Sabtu, 11 April 2020

Hubungan Bangsa Bugis dengan Rumpun Bahasa Melayu

1.0 PENGENALAN
Melayu merujuk kepada kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara hidup tertentu atau pergaulan hidup masyarakat. Terdapat juga pengkaji lain berpendapat perkataan Melayu berasal daripada perkataan „Pamalavu‟ (peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara). Slametmuljana pula mengatakan bahawa Melayu sebenarnya berasal daripada perkataan sanskrit. Mengikut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan „Himalaya‟ yang telah disingkatkan kepada “Malaya‟ menjadi Melayu. Perkataan “Himalaya‟ berasal daripada perkataan “Hima‟ bererti salji manakala “alaya‟ bereti tempat.
Bahasa Melayu yang disebut oleh I-Tsing sebagai Kw’un Lun (Srivijaya) sebagai bahasa perdagangan dan pemerintahan pada abad ke-7. Menurut I-Tsing (rahib buddha) kata Mo-lo-yue merujuk dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 masihi. Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi. Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di antara bangsa-bangsa lain di dunia.
Bangsa dan bahasa merupakan satu ikatan yang sulit untuk dipisahkan. Jika kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita harus terlebih dahulu mempelajari asal mula bangsa tersebut. Sehingga kini sudah banyak teori yang telah diajukan tentang keasalan bangsa besar (bangsa Austronesia) itu dan kita harus menerima bahawa di dalam bangsa besar tersebut wujud umat manusia yang dinamakan “orang-orang Melayu”. A. H. Keane menyatakan bahawa seratus tujuh belas tahun yang lalu, satu gagasan  awal  tentang  tempat  asal  bangsa  Austronesia telah wujud. Teori  ini  yang  boleh  dikatakan  sebagai “berdasarkan pendekatan ras”  agak  sukar  untuk  diterima oleh ahli-ahli linguistik sejarawi. Bahasa Austronesia ini kemudiannya dipecahkan kepada beberapa rumpun. Maka wujudlah rumpun bahasa Malayo-Polinesia Barat.Berdasarkan kajian bahasa Melayu dan bahasa Bugis tergolong dalam rumpun bahasa Malayo-Polinesia..
Dalam kajian ini saya telah memilih satu suku bangsa yang memilih bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu iaitu bahasa Bugis yang keduanya merupakan bahasa daripada rumpun bahasa Malayo-Polinesia Barat. Saya memilih untuk mengkaji bahasa Bugis ini kerana terdapat perkaitan dan hubungan yang cukup akrab antara kedua-dua bahasa ini yang berkemungkinan penyebarannya dari Pulau Sulawesi. Selain itu, saya memilih bahasa Bugis kerana saya juga merupakan salah seorang suku bangsa Bugis dan saya melihat daripada bahasa, cara hidup, kesusasteraan dan kebudayaan Bugis tidak banyak yang berbeza dengan Melayu. Hubungan keduanya saling menarik antara satu dengan lain. Terdapat beberapa persamaan sama ada dari segi bahasa, kesusasteraan mahupun kebudayaan di antara kedua-dua suku bangsa ini.

Penggolongan bahasa cabang Melayu-Polinesia
Berikut adalah klasifikasi bahasa cabang Melayu-Polinesia yang disederhanakan oleh Wouk & Ross (2002)

Bahasa Melayu-Polinesia


  • Bahasa Kalimantan-Filipina atau bahasa Malayo-Polinesia Barat Luar (Hesperonia Luar) : terdiri dari banyak bahasa seperti Dayak NgajuGorontalo, bahasa Bajau, bahasa-bahasa Minahasa, TagalogCebuanoHiligaynonIlokano, Kapampangan, Malagasi, dan Tausug.
  • Bahasa Malayo-Polinesia Inti (Kemungkinan menyebar dari Pulau Sulawesi)
  • Bahasa Sunda-Sulawesi atau bahasa Malayo-Polinesia Barat Dalam (Hesperonia Dalam), contoh: Indonesia Barat, BugisAcehCham (di Vietnam dan Kamboja), MelayuIndonesiaIban, SundaJawaBaliChamoru, dan Palau
  • Bahasa Malayo-Polinesia Tengah-Timur
  • Bahasa Malayo-Polinesia Tengah atau bahasa Bandanesia: sekitar Laut Banda yaitu bahasa-bahasa di Pulau Timor, Sumba, Flores, dan juga di Maluku
  • Bahasa Malayo-Polinesia Timur atau disebut juga bahasa Melanesia
  • Halmahera Selatan-Papua Barat-Laut: beberapa bahasa di pulau Halmahera dan sebelah barat pulau Irian, contohnya bahasa Taba dan bahasa Biak
  • Bahasa Oseanik: Termasuk semua bahasa-bahasa Austronesia di Melanesia dari Jayapura ke timur, Polinesia dan sebagian besar Mikronesia
Bahasa
Jumlah Penutur
Sebagai Bahasa Ibunda
Sebagai Bahasa Rasmi
Bahasa Jawa
76.000.000
Bahasa Sunda
20.000.000
Bahasa Melayu
19.000.000*
Bahasa Indonesia
25.000.000*
220.000.000
Bahasa Tagalog
24.000.000
70.000.000
Bahasa Cebu
15.000.000
30.000.000
Bahasa Malagasy
17.000.000
Bahasa Batak
14.000.000
Bahasa Madura
14.000.000
Bahasa Ilokano
8.000.000
10.000.000
Bahasa Minangkabau
7.000.000
Bahasa Hiligaynon
7.000.000
11.000.000
Bahasa Bikol
4.600.000
Bahasa Banjar
4.500.000
Bahasa Bali
4.000.000
Bahasa Bugis
4.000.000
Bahasa Tetum
800.000
Bahasa Samoa
370.000
Bahasa Fiji
350.000
550.000
Bahasa Tahiti
120.000
Bahasa Tonga
108.000
Bahasa Māori
100.000
Bahasa Kiribati
100.000
Bahasa Chamorro
60.000
Bahasa M̧ajeļ
44.000
Bahasa Nauru
6.000
Bahasa Hawai'i
1.000
8.000

Syair
Ertinya

De’ga pasa’ ri lipumu      
Balanca ri kampommu
Mulinco’ mabela?


Tak adakah pasar dinegerimu,
Maka engkau mengembara jauh,
Untuk berbelanja?

Bahasa Bugis
Bahasa Melayu
Seddi
Satu
Dua
Dua
Tellu
Tiga
Eppa
Empat
Lima
Lima
Enneng
Enam
Pitu
Tujuh
Aruah
Lapan
Serah
Sembilan
Seppuloh
Sepuluh
Pantun
Ertinya

An-jo to-pe tas-sam-pe-a
Te-a-ko jal-lling ma-ta-i
Nia pa-tan-na
Ta-na-ka-lim-bu’-na ma-mi


Sarung yang tergantung itu,
Jangan kau tumpahkan kerling mata,
(kerana) telah ada yang empuya,
Hanya belum diselimutinya.


Sinrili’, adalah salah satu hasil kesusasteraan klasik orang Bugis yang juga amat disenangi sampai sekarang. Sinrili’ disebut dengan cerita yang disusun secara poetis, atau prosa lirik yang diceritakan dengan jalan menyanyi, diiringi oleh sebuah alat muzik gesek (keso’-keso’). 

Peribahasa Bugis
Ertinya
Pada idi pada elok,sipatuo si patongkok
Sehidup semati
Maloppo pacalakna naalirin na
Besar pengeluaran daripada pendapatan
Mattajeng laso arung
penantian yang sia-sia
Tuo na mappada aruk di wiring lareng
Hidupnya tidak memberi erti kepada orang lain
Tuo na mappada waye di asek raung aladi 
Melakukan kerja yang sia-sia
Lele bulu tallele abiasa’ang 
Kalau bukan kita yang berubah sendiri kita tak kan berubah
Laing ada laing gauk
lain yang dia cakap lain yang dia buat
Mappada mempek bosi
Buat kerja yang sia-sia
Tedong mate dituju bola na dek na etai,jarum tetdeng dituju bola na tau’e naulle mita’I
Kesalahan orang lain dia dapat lihat tetapi kesalah sendiri dia tidak nampak
Gemmek pada-pada melotong,ati dek na mapada
rambut sama hitam hati lain-lain
Mappada manuk-manuk dunrung mattajeng huleng madennek
Menunggu benda yang tidak mungkin ada


Salah satu cabang terbesar adalah cabang Sundik yang menurunkan bahasa-bahasa Austronesia dengan jumlah penutur terbesar iaitu :  Bahasa Jawa,  Bahasa Melayu  (dan  Bahasa Indonesia), Bahasa SundaBahasa MaduraBahasa AcehBahasa Batak  dan  Bahasa  Bali.


2.0  PENGENALAN BAHASA BUGIS
Bahasa Bugis juga dikenali sebagai BugisBasa Ugi atau Ugi dipertuturkan oleh etnik Bugis iaitu seramai 4 juta di Indonesia (terutamanya Sulawesi Selatan) dan Malaysia. Bahasa Bugis tergolong dalam keluarga  bahasa Austronesia. Bahasa Bugis ditulis menggunakan konsonan Lontara, berdasarkan konsonan Brahmi dan hari ini, ia turut ditulis dalam tulisan Rumi. Bahasa Bugis adalah antara bahasa yang pada saya agak menarik tapi tidak dikenali ramai atau kurang diambil perhatian. Sukarnya untuk mendapatkan panduan, kamus, buku tatabahasa, tesaurus dan sebagainya untuk bahasa Bugis menyebabkan bahasa Bugis kurang terkenal berbanding bahasa lain.
Bahasa ini yang dipanggil dalam bahasanya sendiri sebagai basa Ugi atau bicara Ugi, tergolong di bawah bahasa Melayu-Polenesia Barat yang merupakan salah satu pecahan bahasa Austronesia. Ia dipertuturkan kebanyakannya di pulau Sulawesi, Indonesia, tetapi terdapat juga penutur bahasa ini di Malaysia. Kata Ugi berasal daripada nama raja kerajaan kuno Bugis, Cina(bukan negara China) iaitu La Sattumpugi. Orang Bugis menggelar diri mereka sebagai to Ugi yang dimaksudkan sebagai pengikut La Sattumpugi.


3.0    SUKU BUGIS DI TAWAU, SABAH.
Bugis adalah merujuk kepada individu yang dilahirkan dari keturunan Bugis di sebelah bapanya serta berketurunan Bugis juga di sebelah ibunya. Tidak seperti keturunan campuran atau peranakan seperti Sino (Cina + Kadazan). Bangsa Bugis adalah antara golongan bangsa terbesar di rantau Nusantara selepas bangsa Jawa dan bangsa Melayu. Terdapat kira-kira lebih 4 juta bangsa Bugis di Sulawesi khususnya di Tanah Ugi iaitu bumi asal keturunan mereka di Sulawesi selatan (atau dirujuk sebagai 'kampung' bagi keturunan Bugis di Sabah) dan terdapat lebih 1 juta di Kalimantan. Manakala di Sabah, bangsa Bugis juga telah menjadi salah satu kumpulan masyarakat yang terbesar hingga kini. Hal ini adalah rangkuman daripada jumlah rakyat Indonesia berbangsa Bugis dan juga golongan bangsa Bugis yang telah menjadi sebahagian warganegara Malaysia di Sabah.
Bugis di Sabah (khususnya Bugis Wajo) yang datang ketika zaman British dan sebelum Sabah merdeka dianggap penduduk asal atau peribumi di Negeri Sabah (tidak sama seperti imigran-imigran dari Tanah Besar China atau India). Hal ini kerana mereka bukanlah warganegara Indonesia dimana negara Indonesia belum wujud pada ketika itu. Realitinya juga menurut fakta sebenarnya kesemua masyarakat Bugis Wajo di Tawau kini telah pun bercampur keturunan mereka melalui perkahwinan dengan masyarakat Melayu lain seperti Tidung dan Suluk (yang diiktiraf sebagai penduduk peribumi di Sabah) yang mana proses ini sudah berlaku lebih seratus tahun di Tawau. Sebaliknya pula majoriti Bugis yang ada di Sabah hari ini pula adalah bekas warganegara Indonesia dan anak cucu mereka iaitu Bugis yang berhijrah dari Indonesia tetapi kini sebahagian besarnya telah mempunyai kewarganegaraan Malaysia ( khususnya di Tawau ). Selain itu, berdasarkan dari rekod Jabatan Imigresen Malaysia, 70 % warganegara Indonesia di Sabah juga adalah daripada etnik Bugis. Umumnya kewujudan mereka di Sabah secara meluas agak terkemudian kerana mereka telah bermastautin di sini selepas kewujudan negara Indonesia yang merdeka selepas pada 17 Ogos 1945 iaitu akhir tahun 1960an, 1970an dan kemuncaknya ketika 1980an seterusnya berterusan sehinggalah ke hari ini. Sebab utama rakyat Indonesia ini dahulunya sanggup datang sejauh ini ke Malaysia adalah atas sebab faktor ekonomi yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik di Malaysia berbanding di tanah air mereka.
Terdapat juga sedikit masyarakat Melayu Tawau yang mempunyai darah Bugis (telah bercampur darah dan keturunan dengan Melayu lain melalui perkahwinan) namun golongan orang-orang Melayu yang mempunyai darah Bugis ini tidaklah sama dengan golongan orang-orang Bugis yang berketurunan Indonesia. Bugis Keturunan Indonesia adalah berbeza dengan masyarakat Melayu yang banyak di Tawau (wujud dari perkahwinan campur di kalangan suku-suku kaum Melayu seperti keturunan Suluk, Tidung, Iban Muslim, Jawa, Banjar dan juga keturunan Bugis sendiri khususnya Bugis Wajo).
Hal ini kerana orang-orang Bugis asli dari Indonesia ini kurang gemar perkahwinan campur dengan masyarakat Melayu tempatan di Sabah. Sebaliknya mereka cenderung berkahwin dengan sesama sendiri (dalam kalangan Bugis Indonesia) dan hidup dengan mengamalkan cara hidup mereka sendiri iaitu adat resam dan budaya Bugis atau gaya hidup Indonesia. Mereka juga lebih suka bertutur dengan bahasa Bugis dan menggunakan loghat Bugis jika bertutur dalam bahasa Melayu.
Masyarakat Bugis Wajo bukanlah Bugis Indonesia kerana kewujudan mereka di Tawau seratus tahun dulu sebelum kewujudan negara Indonesia. Mereka juga telah berkahwin campur dengan masyarakat Melayu lain dan tidak tahu berbahasa Bugis dan tidak mengamalkan adat dan budaya Bugis. Penghulu Puado, Daeng Mepata (Mustapa bin Supu) dan Pengeran Kuning adalah perantau Bugis Wajo asli dari Sengkang dan Kutei. Cucu-cicit mereka yang dikenali orang-orang Melayu ialah Dullah Salim Puado dan Ahmat Mepata.Banyak perkawinan campur di kalangan mereka misalnya Ahmat Mepata berkahwin dengan bangsa Tidung dan Ampong Kerahu (cucu Puado dan Mepata telah berkahwin dengan cucu Kee Abdullah (Kee Safiah) pada tahun 1935).
Mengikut analisis semasa komuniti Bugis di Sabah boleh dibahagikan kepada 3 bahagian. Pembahagian kumpulan etnik Bugis adalah seperti berikut : Melayu Berdarah Bugis ( 10 % ), Bugis Bertaraf Wargenegara ( 30 % ) , Bugis Indonesia Bukan Bertaraf Warganegara ( 60 % )
Tafsirannya adalah Melayu Bugis ialah masyarakat Melayu Tawau (campuran darah pelbagai keturunan Melayu melalui perkahwinan) yang mempunyai darah Bugis namun tidak mengamalkan budaya Bugis dan tidak tahu bertutur dalam bahasa Bugis. Ini kerana kewujudan mereka di Sabah sudah terlalu lama (ketika penjajahan Inggeris dan pendudukan Jepun)dan keturunan mereka sudah bercampur melalui perkahwinan dengan keturunan Melayu yang lain seperti Tidung, Arab, Suluk,Banjar, Jawa dan Kokos . Jumlah mereka adalah sedikit dan sukar dikenalpasti kerana mereka menganggap diri mereka adalah keturunan Melayu Tawau. Mereka juga hanya tahu bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu.
Tafsiran Bugis Indonesia Bukan Warganegara pula ialah golongan pekerja Indonesia yang berbangsa Bugis yang terdapat di negeri Sabah. Mereka ini bertaraf warganegara Indonesia dan bekerja secara sah di Sabah menggunakan pasport luar negara. Ramai yang sedang memohon taraf kerakyatan di Putrajaya.
Manakala tafsiran Bugis Bertaraf Warganegara pula ialah kumpulan pendatang Indonesia yang dilahirkan di Sulawesi selatan dan datang ke Sabah (selepas tahun 1947) semata-mata untuk bekerja di ladang-ladang. Kemudian mereka melahirkan anak-anak di sini yang kemudiannya mendapat pendidikan di sekolah sekolah kerajaan dan juga universiti-universiti seluruh Malaysia termasuklah Universiti Malaysia Sabah. Hari ini mereka dan anak-anak mereka yang telah dewasa telah pun mendapat taraf warganegara dan mengamalkan bahasa pertuturan Melayu dan budaya Malaysia sepenuhnya. (Rujuk : Ken Gotlet, Tawau The Making of a Tropical Community, Opus Publication, 2010).
Kebanyakan komuniti Bugis di Sabah tertumpu di daerah Tawau hingga ke kawasan daerah sekitarnya seperti Kunak dan Lahad Datu. Mengikut sejarah Tanah melayu adalah dipercayai suku kaum Bugis ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16.  Masa kini terdapat puluhan ribu rakyat Indonesia yang berbangsa Bugis berada di Tawau dan menyumbang tenaga mereka yang diperlukan untuk kemajuan Negeri Sabah.


1.0    SEJARAH KEWUJUDAN ORANG BUGIS DI TAWAU
Kewujudan orang-orang Bugis (khususnya Bugis Wajo) di Tawau pada awal zaman pemerintahan British iaitu sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia adalah dalam jumlah yang sedikit. Mereka ini telah pun berasimilasi dengan masyarakat peribumi tempatan dan menjadi masyarakat Melayu. Mereka tidak tahu bertutur dalam bahasa Bugis, menggunakan loghat Melayu tempatan dan mengamalkan adat dan budaya Melayu.
Manakala kedatangan orang-orang Bugis Indonesia setelah kewujudan Indonesia pada tahun 1950an hingga 1980an, secara beramai-ramai ke Tawau ( Malaysia ) adalah untuk bekerja di ladang ladang getah, koko dan abaka iaitu Ladang Bal Plantation sebuah ladang milik syarikat British. Ada juga Ladang Table, Ladang Abaka, Ladang Tiger dan Ladang Merotai. ( Rujuk : Sejarah Tawau dan Buku ' Borneo Under The Sun ' , Nicholas Chung , Natural History , 2005 ). Kedatangan rakyat Indonesia ini adalah berterusan hingga ke saat ini. Mereka kebanyakannya bekerja sebagai pekerja kontrak dengan izin atau juga sebagai pemegang pasport untuk bekerja di Tawau di sektor pembinaan dan sektor perniagaan. Tidak hairanlah hari ini di Tawau, jumlah masyarakat Bugis (Warganegara dan Bukan Warganegara) adalah penduduk majoriti di Tawau. Malahan jumlah mereka turut berkembang di seluruh negeri Sabah.
Masyarakat Bugis sebenarnya terdiri daripada pelbagai suku kaum Bugis mengikut tempat asal mereka di Sulawesi Selatan seperti Bugis Bone, Bugis Enrekang dan Bugis Pinrang. Namun bangsa Bugis ini tidaklah sama dengan Bangsa Makasar, penduduk majoriti di Kota Makasar (Ujung Pandang), bangsa Toraja di Tanah Tinggi Sulawesi Selatan, bangsa Mandar di Sulawesi Barat (Kota Mamuju), bangsa Khaili di Sulawesi Tengah (Kota Palu), bangsa Buton di Sulawesi Tenggara (Kota Kendari) dan bangsa Minahasa di Sulawesi Utara (Kota Manado). Oleh kerana kepadatan tinggi di Kota Makasar yang dikuasai bangsa Makasar, bangsa Bugis banyak keluar mencari pekerjaan di kota-kota lain di Indonesia seperti Samarinda, Tarakan dan Nunukan.
Dengan adanya Tawau, bandar negara Malaysia yang terdekat, mereka berduyun-duyun datang untuk mencari rezeki di Malaysia yang memang menyediakan banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Di Tawau, mereka berusaha untuk mendapatkan kerakyatan negara Malaysia dengan cara tinggal dalam tempoh yang lama di Tawau. Ada di antara mereka yang lari ke sini kerana krisis ditempat mereka seperti kedatangan Belanda, maka sebab itu mereka lari merantau ke sini ada diantara mereka mengikut bangsawan mereka lari dan pengikut mereka turut serta, mencari perlindungan dari kolonial belanda.

2.0  KESIMPULAN
Orang Bugis merupakan satu suku dari keturunan Melayu yang tinggal di pulau Sulawesi Selatan. Orang bugis terkenal dengan pelbagai adat yang dari nenek moyang mereka. Adat tradisional merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat Bugis. Adat merupakan tulang belakang kepada masyarakat Bugis. Orang bugis turut terkenal dengan kepahlawanan mereka. Antara tokoh Bugis yang menjadi terkenal Ialah Arung Palakka, Sultan Hasanudin, Raja Ali Haji dan Lain-lain lagi. Ketokohan orang bugis terbukti dengan penguasaan politik dikawasan nusantara. Kebanyakan sultan di Nusantara berasal dari keturunan Bugis. Malahan Sultan  Selangor juga berasal dari keturunan Bugis.
Orang Bugis juga mempunyai satu kebudayaan tersendiri. Orang Bugis mempunyai satu kebudayaan yang menjadikan  mereka seorang pelayar yang terkenal diseluruh dunia iaitu budaya merantau. Budaya merantau telah membawa orang Bugis ke seluruh dunia. Orang Bugis hanya menggunakan Kapal yang dikenali sebagai kapal pinisi. Kapal ini telah membawa orang Bugis berlayar kesetiap pelosok dunia. 
Kebudayaan merantau telah berubah pada zaman moden. konsep merantau telah menjadi satu cara untuk mencari rezeki. Mereka telah berhijrah dari pulau Sulawesi ke merata-rata Negara. Ada yang menetap di tempat yang mereka cari rezeki. Malahan, ada yang berkahwin dengan orang tempatan dan terus menetap di situ. Adat dan budaya bugis masih dipegang kuat oleh mereka. Mahupun begitu, terdapat juga perubahan budaya Bugis. Perubahan ini berlaku di sebabkan orang Bugis ingin menyesuaikan budaya mereka dengan budaya tempatan. Proses penyesuain ini secara tidak langsung telah menghapuskan setengah dari amalan tradisi mereka.




1.0  PENGENALAN

Manusia merupakan makhluk sosial yang tidak boleh hidup bersendirian malah seharusnya hidup berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Keperluan interaksi ini menuntut kepada kewujudan pelbagai bahasa sebagai alat komunikasi sekaligus sebagai identiti sesebuah kelompok manusia.

Penyebaran orang Bugis di Nusantara termasuklah Semenanjung Malaysia dan Sabah telah berlangsung cukup lama bahkan ratusan tahun yang lampau. Hal ini dibuktikan oleh banyaknya penyebutan Melayu di dalam naskah La Galigo, karya bugis terpanjang di dunia yang juga dikenali sebagai Karya Sastera Bugis Purba. Dalam karya ini disebut tentang pelayaran, perantauan, perniagaan, dan kekuasaan di laut. Hal ini menunjukkan bahawa bangsa Bugis terkenal sebagai bangsa pelaut dan perantau. Kedatangan orang Bugis ke Tanah Melayu menyebabkan terjadinya pertemuan dua budaya yang berasimilasi sekaligus memunculkan ras Melayu-Bugis.

Proses asimilasi antara bangsa Melayu dengan bangsa Bugis telah mewujudkan hubungan antara kedua-dua bangsa ini. Hubungan ini dapat dilihat dari segi bahasa, karya sastera dan unsur budaya. Hubungan ini akan diulaskan dalam huraian yang berikutnya.

2.0  HUBUNGAN BAHASA BUGIS DENGAN BAHASA MELAYU
2.1  BAHASA (KATA DAN AYAT)
Bahasa adalah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling berkomunikasi atau berhubungan, baik lewat tulisan, lisan, ataupun gerakan (bahasa isyarat), dengan tujuan menyampaikan maksud hati atau kemauan kepada lawan bicaranya atau orang lain. Melalui bahasa, manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkah laku, tata krama masyarakat, dan sekaligus mudah membaurkan dirinya dengan segala bentuk masyarakat.
Bahasa memiliki beberapa fungsi yang dapat dibagi menjadi fungsi umum dan fungsi khusus. Fungsi bahasa secara umum adalah sebagai alat untuk berekspresi, berkomunikasi, dan alat untuk mengadakan integrasi dan adaptasi sosial. Sedangkan fungsi bahasa secara khusus adalah untuk mengadakan hubungan dalam pergaulan sehari-hari, mewujudkan seni (sastra), mempelajari naskah-naskah kuno, dan untuk mengeksploitasi  ilmu  pengetahuan dan teknologi.
Etnik Bugis mempunyai bahasa tersendiri dikenali sebagai Bahasa Bugis (Juga dikenali sebagai Ugi). Konsonan di dalam Ugi pula di kenali sebagai Lontara yang berdasarkan tulisan Brahmi.

Gambar : Konsonan Lontara

Tulisan bugis adalah tulisan disusun berdasarkan bentuk alam persekitaran tropika seperti bentuk gunung, bukit sungai dalam bentuk mudah dan ringkas kerana kaedah penulisan (material penulisan) samada menggunakan lidi /kayu atau menggunakan badek/kawali di atas daun lontar atau digarit (bukan ukiran atau pahat) terus di atas tanah dan batu untuk tujuan komunikasi dipersekitaran hutan tropika yang mempunyai persamaan ketara dengan pelbagai tulisan di asia tenggara seperti tulisan rencong dan lampong dan lain-lain. Corak tulisan ringkas ini amat penting sebagai alat komunikasi dalam persekitaran mereka.
Lontara Bugis merupakan sebuah huruf yang digunakan oleh masyarakat bugis klasik. Karangan buku epos la galigo di tulis menggunakan huruf lontara. Huruf lontara tidak hanya digunakan oleh masyarakat bugis tetapi huruf lontara juga digunakan oleh masyarakat makassar dan masyarakat luwu. Pada masa dahulu kala para penyair-penyair bugis mencurahkan fikiran dan perasaannya di atas daun lontara dan dihiasi dengan huruf-huruf yang begitu cantik sehingga tersusun kata yang apik diatas daun lontara dan karya-karya itu bernama I La Galigo. Bila sobat ingin belajar lontara makassar ini saya ada gambar dari beranda sebelah (Makassar Terkini) mengenai Belajar Bahasa Lontara Makassar.
Pada zaman sekarang ini masyarakat bugis di Makassar sendiri sudah ada tidak memahami lontara. Keadaan ini menunjukkan bahawa nilai budaya bahasa Lontara sudah lenyap oleh arus pembudayaan moden yang dibawa oleh barat. Orang muda Bugis di Selangor kebanyakan tidak tahu menggunakan bahasa dan tulisan Lontar Lagi. Kebanyakan mereka lebih main menggunakan Bahasa tempatan dan menggunakan huruf moden. Di sulawesi selatan ada 3 betuk macam huruf yang pernah dipakai secara bersamaan oleh orang Bugis disana.
1. Huruf Lontar
2. Huruf Jangang-Jangang
3. Huruf Serang
Sementara bila ditempatkan dalam kebudayaan bugis, Lontar mempunyai dua pengertian yang terkandung didalamnya iaitu Lontaraq sebagai sejarah dan ilmu pengetahuan dan Lontaraq sebagai tulisan.
 Kata lontar berasal dari Bahasa Bugis yang berarti daun lontar. Kenapa disebuat sebagai lontar kerana pada awalnya tulisan tersebut di tuliskan diatas daun lontar. Daun lontar ini dijangka dalam lebarnya 1 cm dan panjangnya bergantung kepada cerita yang dituliskan. Tiap-tiap daun lontar disambungkan dengan memakai benang lalu digulung pada sempitan kayu, yang bentuknya mirip gulungan pita kaset. Cara membacanya dari kiri kekanan. Aksara lontar biasa juga disebut dengan aksara sulapaq eppaq. karekter huruf bugis ini diambil dari Aksara Pallawa


Contoh kata :


Jadual 1 : Hubungan Bahasa Bugis dengan Bahasa Melayu dalam Perkataan

2.2  BAHAN SASTERA
La Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ia wujud sebelum epik Mahabharata. Ia mengandungi sebahagian besar puisi ditulis dalam bahasa bugis lama. Epik ini mengisahkan tentang kisah Sawerigading, seorang pahlawan yang gagah berani dan juga perantau. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walaubagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14.
Sebahagian manuskrip La Galigo dapat ditemui di perpustakaan-perpustakaan di Eropah, terutamanya di Perpustakaan Leiden. Terdapat juga 600 muka surat tentang epik ini di Yayasan Kebudayaan Sulawesi Selatan dan Tenggara, dan jumlah mukasurat yang tersimpan di Eropah dan di yayasan ini adalah 6000 tidak termasuk simpanan oleh orang perseorangan.




Gambar 2 : Ringkasan Salasilah La Galigo

Kitaran epik ini merujuk kepada waktu dimana penempatan Bugis berada di persisiran pantai Sulawesi. Hal ini dibuktikan dengan bentuk setiap kerajaan ketika itu. Penempatan awal ketika itu berpusat di muara sungai dimana kapal-kapal besar boleh melabuh dan pusat pemerintah pula terletak berdekatan dengan muara. Pusat pemerintahan mengandungi istana dan rumah-rumah orang atasan. Berdekatan dengan istana terdapat Rumah Majlis (Baruga) berfungsi untuk tempat bermesyuarat dan tempat menyambut pedagang-pedagang asing. Kehadiran pedagang-pedagang asing amatla  dialu-alukan di kerajaan bugis ketika itu. Selepas membayar cukai, barulah pedagang-pedagang asing boleh berniaga. Selalunya, pemerintah berhak berdagang dengan meraka menggunakan sistem barter diikuti golongan atasan atau bangsawan dan kemudiannya orang kebanyakkan. Perhubungan antara kerajaan adalah memalui jalan laut dan golongan muda bangsawan selalunya diarah untuk merantau sejauh yang mungkin sebelum memikul sebarang tanggungjawab dan Sawerigading dikatakan sebagai model mereka.
Sure’ Galigo, merupakan salah satu lagi jenis sastera Bugis. Sure’ Galogo Sastera lisan yang berkembang di lingkungan istana Kerajaan Bugis dan Kerajaan Makassar. Dalam Sure’ Galigo ini terangkai syair-syair yang mengandungi makna sangat dalam dan kebijaksanaan sangat tinggi. Syair-syair klasik Bugis, mempunyai bentuk dan isi yang lain dari bentuk-bentuk syair klasik nusantara. Biasanya syair-syair ini masih sering dinyanyikan pada pesta perkahwinan (di pedalaman Tana Bugis).
Contoh Syair Bugis :



Pantun, pada umumnya didasarkan atas perbandingan-perbandingan dengan alam sekitarnya. Ada juga yang berisi sindiran atau kritikan terhadap suatu peristiwa.

Contoh pantun : 



Contoh Peribahasa Bugis :



2.3  OBJEK BUDAYA

Dalam bahasa Melayu ‘budaya’ itu berasal daripada perkataan ‘budi’, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian ‘daya’ dan ‘budi’ yang boleh dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan.
Banyak ahli dan peneliti sepakat bahawa bahasa dan budaya adalah dua hal yang tidak dapat dipisahkan. Sebut saja di antaranya Suryadi, dosen Politeknik Medan, dalam makalahnya Hubungan Antara Bahasa dan Budaya, yang disampaikan dalam seminar nasional “Budaya Etnik III” di Universitas Sumatera Utara 25 April 2009 kemarin. Ia menyebutkan bahwa bahasa adalah produk budaya pemakai bahasa. Sebelumnya, pakar-pakar linguistik juga sudah sepakat antara bahasa dan budaya memiliki kajian erat. Kajian yang sangat terkenal dalam hal ini adalah teori Sapir-Whorf. Kedua ahli ini menyatakan, “Jalan fikiran dan kebudayaan suatu masyarakat ditentukan atau dipengaruhi oleh struktur bahasanya” (Chaer, 2003:61).

2.3.1   Makanan Tradisi
Makanan Tradisi utama Masyarakat Bugis adalah Nasu Buku iaitu sejenis nasik sup. Nasu Buku bermaksud Masak tulang. Nasu Buku ini biasanya dimakan dengan serunding. Makanan ini masih menjadi makanan Orang Bugis. Mereka masih membuat makanan Tradisi ini untuk  tujuan majlis keramaiaan dan juga adakala di buat untuk makanan seharian.
            Pisang ombong juga menjadi salah satu makanan tradisional bugis. Pisang Ombong ini dibuat dari pisang yang telah dihancurkan. Pisang yang telah di hancurkan itu akan di bungkus dengan menggunakan daun pisang. Yang istimewanya makanan ini adalah makanan diraja. Jika masa dahulu makanan ini hanya khas di sediakan untuk raja sahaja. Rakyat biasa yang tidak boleh makan makanan ini.
            Selain daripada makan tradisional, orang Bugis juga mempunyai adat makan yang tersendiri. Setiap masyarakat Bugis tidak di benarkan makan pada waktu senja dan antara mangrib dengan Isyak. Menurut Farisal larangan ini mempunyai maksud  tersurat. Menurut  pendapat beliau kemungkinan besar larangan ini dibuat kerana pada masa itu tidak sesuai untuk makan kerana orang Bugis biasanya terdiri dari orang Islam. Jadi tidak sesuai untuk makan pada masa itu. Pada masa itu adalah waktu umat Islam mendirikan solat. Menurut Arny pula orang Bugis biasanya solat secara berjemaah. Jadi jika makan pada waktu itu Solat secara berjemaah akan tertinggal. Malahan menurut Arny lagi, orang Bugis terdiri dari petani jadi pada waktu itu mereka baru pulang dari sawa. Mereka akan berhenti rehat sekejap dan solat dahulu kemudian baru menjamu makan.
Menurut Arny amalan adat tidak makan waktu senja dan antara solat magrib dengan Isyak ini sudah tidak lagi di amalkan oleh orang bugis zaman sekarang. Amalan lama ini sudah dianggap oleh generasi baru sebagai kuno, kolot, tradisional dan sudah tidak boleh dipakai lagi. Golongan muda sekarang sudah menganggap waktu makan sekarang sudah tidak mempunyai masa yang tetap kerana sebab pekerjaan mereka ada yang kerja malam perlu makan makan pada waktu magrib kerana pada belah malam mereka akan memulakan kerja.
            Menurut Ibrahim yang mendengar nasihat dari atuknya ketika makan tidak boleh buang nasi takut nanti nasi dalam perut akan menjadi cacing. Adat ini sebenarnya berbentuk satu nasihat dengan cara menakutkan kanak-kanak yang selalu membuang makanan. Selain itu, nasihat dalam adat ini untuk mengelak dari berlaku pembaziran makanan. Dalam Nasihat ini juga dapat dilihat cara yang halus digunakan oleh orang tua Bugis dalam menasihati orang Bugis supaya tidak melakukan perbuatan yang tidak baik terhadap makanan. 
            Segala adat dalam makan yang ada dalam masyarakat bugis adalah bertujuan menasihati orang Bugis supaya makan dengan cara sopan dan tidak melakukan pembaziran. Dalam adat ini orang tua Bugis telah mengada-adakan pelbagai ancaman yang akan menakutkan masyarakat bugis. Pada hal sebenarnya terdapat nasihat yang tersembunyi disebalik mitos yang diada-adakan itu. Dengan cara ini telah memberi kesan yang besar kepada kehidupan orang bugis.

2.3.2    Pantang Larang
Dalam kehidupan orang Bugis pantang larang dalam kehidupan adalah penting. Pantang larang merupakan satu garis panduan dalam kehidupan orang Bugis. Pantang larang akan menghalang orang Bugis melakukan sesuatu yang di anggap oleh orang bugis sebagi sesuatu yang tidak wajar. Pantang larang ini diwujudkan oleh orang tua-tua Bugis di Sulewesi Selatan dan di perturunkan dari satu generasi kegenerasi sehinggakan tradisi ini masih diamalkan dalam kalangan orang Bugis. Pantang larang ini akan di bawa ke mana sahaja dalam kehidupan orang Bugis tidak kira dimana mereka berada.
            Menurut Farizal ada pantang larang menghalang orang mengandung dan juga orang ramai tidak boleh keluar pada waktu senja kerana pada masa ini syaitan berkeliaran. Menurut beliau jika kita melanggar patang ini kita mudah terkena sihir. Pada waktu ini sihir yang di hantar oleh orang yang dengki dengan kita mudah mengenai kita. Malahan rasukan syaitan juga mudah terkena. Syaitan mudah merasuk mereka yang berkeliaran diluar rumah. Malahan menurut orang tua-tua Bugis pada waktu ini kanak-kanak dan juga orang dewa perlu berada dirumah dan menutup setiap pintu rumah supaya syaitan tidak boleh masuk.
            Menurut Muhammad Ibrahim pula ada atuknya menasihati beliau supaya tidak bermain diwaktu tengah hari. Hal ini kerana kanak-kanak di tegah bermain tengah hari  disebabkan ada Palakan iaitu sejenis hantu yang akan menghisap otak kanak-kanak. Atuknya juga ada melarang beliau bermain di waktu senja kerana pada masa ini Langga iaitu hantu tinggi akan muncul pada waktu itu. Langga akan makan kanak-kanak yang berkeliaran pada waktu senja. Menurut Muhammad Ibrahim sebenarnya larangan orang tua Bugis ini sebenarnya bukan tujuan untuk menakutkan kanak-kanak dan mempunyai unsur tahyul tetapi sebaliknya dengan cara ini kanak-kanak mudah menerima nasihat orang tua.

2.3.3    Perkahwinan
Dalam adat perkahwinan orang Bugis ada kelainan sedikit dengan orang Melayu. Orang Melayu mempunyai adat merisik kemudian bertunang dan akhir sekali baru berkahwin. Tetapi menurut Muhammad Ibrahim adat Bugis pula berbeza mereka lebih mengutamakan perkahwinan dari pertunangan dan merisik kerana bagi mereka perkahwinan merupakan satu ikatan yang mengesahkan perhubungan antara lelaki dan perempuan mengikut Islam. Pertunangan dan merisik ini hanya sebagai simbol atau pengesahan untuk berkahwin dalam pada masa yang ditetapkan. Bagi orang bugis pertunangan yang paling lama pun dalam masa 2 minggu.
            Menurut orang Bugis pertunangan dalam tempoh masa yang lama akan memberi kesan yang buruk kepada keluarga pengantin. Tempoh pertunangan yang lama boleh menimbulkan syak wasangka dan Fitnah. Perhubungan yang diikat melalui pertunangan masih tidak menghalalkan lelaki dan perempuan untuk berhubung secara terus keadaan ini boleh menimbulkan fitnah oleh orang ramai.

2.3.4    Pakaian
            Pakaian pengantin bugis dikenali sebagi baju Bodo atau took. Baju ini berlengan pendek dan berkain nipis. Baju ini akan dilengkapkan dengan kain sarung sutra. Pakaian ini akan dikenakan kepada pengantin semasa bersanding. Pakaian ini menjadi kepastian kepada orang bugis semasa Kahwin.


Gambar 1 : Kumpulan Tarian Melayu Bugis ditubuhkan pada tahun 2000, terdiri daripada 14 orang ahli (7 lelaki dan 7 perempuan), berumur sekitar 15 – 22 tahun yang memakai pakaian Bugis yang dipanggil ‘Baju Bodo’.



Gambar 2 : Baju bodo yang dipakai oleh gadis dan lelaki Bugis

Pemakaian baju ini masih ada yang menggunakannya, tetapi sudah ramai golongan muda Bugis sekarang sudah tidak memakai lagi pakaian ini. Golongan muda Bugis sekarang ini lebih suka memakai pakaian pengantin bercorak barat.


1.0  KESIMPULAN
Menurut Gorys Keraf (1997:1), Bahasa adalah alat komunikasi antara anggota masyarakat berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Mungkin ada yang keberatan dengan mengatakan bahwa bahasa bukan satu- satunya alat untuk mengadakan komunikasi.
Mereka menunjukkan bahwa dua orang  atau  pihak yang mengadakan komunikasi dengan mempergunakan cara-cara tertentu yang telah disepakati  bersama. Lukisan-lukisan, asap api, bunyi gendang atau tong-tong dan sebagainya. Tetapi mereka itu harus mengakui pula bahawa bila dibandingkan dengan bahasa, semua alat komunikasi tadi mengandung banyak segi yang lemah. Menurut sumber dari Wilkipedia, bahasa adalah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling berkomunikasi atau berhubungan, baik lewat tulisan, lisan atau kemauan kepada lawan bicaranya atau orang lain. Melalui bahasa, manusia dapat menyesuaikan diri dengan adapt istiadat, tingkah laku, tata karma masyarakat, dan sekaligus mudah membaurkan dirinya dengan segala bentuk masyarakat.
Keperluan untuk berkomunikasi inilah yang akhirnya yang mendorong sesebuah bahasa mempunya hubungan dengan bahasa lain. Begitulah yang berlaku dengan bahasa Bugis dan bahasa Melayu. Keperluan komunikasi antara kedua-dua suku bangsa ini menyebabkan proses asimilasi berlaku antara keduanya sama ada dari aspek bahasa mahupun budaya. Melalui daripada ulasan tentang bahasa, sastera, dan unsur budaya dalam masyarakat Bugis jelas menunjukkan terdapat hubungan dan persamaannya dengan masyarakat Melayu. Hal ini disebabkan oleh terdapat proses asimilasi antara kedua-dua suku ini. Hadir daripada rumpun yang sama menyebabkan terdapatnya persamaan antara kedua-dua suku ini.



BIBLIOGRAFI
Asmah Haji Omar, 1979. Language planning for unity and efficiency: a study of the languagestatus and corpus planning of Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar, 1993. Nahu Melayu Mutakhir, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 ______________, 2006. Bahasa Melayu di Samudera: Benih yang Baik Menjadi Pulau, KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 ______________, 2008. Nahu Kemas Kini: Panduan Bahasa Yang Baik Dan Betul, KualaLumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.Baxter, Alan. N, 1984. Kristang (Malacca Creole Portuguese). Tesis kedoktoran,Australian National University.

 _____________, 1988. A Grammar of Kristang (Malacca Creole Portuguese). Department ofLinguistics, Research School of Pacific Studies, Australian National University.Daus, Ronald. 1989. Portuguese Eurasian Communities in Southeast Asia. Singapore: Instituteof Southeast Asian Studies.

Gill, Saran Kaur. 2003. “Medium-of-Instruction Policy in Higher Education in Malaysia:Nationalism Versus Internationalization”, dalam Medium of Instruction Policies: Which

Ken Gotlet, 2010. Tawau The Making of a Tropical Community. Opus Publication.
Marwari Djoened poesponegor & Nugroho Notosusanto, Sejarah Nesional Indonesia iii:           Zaman pertumbuhan dan Perkembangan kerajaan Islam di Indonesia, Balai       Pustaka, Jakarta.

Nordin Bula, Petikkan Kertas ProjekPenyelidikan“Penglibatan Politik Suku Kaum Bugis          Satu Kes Kajian di N.46 Merotai, Tawau”.

Prof. Dr H Abu Hamid, Pesan-pesan Moral Pelaut Bugis, Pustaka Refleksi, Makassar,
Nicholas Chung. 2005. 'Borneo Under the Sun'. Terbitan Natural History Publication.

[http://www.sabah.org.my/bm/daerah/daerah/twu/tawau/bugis.htm

Pendatang Kaum Bugis Indonesia di Tawau] Perpustakaan Wilayah Tawau.

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tawau dan Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah.

Sejarah dan budaya Bugis di Tawau, Sabah oleh Suraya Sintang.
Persatuan Kebajikan Bugis Sabah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan