Isnin, 25 Januari 2010

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 3


Rancangan Pengajaran Harian                                                                                                  Bahasa Malaysia                                                                                                                            Tahun 3

Tarikh            :           25.01.2010
Masa              :           10.30 – 11.30 Pagi
Kelas             :           3 Arif
Bil. Murid      :           18 Orang (13 Lelaki 5 Perempuan)
Tema             :           Mari Bersukan
Tajuk             :           Hari Sukan Sekolah Saya

Hasil Pembelajaran
Fokus Utama :
5.2                   :           Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi
                                yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 3 (i)        :           Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan
                                sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
Fokus Sampingan :
8.4                   :           Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan
                                sesuatu perkara.
Aras 1 (ii)       :           Mengenal pasti isi yang sesuai dengan tajuk.

Objektif Pelajaran :
Pada akhir pelajaran murid dapat :
1. Bacaan kuat petikan bertajuk “Hari Sukan Sekolah Saya” dengan sebutan yang betul dan tepat.
2. Menulis sekurang-kurangnya tiga isi penting yang sesuai berdasarkan petikan “Hari Sukan Sekolah Saya”.
3. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga kata terbitan yang terdapat dalam petikan “Hari Sukan Sekolah Saya”.

Sistem Bahasa                    :           Kata Terbitan

Pengisian Kurikulum 
Ilmu                                        :           Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Nilai                                        :           Kerjasama.
Kemahiran Generik            :           Kemahiran berfikir (mencirikan, dan mengkategori)
                                                            Belajar Cara Belajar (berbincang)
Pendekatan Pembelajaran:         Berpusatkan murid, berpusatkan guru, dan Induktif
Strategi P & P                      :           Kolaboratif
Kecerdasan Pelbagai        :           Verbal-Linguistik, Interpersonal dan Visual-Ruang
Teknik                                   :           Perbincangan, soal jawab, tunjuk cara, dan
sumbangsaran.

Bahan Bantu Mengajar     :
·         Komputer riba
·         Pembesar suara
·         Kad Perkataan
·         Papan Gulung
·         Papan Putih
·         Muzik iringan (semasa aktiviti kumpulan)

Perbendaharaan Kata                   :           merasmikan, memberikan, dan menyampaikan.
Pengetahuan sedia ada               :           murid pernah menjalankan hari sukan di
Sekolah dan pernah melihat hari sukan di kaca
televisyen.


Langkah Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi
(5 minit)

Gambar “ Hari Sukan Sekolah”.

Soalan :
1.    Apakan yang murid-murid dapat lihat di dalam gambar ini?

2.    Di manakah biasanya aktiviti sukan dijalankan?

1.    Guru menunjukkan sekeping gambar kepada murid.
2.    Guru bertanyakan kepada murid gambar yang mereka lihat.
3.    Guru meminta murid memberi jawapan masing-masing dan guru mencatat jawapan murid di papan putih.
4.    Guru mengulas hasil maklumat murid dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini.


BBM
Gambar “Hari Sukan Sekolah”.

Kecerdasan Pelbagai :
- Verbal-Linguistik
- Interpersonal

Kemahiran Bernilai Tambah :
- Kontekstual

Nilai :
Kerjasama


Langkah 1
(15 Minit)



Petikan “Hari Sukan Sekolah Saya”.
1.    Guru menunjukkan petikan kepada murid-murid yang bertajuk “Hari Sukan Sekolah Saya”.
2.    Guru membaca petikan tersebut dan murid diarah mendengar dengan teliti.
3.    Guru mengarah murid-murid membaca petikan tersebut secara berkumpulan.
4.    Guru memilih beberapa orang murid membacakan semula petikan tersebut secara individu.
5.    Guru menilai dan membuat peneguhan hasil bacaan murid.



BBM :
- Petikan bertajuk “Hari Sukan Sekolah Saya”

Belajar Cara Belajar :
- Membaca

Teknik :
-Tunjuk cara (membaca)

Kecerdasan Pelbagai :
- Verbal-Linguistik
- Intrapersonal

Kemahiran Berfikir :
-Mentafsir

Nilai : Kerjasama


Langkah 2
(15 minit)

Isi Penting daripada Petikan

Soalan :
Nyatakan isi penting yang terdapat dalam petikan “Hari Sukan Sekolah Saya”?

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4
1.    Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan.
2.    Guru memberikan sekeping papan putih kepada setiap kumpulan.
3.    Guru mengarahkan murid-murid menulis isi yang sesuai  berdasarkan contoh yang diberikan oleh guru.
4.    Guru mengarah wakil setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.
5.    Guru menilai dapatan dan sikap kerjasama setiap ahli kumpulan serta memberi peneguhan.
BBM :
- Papan Putih
- Muzik iringan

Pendekatan :
-Berpusatkan murid

Strategi :
-Kolaborasi

Teknik :
-Perbincangan
-Sumbangsaran

BCB:
-Berbincang

Kem.Berfikir :
-Menjana idea

Kecerdasan Pelbagai :
-Intrepersonal
-Verbal-Linguistik
-Kinestetik

Nilai : Kerjasama


Langkah 3
(15 minit)

Acara yang dipertandingkan dalam sukan.
1.    Guru mengedarkan gambar kepada murid-murid.
2.    Guru meminta murid-murid menceritakan pengalaman yang mereka pernah alami ketika hari sukan.
3.    Guru menulis di papan tulis idea yang diutarakan oleh murid-murid
4.    Guru membuat pengukuhan daripada pengalaman yang diceritakan murid.

BBM :
-Gambar

Pendekatan :
-Induktif
-Berpusatkan murid

Kem. Bernilai Tambah :
-Kontekstual

Kecerdasan Pelbagai :
-Verbal-Linguistik

Kem.Berfikir :
-Menyusun


Langkah 4
(7 minit)

Sistem Bahasa
-       Kata Terbitan
1.    Guru memberi penerangan tentang maksud kata terbitan dan memberikan contoh yang sesuai.
2.    Guru menayangkan beberapa padanan huruf menggunakan kad perkataan dan mengarahkan pelajar meneka perkataan daripada huruf-huruf tersebut.
3.    Guru mengarahkan murid mencari kata terbitan yang dipaparkan sebentar tadi dalam lembaran petikan yang diberi.
4.    Guru meminta murid menyimpulkan hasil yang mereka perolehi hari ini.

BBM :
-Kad Perkataan

Kecerdasan Pelbagai :
-Verbal-linguistik


Penutup
(3 minit)

Rumusan isi pelajaran.
1.    Guru bertanyakan kepada murid apa yang mereka pelajari hari ini.
2.    Guru merumuskan keseluruhan pembelajaran pada hari ini.

Kecerdasan Pelbagai :
Verbal-Linguistik






Lampiran :
TAJUK : Hari Sukan Sekolah Saya
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Jerai, Encik Abdullah Jaafar telah merasmikan hari sukan sekolah saya. Dalam ucapan perasmian, beliau memuji prestasi sukan sekolah saya. Selepas perasmian tersebut, acara balapan dimulakan.
        Padang sekolah dipenuhi penonton. Selain itu, ibu bapa dan guru-guru juga turut memberikan sokongan kepada para peserta. Para peserta berusaha bersungguh-sungguh.
        Kejohanan berakhir dengan acara penyampaian hadiah. Encik Abdullah Jaafar dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Rumah Waja telah berjaya menjadi johan keseluruhan.
 

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan