Jumaat, 26 April 2013

PROGRAM PERMUAFAKATAN IBUBAPA, GURU DAN MURID SERTA PROGRAM AKU JANJI TAHUN 2013


LAPORAN PROGRAM PERMUAFAKATAN IBUBAPA, GURU DAN MURID
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN LAHAD DATU
ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING



1.0       TAJUK  :      

Majlis Permuafakatan, Aku Janji & Penyerahan Anak Angkat Sempena Program Kecemerlangan UPSR. Peringkat  Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu.


2.0       DIKEMUKAKAN OLEH     :          

Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Terusan Lahad Datu


3.0       PENDAHULUAN                 :

            Majlis Permuafakatan, Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak Angkat sempena Program Kecemerlangan  UPSR ini adalah merupakan program yang dijalankan untuk murid tahun 6. Program ini dijalankan antara beberapa program persediaan UPSR yang akan dijalankan untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid. Program ini juga merupakan salah satu program untuk memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.
            Penyertaan ibu bapa dalam program ini amatlah diharapkan. Hal ini kerana ibu bapa merupakan salah seorang pendorong ke arah kecemerlangan anak-anak dalam UPSR. Oleh itu, program ini melibatkan penyertaan ibu bapa sebagai peserta. Dengan adanya penglibatan ibu bapa, maka semua pihak termasuklah guru-guru dapat bekerjasama membantu murid-murid meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.
            Secara ringkasnya Majlis Permuafakatan, Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak Angkat dapat meningkatkan perkembangan murid-murid untuk menghadapi situasi pembelajaran yang semakin mencabar.

4.0 RASIONAL
a)    Memberi peluang guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan ke arah meningkatkan .
b)    Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
c)    Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
d)    Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.
e)    Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran murid-murid.

5.0       OBJEKTIF    :
a)    Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR.
b)    Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
c)    Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
d)    Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
e)    Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.
f)     Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran murid-murid.

6.0       TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan perbincangan untuk menetapkan tarikh, masa dan tempat. Butirannya seperti berikut :

Tarikh            :           25 April  2013 (Khamis)
Tempat          :           Kelas Tahun 6, SK Terusan Lahad Datu
Masa              :           8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.


7.0       SASARAN KUMPULAN

  • Murid-murid Tahun (17 Orang)
  • Ibubapa
  • Guru Bimbingan dan Kaunseling
  • Guru Tahun 6
  • Guru-guru yang terlibat

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
MAJLIS PERMUAFAKATAN, AKU JANJI & PENYERAHAN ANAK ANGKAT
SEMPENA PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR

PENGERUSI
Tuan Hj. Abdul Bin Hj. Using
Guru Besar

TIMBALAN PENGERUSI
Encik Abdul Rahman Suliman
Penolong Kanan Pentadbiran

NAIB PENGERUSI 1
Encik Amil Hasli Bin Amilasan
Penolong Kanan HEM

NAIB PENGERUSI 2
Puan Jurairah Binti Amappease
Penolong Kanan Kokurikulum

SETIAUSAHA
Cik Mimi Tantiana Binti Ganing
Guru Bimbingan Sekolah Rendah

BENDAHARI
Puan Norizam Ubang
Kerani Sekolah
  

AHLI JAWATANKUASA KECIL

PENGACARA MAJLIS
Puan Halimah Binti Bangawan

BACAAN DOA
Encik Abdul Rahman Bin Suliman

AJK BUKU PROGRAM
Cik Mimi Tantiana Binti Ganing

AJK BACKDROP
Puan Rosnah Binti Buntarang
Puan Saedah Binti Mohd Yusoff

AJK FOTOGRAFI
Cik Pamela Grace itin

AJK SIJIL, CENDERAMATA, DAN BAHAN EDARAN
Cik Sarimah Binti Ahmad
Cik Norwani Binti Zainudin

AJK MAKANAN
Puan Zaharah Binti Azmuni
Puan Noorlies Binti Shukur

AJK PA SYSTEM
Encik Askawadar Bin Hindustan
Encik Husly Bin Hussin


9.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 am          :           Ketibaan Guru-guru, murid-murid dan ibubapa.
8.30 am          :           Ketibaan Guru Besar
                                    TUAN HAJI ABDUL BIN USING
                                    Nyanyian Lagu
                                    1. Sabah Maju Jaya
                                    2. Negaraku
9.00 am          :           Bacaan Doa
                                    ENCIK ABDUL RAHMAN BIN SULIMAN

                                    Ucapan Perasmian daripada Guru Besar SK Terusan
                                    TUAN HAJI ABDUL BIN USING
10.00 am        :           Majlis Permuafakatan Guru-guru, Ibubapa & Murid-murid
                                    Majlis Penyerahan Anak Angkat
                                    Majlis Aku Janji
12.00 noon    :           Majlis Bersurai dan Jamuan


10.0    PELAKSANAAN AKTIVITI           :

            Majlis Permuafakatan, Aku Janji & Penyerahan Anak Angkat berlangsung selama 5 jam daripada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Antara yang telibat dalam program ini ialah murid tahun 6. Seramai 17 orang peserta, guru-guru dan ibu bapa terlibat dalam program ini.
            Setiap peserta diminta untuk memberi sumbangan sebanyak RM 5 bagi seorang peserta. Wang yang disumbangkan ini adalah bertujuan untuk menampung kos makanan, minuman, bahan edaran, sijil, cenderamata penceramah dan jamuan guru.
            Peserta akan diedarkan dengan beberapa bahan edaran yang berkaitan dengan program ini. Pada akhir program peserta akan diberikan sijil penyertaan menyertai program.


11. 0   ANGGARAN KOS
           
Bil
Perkara
Harga
1.
Air Mineral (1 Kotak x RM 10)
RM 10
2.
Bahan Edaran (17 Peserta)
RM 17  
3.
Makan Murid (17 orang x RM 3)
RM 51
4.
Makan Ibu Bapa (17 orang x RM 3)
RM 51
5.
Makan Guru (5 orang x RM 5)
RM 25
6.
Cenderamata Penceramah
RM 50
Jumlah
RM 204

Unit Bimbingan dan Kaunseling mendapatkan sumber kewangan daripada peruntukan yang telah diberikan oleh pihak kementerian untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling dan sumbangan daripada ibu bapa.

12.0 PENUTUP

            Tidak semua perancangan yang dibuat dapat berjalan dengan lancar serta berlaku seperti yang kita kehendaki. Kemungkinan perancangan tersebut adalah lebih berjaya daripada apa yang dijangkakan ataupun berlaku perkara yang sebaliknya. Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Terusan  akan berusaha untuk memastikan Majlis Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak Angkat sempena Program Kecemerlangan UPSR  ini akan berjalan lancar serta memenuhi objektif yang diharapkan.


13. 0 KEKUATAN PROGRAM

Program Kecemerlangan UPSR yang melibatkan gabungan tiga program sekaligus iaitu Majlis Permuafakatan, Majlis Penyerahan Anak Angkat, dan Majlis Aku Janji ini mempunyai beberapa kekuatan iaitu :

A.        Program ini berjalan dengan lancar apabila adanya kerjasama dari guru-guru, murid-murid serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak mereka demi membantu pihak sekolah dan anak mereka mencapai keputusan yang cemerlangn dalam UPSR.


15.0 KEKANGAN PROGRAM

Program Kecemerlangan UPSR yang melibatkan gabungan tiga program sekaligus iaitu Majlis Permuafakatan, Majlis Penyerahan Anak Angkat, dan Majlis Aku Janji ini mempunyai beberapa kelemahan iaitu :

A.        Untuk menjalankan program ini, unit bimbingan dan kaunseling memerlukan dana berbentuk kewangan untuk menjalankan program. Namun akibat budjet yang sepatutnya diberikan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling masih tidak diperolehi. Oleh itu, unit bimbingan dan kaunseling terpaksa meminta sumbangan daripada ibu bapa sebanyak RM5 untuk menampung kadar makan dan minum bagi ibu bapa sepanjang program ini berlangsung.
B.        Program ini telah ditangguhkan daripada satu tarikh ke satu tarikh yang lain sebanyak beberapa kali. Hal ini disebabkan oleh beberapa kekangan sepeti masa, dana dan penglibatan guru akibat ramai guru yang sibuk dengan program luar yang lain.


16.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Akibat daripada beberapa kelemahan dan kekangan program ini, oleh itu terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat bagi memastikan program ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan dengan l;ebih teratur dan lacar. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat ialah :

  1. Program ini boleh dijalankan lebih awal iaitu pada awal tahun kerana pada awal tahun biasanya guru belum terlibat lagi dengan bebanan tugas yang banyak.
  2. Dana kewangan haruslah dikumpulkan lebih awal iaitu pada akhir tahun ketika murid-murid tersebut berada pada tahun 5. Oleh itu dana kewangan tersebut boleh digunakan pada awal tahun ketika murid tersebut berada dalam tahun 6.

GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI :









GAMBAR SELANJUTNYA BOLEH LIHAT DI FB KOKURIKULUM SK TERUSAN 

Khamis, 25 April 2013

PROGRAM BINA DIRI MURID TAHUN 6



LAPORAN PROGRAM BINA DIRI
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN LAHAD DATU
ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING



1.0       TAJUK  :      

Program Kecemerlangan UPSR. Peringkat  Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu


2.0       DIKEMUKAKAN OLEH     :          

Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Terusan Lahad Datu


3.0       PENDAHULUAN                 :

            Kecemerlangan dalam segala aspek adalah amat penting dalam kehidupan kini. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, murid perlu menimba pengalaman secara teori dan praktikal, terancang dan berterusan demi mencapai kejayaan. Murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR perlu dibimbing dan dibekalkan dengan teknik dan pembelajaran berkesan bagi mencapai kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR)  kelak.
            Oleh itu, Program Bina Diri Sempena Program Kecemerlangan  UPSR yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling  ini adalah merupakan program yang dijalankan untuk  murid tahun 6 bagi mempersiapkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Terusan untuk menghadapi UPSR terutama teknik menjawab kertas soalan UPSR. Program ini dijalankan berikutan beberapa program persediaan UPSR yang telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid. Program ini juga merupakan salah satu program untuk memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.
            Secara ringkasnya program ini dapat meningkatkan perkembangan murid-murid untuk menghadapi situasi pembelajaran yang semakin mencabar.

4.0 OBJEKTIF
a)    Membantu murid dalam mengatasi masalah kelemahan penguasaan mata pelajaran teras.
b)    Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR.
c)    Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
d)    Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
e)    Membina sikap positif, membentuk jati diri dan disiplin dalam diri peserta.
f)     Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.

5.0       TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan perbincangan untuk menetapkan tarikh, masa dan tempat. Butirannya seperti berikut :

Tarikh            :           22 – 24 April  2012 (Isnin-Rabu)
Tempat          :           Kelas Tahun 6 Standard
Masa              :           8.00 pagi hingga12.30 tengah hari.

6.0       PENCERAMAH JEMPUTAN
BAHASA MELAYU – TUAN HAJI SAMSURI BIN HAJI KASWARI 
(SK PAYANG LAHAD DATU)
BAHASA INGGERIS – PUAN JANNET DELA CRUZ @ NORSHAKILA 
(SK MUHIBBAHRAYA, TAWAU)
MATEMATIK – ENCIK AMRULLAH BIN SABIR
( SK LAHAD DATU II)
SAINS – PUAN SAIDAWATI BINTI NORDIN
(SK PEKAN LAHAD DATU)

7.0       SASARAN KUMPULAN
  • Murid Tahun 6 (17 Orang)
  • Guru Tahun 6
8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR

PENGERUSI
Tuan Hj. Abdul Bin Hj. Using
Guru Besar

TIMBALAN PENGERUSI
Encik Abdul Rahman Suliman
Penolong Kanan Pentadbiran

NAIB PENGERUSI 1
Encik Amil Hasli Bin Amilasan
Penolong Kanan HEM

NAIB PENGERUSI 2
Puan Jurairah Binti Amappease
Penolong Kanan Kokurikulum

SETIAUSAHA
Cik Mimi Tantiana Binti Ganing
Guru Bimbingan Sekolah Rendah

BENDAHARI
Puan Norizam Ubang
Kerani Sekolah


AHLI JAWATANKUASA KECIL

PENGACARA MAJLIS
Puan Halimah Binti Bangawan

BACAAN DOA
Encik Abdul Rahman Bin Suliman

AJK BUKU PROGRAM
Cik Mimi Tantiana Binti Ganing

AJK BACKDROP
Puan Rosnah Binti Buntarang
Cik Pamela Grace Itin

AJK FOTOGRAFI
Cik Pamela Grace Itin
Cik Mimi Tantiana Binti Ganing

AJK SIJIL, CENDERAMATA, DAN BAHAN EDARAN
Cik Sarimah Binti Ahmad
Cik Norwani Binti Zainudin
Cik Noor Azzahanie Binti Ab. Latif

AJK MAKANAN
Puan Saidah Bin Mohd Yusof

AJK PA SYSTEM
Encik Askawadar Bin Hindustan



10.0    PELAKSANAAN AKTIVITI           :

            Program Kecemerlangan UPSR berjalan selama 5 jam daripada jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Antara yang telibat dalam program ini ialah murid tahun 6. Seramai 17 orang peserta dan guru tahun 6. 
            Peserta akan diedarkan dengan beberapa bahan edaran yang berkaitan dengan program ini. 

Gambar Sepanjang Aktiviti :





Rabu, 3 April 2013

Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Bilik Darjah

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1


Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : 1 Standard
Masa : 8.00 - 9.30 Pagi
Tema 3 : Hidup Selamat
Tajuk : UNIT 11 : Simpan dengan Selamat
Standard Kandungan : 1.2, 2.3, dan 3.3
Standard Pembelajaran : 1.2.1, 2.3.1. dan 3.3.1

Objektif Pembelajaran : 
Pada akhir proses p&p murid dapat :

  1. mendengar, memahami, dan memberikan respon terhadap sesuatu arahan secara lisan atau gerak laku dengan betul.
  2. membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  3. membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan kemas.
Langkah Pengajaran :
  1. Set Induksi : Guru meminta murid meneka benda yang tersembunyi di dalam kotak. benda tersebut ialah pisau.
  2. Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.
  3. Guru menunjukkan beberapa benda-benda berbahaya yang biasanya terdapat di rumah. Kemudian meminta murid memberikan pendapat mereka tempat yang selamat untuk menyimpan benda berbahaya tersebut.
  4. Guru menyalin beberapa ayat yang terdapat dalam buku teks di papan tulis. Murid dibimbing secara berkumpulan dan individu membaca petikan ayat tersebut.
  5. Murid dibahagi kepada 6 kumpulan untuk menjalankan aktiviti berkumpulan. Setiap kumpulan diminta untuk menyenaraikan 6 benda yang berbahaya dan tempat benda berbahaya tersebut harus di simpan.
  6. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil kerja mereka di hadapan murid-murid yang lain.
  7. Murid diminta melengkapkan lembaran kerja yang terdapat dalam buku aktiviti.
  8. Guru membuat kesimpulan daripada aktiviti p&p pada hari ini.
Nilai : Berwaspada dan kerjasama
BBB : Buku Teks, Buku Aktiviti, Pisau, Kotak, Kertas Mahjong. Pen Marker, dan Warna

Refleksi :
          Sebagai kesinambungan aktiviti pembentangan semalam, saya sekali lagi merancang untuk menjalankan aktiviti pembentangan dalam p&p saya. Hal ini kerana saya semakin yakin dengan kebolehan murid saya. Mereka menunjukkan sikap positif untuk membentangkan hasil kerja mereka.
          Seperti yang saya jangkakan, murid saya yang pada awalnya malu-malu untuk membentangkan hasil kerja kumpulan mereka kini semakin berani. Sehingga terdapat kumpulan yang berebut-rebut ahli kumpulannya yang ingin membentangkan hasil kerja mereka. Mereka tidak lagi segan dan semakin berani untuk bercakap di hadapan rakan yang lain. Saya juga tidak perlu lagi menunjukkan cara pembentangan. Mereka membentang mengikut kaedah pembentangan yang saya ajarkan kepada mereka. Saya sangat bersyukur kaedah ini berjaya menarik minat murid saya untuk belajar. Walaupun terdapat beberapa orang murid saya yang masih tidak dapat membaca namun itu bukan penghalang kepada mereka untuk membentang dengan baik. 
          Objektif pembelajaran saya pada hari ini tidak dapat dicapai sepenuhnya. Masih terdapat 6 orang murid saya yang masih tidak dapat membaca dengan lancar. Murid-murid ini akan diberi bimbingan secara berterusan sehingga mereka dapat menguasai kemahiran membaca. Teruskan berusaha murid-murid cikgu. Semoga kalian berjaya di dunia dan di akhirat.



Selasa, 2 April 2013

Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Bilik Darjah

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : 1 Standard
Masa : 11.20 - 12.20 tengah hari
Tema 2 : Bersih dan Sihat
Tajuk : UNIT 10 : Makanan Berzat
Standard Kandungan : 1.3, 2.3, dan 3.5
Standard Pembelajaran : 1.3.1, 2.3.1 dan 3.5.1

Objektif Pembelajaran :
Pada akhir proses p&p murid dapat :
  1. mendengar, memahami dan memberikan respon terhadap sesuatu arahan secar  lisan atau gerak laku dengan betul.
  2. membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  3. mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai sumber.


Langkah Pengajaran : 
  1. Set induksi
  2. Guru mengaitkan set induksi dengan tapik pembelajaran pada hari ini.
  3. Guru menerangkan isi kandungan pelajaran dan aktiviti hari ini.
  4. Guru menunjukkan gambar piramid makanan dan meminta murid memberikan idea dan pandangan mereka tentang makanan yang terdapat dalam piramid makanan.
  5. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk menjalankan aktiviti berkumpulan iaitu menyenaraikan makan berzat yang mereka tahu.
  6. Guru membimbing murid membaca petikan tentang makanan berzat dan meminta murid membaca secara individu dan berkumpulan.
  7. Murid menyediakan satu peta minda yang menunjukkan makanan berzat secara berkumpulan.
  8. Murid diminta membentangkan hasil kerja mereka.
  9. Guru membuat kesimpulan daripada aktiviti hari ini.


Nilai : Bekerjasama
BBB : Buku Teks, Buku Aktiviti, Marker, Kertas Mahjong dan Gambar Piramid Makanan.

Refleksi :

          Sebelum saya perancang P&P pada hari ini saya pada mulanya tidak merancang untuk murid-murid membentangkan hasil kerja kumpulan kerana mereka masih lagi murid tahun 1. Namun saya memberi peluang kepada murid-murid saya untuk membentang hasil kerja mereka untuk mengetahui tahap keberanian mereka untuk mengeluarkan idea dan pendapat mereka. Saya menunjukkan kepada mereka kaedah membentang hasil kerja dengan betul kemudian barulah saya mengarahkan mereka membentangkan hasil kerja mereka. 
          Sepanjang aktiviti berkumpulan dijalankan, saya begitu gembira melihat murid-murid saya dapat bekerjasama dalam kumpulan dengan baik walaupun masih terdapat murid yang kurang aktif untuk menjalankan aktiviti berkumpulan. Namun melihat keseronokan rakan-rakan lain menjalankan aktiviti berkumpulan menyebabkan murid yang kurang aktif tadi mula melibatkan diri dalam kerja berkumpulan. Saya sentiasa menjalankan aktiviti berkumpulan semasa proses p&p. hal ini kerana, saya ingin melihat murid-murid saya dapat berinteraksi sesama mereka untuk menyampaikan idea dan pendapat mereka. 
          Hasil daripada kerja kumpulan mereka iaitu menghasilkan peta minda tentang makanan berzat sangat memuaskan hati saya. Mereka menghasilkan kerja yang sangat cantik dan menarik. Walaupun mereka hanya murid tahun 1, namun hasilnya sangat baik. Saya sangat bersyukur p&p saya pada hari ini bukan sahaja mencapai objektifnya tetapi mendapat hasil yang di luar tanggapan saya. Guru seharusnya memainkan peranan yang penting untuk membuat tunjuk cara kepada murid dan memberi peluang kepada murid untuk menghasikab kerja mengikut idea mereka sendiri.     
          Untuk p&p yang seterusnya, saya akan mengadakan lebih banyak kerja kumpulan dan pembentangan untuk mengasah kemahiran bertutur murid dan sekaligus untuk mengasah bakat murid bercakap dihadapan orang ramai. Tahniah cikgu ucapkan buat murid-murid cikgu yang memberi perhatian penuh dan memberi kerjasama sepanjang proses p&p hari ini. Teruskan usaha untuk menjadi murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.



Isnin, 4 Februari 2013

Jamuan sempena SAMBUTAN MAULIDUR RASUL Tahun 2013



Aktiviti pertama dalam tahun 2013. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Warga sekolah seronok dapat menyambut sambutan ini.