Selasa, 26 Januari 2010

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 3


Rancangan Pengajaran Harian                                                                                                  Bahasa Malaysia                                                                                                                            Tahun 3

Tarikh            :           26.01.2010
Masa              :           10.30 – 11.30 Pagi
Kelas             :           3 Arif
Bil. Murid      :                /18 Orang (13 Lelaki 5 Perempuan)
                                    Pemulihan :
Tema             :           Mari Bersukan
Tajuk             :           Sukan Permainan


Hasil Pembelajaran
Fokus Utama :
3.1            :      Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan
menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras
bahasa yang sesuai
Aras 3 (ii) :     Membentangkan maklumat yang diperoleh secara ringkas dan tepat.

Fokus Sampingan :
8.1           :       Membina dan menulis perkataan, ayat tungal dan ayat majmuk.
Aras 1(i)  :     Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang
diberikan


Objektif Pelajaran :
Pada akhir pelajaran murid dapat :
1. Menyampaikan maklumat yang diperoleh tentang permainan dengan ayat yang betul dan tepat.
2. Menulis sekurang-kurangnya lima jenis ayat tungal berdasarkan gambar bersiri yang diberikan dengan ayat yang betul dan tepat.
3. Menulis sekurang-kurangnya tiga kata kerja daripada gambar berkaitan sukan permainan dengan betul dan tepat.

Sistem Bahasa                    :           Kata Kerja

Pengisian Kurikulum 
Ilmu                                        :           Sains, Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Nilai                                        :           Keberanian.
Kemahiran Generik            :           Kemahiran berfikir (mencirikan, dan mengkategori)
                                                            Belajar Cara Belajar (berbincang)
Pendekatan Pembelajaran:         Berpusatkan murid, berpusatkan guru, dan Induktif
Strategi P & P                      :           Kolaboratif
Kecerdasan Pelbagai        :           Verbal-Linguistik, Interpersonal dan Visual-Ruang
Teknik                                   :           Perbincangan, soal jawab, tunjuk cara, dan
sumbangsaran.

Bahan Bantu Mengajar     :
·         Komputer riba
·         Pembesar suara
·         Gambar Sukan Permainan
·         Kad Papan Putih
·         Muzik iringan (semasa aktiviti kumpulan)

Perbendaharaan Kata                   :           membaling, memukul, menendang
Pengetahuan sedia ada               :           murid pernah bermain sukan ini semasa di
rumah atau di sekolah.


Langkah Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi
(5 minit)

Teka-teki

Soalan :
1.    Bacakan teka-teki ini?

2.    Apakah jawapan bagi teka-teki ini?

1.          Guru mengarahkan tiga orang murid menggantungkan soalan teka-teki di hadapan kelas.
2.          Murid diminta supaya membaca soalan teka-teki tersebut dan diberi masa untuk memikirkan jawapannya.
3.          Murid diminta menjawab ketiga-tiga soalan teka-teki tersebut.
Guru mengaitkan teka-teki tersebut dengan tajuk pelajaran pada hari tersebut iaitu “Sukan Permainan” .


BBM
Lembaran Soalan Teka-teki

Kecerdasan Pelbagai :
- Verbal-Linguistik
- Interpersonal

Kemahiran Bernilai Tambah :
- Kontekstual

Nilai :
Keberanian


Langkah 1
(25 Minit)



Jenis Permainan
Kumpulan 1:
Bola jaring

Kumpulan 2:
Badminton

Kumpulan 3:
Bola sepak

Kumpulan 4:
Hoki



1.        Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2.        Setiap kumpulan diberikan sekeping kad papan putih dan sebatang pen marker.
3.        Setiap kumpulan mendapat soalan tentang jenis permainan yang berlainan.
4.        Guru mengarahkan murid-murid berbincang dalam kumpulan mengenai gambar sukan yang mereka perolehi.
5.        Setiap kumpulan diedarkan dengan jadual dan diminta supaya mengisi jadual tersebut dengan maklumat yang berkaitan.
6.        Seorang wakil daripada setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.


BBM :
- Gambar sukan permainan
- Kad Papan Putih
- Jadual

Belajar Cara Belajar :
- Memberi idea

Kecerdasan Pelbagai :
- Verbal-Linguistik
- Intrapersonal

Kemahiran Berfikir :
-Mentafsir

Nilai : Keberanian


Langkah 2
(15 minit)

Gambar “Sukan Permainan”.
1.          Murid mendapat edaran gambar tunggal yang diberikan oleh guru.
2.          Murid diminta supaya meneliti gambar tersebut terlebih dahulu.
3.          Murid memberikan idea mereka tentang gambar tersebut satu demi satu.
4.          Murid diminta membina lima ayat berdasarkan gambar tunggal yang diedarkan itu.
BBM :
- Muzik iringan

Pendekatan :
-Berpusatkan murid

Strategi :
-Kolaborasi

Teknik :
-Perbincangan
-Sumbangsaran

BCB:
-Berbincang

Kem.Berfikir :
-Menjana idea

Kecerdasan Pelbagai :
-Intrepersonal
-Verbal-Linguistik
-Kinestetik

Nilai : Keberanian



Langkah 3
(10 minit)

Sistem Bahasa
-       Kata Kerja
1.    Guru melekatkan gambar tentang sukan permainan di papan putih.
2.    Guru menerangkan maksud kata kerja dan memberikan contoh yang sesuai kepada murid-murid.
3.    Guru mengarahkan murid berbincang dalam kumpulan mereka untuk mencari kata kerja yang sesuai berdasarkan gambar yang dipaparkan.
4.    Guru membantu murid-murid membina ayat daripada kata kerja yang diberikan.
5.    Guru menyimpulkan hasil kerja murid hari ini.

BBM :
-Gambar Sukan dan permainan

Teknik :
-Perbincangan

BCB:
-Berbincang

Kecerdasan Pelbagai :
-Verbal-linguistik


Penutup
(3 minit)

Rumusan isi pelajaran.
1.    Guru bertanyakan kepada murid apa kemahiran yang mereka pelajari hari ini.
2.    Guru merumuskan keseluruhan pembelajaran pada hari ini.

Kecerdasan Pelbagai :
Verbal-Linguistik






Lampiran :
SOALAN TEKA-TEKI

SOALAN 1
Bukan sukan sebarang sukan,
Antara semua yang paling unggul;
Sebelas pemain satu pasukan,
Bola ditendang mencecah gol.

SOALAN 2
Di atas gelanggang atau di padang,
Ramai orang datang berkunjung;
Bola dipukul bukan ditendang,
Kayunya keras bengkok di hujung.

SOALAN 3
Di dalam gelanggang asyik terkejar,
Setiap jaringan menambah mata;
Kepada rakan bola dilontar,
Tiada lelaki hanya wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan