuk dia sendiri’, dan oleh sebab itu pasti ada orang
lain yang sedang dia carikan pekerjaan itu, meskipun hal ini tidak dinyatakan
secara eksplisit.
4.3.3 Urutan kata
Apabila ada urutan
kata KN + KK + K N, maka KN yang pertama adalah pelaku perbuatan, kecuali ada
tanda-tanda lain yang mengingkarinya. Dalam ayat ‘Dia melanggar polis’, dia adalah pelaku perbuatan. Namun, bila
kata kerjanya telah ditandai dengan imbuhan tertentu, misalnya, awalan di,
sehingga ayatnya menjadi ‘Dia dilanggar polis’ perkataan dia tidak lagi menjadi
pelaku perbuatan. Dalam bahasa Inggeris, begitu kita mendengar perkataan the man pasti kita mengira orang itu
sebagai pelaku dan mengharapkan adanya kata kerja perbuatan. Akan tetapi,
kemudian yang muncul adalah verba was.
Kita masih mengharap adanya kata kerja perbuatan seperti beating atau eating. Akan
tetapi, apabila yang muncul kemudian ternyata adalah kata kerja beaten maka hilanglah harapan kita akan
munculnya N sebagai pelaku perbuatan.
4.3.4 Maklumat lama biasanya
mendahului maklumat baharu
Dalam kita bercakap,
terdapat informasi-informasi yang kita anggap ada pada kesedaran si pendengar
pada saat dia mendengar. Informasi seperti ini dinamakan informasi lama.
Setelah informasi lama dinyatakan, barulah informasi baharu diberikan. Sewaktu
kita berkata ‘Ahmad menikahi Suraya pada
19 Januari 2011 pastilah kita berandaian bahawa pendengar menyedari bahawa
rujukan yang dimaksud dengan Ahmad. Hal ini adalah informasi lama yang
diandaikan diketahui oleh pendengar. Setelah informasi lama ini disampaikan,
pembicara memberikan informasi baharu, iaitu orang tersebut menikahi Suraya
pada 19 Januari 2011.
Apabila urutannya bukan informasi lama dan informasi baharu, biasanya ada tanda-tanda sintaktik yang muncul. Perhatikan ayat berikut ‘Surayalah yang dinikahi Ahmad Januari 2011’.
Dalam ayat ini terasa bahawa yang diberitakan (yang merupakan informasi baharu) adalah mengenai Suraya. Dalam ayat seperti, informasi baharu mendahului informasi lama ayatnya memiliki penanda khusus seperti adanya partikel –lah, munculnya kata relatif yang, dan munculnya awalan pasif di. Dari gambaran di atas jelas bahawa baik strategi sintaktik mahupun strategi semantik diperlukan untuk memahami ujaran.
Apabila urutannya bukan informasi lama dan informasi baharu, biasanya ada tanda-tanda sintaktik yang muncul. Perhatikan ayat berikut ‘Surayalah yang dinikahi Ahmad Januari 2011’.
Dalam ayat ini terasa bahawa yang diberitakan (yang merupakan informasi baharu) adalah mengenai Suraya. Dalam ayat seperti, informasi baharu mendahului informasi lama ayatnya memiliki penanda khusus seperti adanya partikel –lah, munculnya kata relatif yang, dan munculnya awalan pasif di. Dari gambaran di atas jelas bahawa baik strategi sintaktik mahupun strategi semantik diperlukan untuk memahami ujaran.
5.0 Kesimpulan
Ringkasnya, terdapat hubungan yang erat antara ingatan dan proses
pemahaman. Masalah kefahaman selalunya berpunca daripada masalah yang dihadapi
oleh ingatan semasa memproses maklumat. Bagi mengelakkan berlakunya
masalah-masalah dalam pemahaman, penutur atau penulis perlu memastikan agar
bahasa yang digunakan mampu diproses oleh ingatan pendengar atau pembaca yang
menjadi sasaran penyampaian mereka. Kosa kata dan gaya bahasa yang digunakan
harus disesuaikan dengan keupayaan pendengar atau pembaca. Penggunaan gaya
bahasa yang hebat dengan kosa kata yang jarang didengar boleh menyebabkan
kerumitan dalam proses pemahaman. Hal ini tidak boleh dipandang enteng oleh
para guru khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa bersama-sama
pelajar di dalam kelas. Amat penting bagi guru untuk memastikan setiap isi
pelajaran yang disampaikan dapat difahami oleh pelajar. Jika ilmu yang
disampaikan tidak difahami oleh pelajar maka dapat dikatakan objektif
pengajaran guru tidak tercapai pada ketika itu. Oleh hal yang demikian, kaedah,
pendekatan dan strategi yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran haruslah bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar.