Rancangan Pengajaran
Harian
Bahasa Malaysia
Tahun 3
Tarikh : 02.02.2010
Masa : 10.30 – 11.30 Pagi
Kelas : 3 Arif
Bil. Murid : /18 Orang (13 Lelaki 5 Perempuan)
Pemuliahan
:
Tema : Mari Bersukan
Tajuk : Faedah Bersukan
Hasil Pembelajaran
Fokus Utama :
5.2 : Membaca kuat teks prosa dan puisi
dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan lancar,
serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2 (i) : Membaca
lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi, dan
gaya penyampaian yang betul.
Fokus Sampingan :
8.4 : Membina dan menulis ayat topik dan
ayat huraian berdasarkan
sesuatu
perkara.
Aras 1 (ii) : Mengenal pasti isi yang sesuai dengan
tajuk.
10.2 : Mengedit
dan memurnikan hasil penulisan.
Aras 1(i) :
Mengenalpasti
dan membetulkan kesilapan ejaan, perkataan, dan
tanda baca dalam ayat.
Objektif Pelajaran :
Pada akhir pelajaran murid dapat :
1. Membaca kuat
petikan syarahan bertajuk “Faedah Bersukan” dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
2. Menulis empat “faedah bersukan” dengan menggunakan ayat
yang betul dan tepat.
3. Menulis semula ayat dengan ejaan dan tanda baca yang
betul dan tepat.
Sistem Bahasa : Penanda Wacana
Pengisian Kurikulum
Ilmu : Sains, Pendidikan Jasmani
Dan Kesihatan
Nilai : Keberanian.
Kemahiran Generik : Kemahiran berfikir (mengelas,mengumpulkan,
dan
mengkategorikan)
Belajar
Cara Belajar (berbincang dan membaca)
Pendekatan Pembelajaran: Berpusatkan murid,
berpusatkan guru, dan Induktif
Strategi P & P : Kolaboratif
Kecerdasan Pelbagai : Verbal-Linguistik, Interpersonal.
Muzik dan Visual-
Ruang
Teknik : Perbincangan, soal jawab,
tunjuk cara, dan
sumbangsaran.
Bahan Bantu Mengajar :
·
Komputer riba
·
Pembesar suara
·
Gambar Sukan Permainan
·
Kad Papan Putih
·
Muzik iringan (semasa
aktiviti kumpulan)
Perbendaharaan Kata : oleh itu, hal ini demikian,
selain itu, dan justeru
Pengetahuan sedia ada : murid biasa melakukan
aktiviti sukan semasa
di rumah atau di sekolah.
Langkah Pengajaran dan
Pembelajaran
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Kad Perkataan “Faedah
Bersukan”
Soalan :
1. Apakah perkataan yang terhasil daripada susunan huruf yang cikgu beri?
2. Kenapakah aktiviti sukan penting dalam kehidupan kita?
|
1.
Guru mengedarkan kad
huruf kepada setiap kumpulan.
2.
Murid diminta untuk
menyusun kad huruf menjadi dua perkataan yang mempunyai makna.
3.
Murid diminta menyusun
kad dalam bentuk kumpulan dan diarah berikan jawapan kepada guru.
4.
Guru mengaitkan jawapan
murid dengan tajuk pelajaran pada hari
tersebut iaitu “Faedah Bersukan” .
|
BBM
Kad Perkataan
Kecerdasan Pelbagai :
- Verbal-Linguistik
- Interpersonal
Kemahiran Bernilai Tambah :
- Kontekstual
Nilai :
Keberanian
|
Langkah 1
(15 Minit)
|
Petikan Syarahan “Faedah
Bersukan”.
|
1.
Guru mengedarkan lembaran
petikan syarahan kepada murid-murid yang bertajuk “Faedah Bersukan”.
2.
Guru membaca petikan tersebut
dan murid diarah mendengar dengan teliti.
3.
Guru mengarah
murid-murid membaca petikan tersebut secara berkumpulan.
4.
Guru memilih beberapa
orang murid membacakan semula petikan tersebut secara individu.
5.
Guru menilai dan
membuat peneguhan hasil bacaan murid.
|
BBM :
- Petikan bertajuk “Faedah Bersukan”
Belajar Cara Belajar :
- Membaca
Teknik :
-Tunjuk cara (membaca)
Kecerdasan Pelbagai :
- Verbal-Linguistik
- Intrapersonal
Kemahiran Berfikir :
-Mentafsir
Nilai : Keberanian
|
Langkah 2
(15 minit)
|
Faedah Bersukan
Soalan :
Nyatakan faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan?
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
|
1.
Guru membahagikan
murid kepada empat kumpulan.
2.
Guru memberikan
sekeping kertas mahjong kepada setiap kumpulan.
3.
Murid diarah membuat
peta minda berdasarkan contoh peta minda yang ditunjukkan oleh guru.
4.
Guru mengarah wakil
setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.
5.
Guru menilai dapatan
dan sikap kerjasama setiap ahli kumpulan serta memberi peneguhan.
|
BBM :
- Kertas mahjong
- Peta minda
- Muzik iringan
Pendekatan :
-Berpusatkan murid
Strategi :
-Kolaborasi
Teknik :
-Perbincangan
-Sumbangsaran
BCB:
-Berbincang
Kem.Berfikir :
-Menjana idea
Kecerdasan Pelbagai :
-Intrepersonal
-Verbal-Linguistik
-Kinestetik
Nilai : Keberanian
|
Langkah 3
(15 minit)
|
Kesalahan ejaan dan tanda baca dalam ayat.
|
1.
Murid diminta supaya berada dalam kumpulan yang telah ditetapkan.
2.
Guru memberi edaran soalan latihan kepada setiap murid.
3.
Murid diarah mencari kesalahan ejaan dan tanda baca dalam ayat yang
diberikan.
4.
Guru membantu murid membetulkan kesalahan ejaan dan tanda baca dalam ayat.
5.
Setiap kumpulan diminta supaya memberikan satu jawapan yang telah
diperolehi dan menulis jawapan tersebut di papan tulis.
6.
Guru memberi pengukuhkan terhadap hasil kerja murid-murid.
|
BBM :
-Lembaran latihan membetulkan kesalahan ejaan dan tanda
baca.
Teknik :
-Perbincangan
BCB:
-Berbincang
Kecerdasan Pelbagai :
Verbal Linguistik
Nilai :
Keberanian
|
Langkah 4
(10 minit)
|
Sistem Bahasa
-
Penanda Wacana
|
1.
Guru menerangkan
maksud penanda wacana dan memberikan contoh yang sesuai kepada murid-murid.
2.
Murid diarah berbincang dalam kumpulan mereka untuk
mencari penanda wacana yang terdapat dalam petikan.
3.
Murid diarah menulis
semula ayat yang mengandungi penanda wacana pada papan putih.
4.
Guru menyimpulkan
hasil kerja murid hari ini.
|
BBM :
-Lembaran Petikan Syarahan “ Faedah Bersukan”.
Teknik :
-Perbincangan
BCB:
-Berbincang
Kecerdasan Pelbagai :
-Verbal-linguistik
|
Penutup
(3 minit)
|
Rumusan isi pelajaran.
Penutup Sosial dan Penutup Kognitif
|
1.
Guru bertanyakan
kepada murid apa kemahiran yang mereka pelajari hari ini.
2.
Murid dan guru
menyanyi bersama-sama lagu bertajuk “Malaysia Cergas”.
3.
Guru merumuskan
keseluruhan pembelajaran pada hari ini.
|
Kecerdasan Pelbagai :
Verbal-Linguistik
Muzik
|
PETIKAN
SYARAHAN
Tajuk :
Faedah Bersukan.
Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha
Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan yang saya kasihi sekalian. Syarahan saya
pada hari ini bertajuk “ Faedah Bersukan”.
Hadirin yang saya hormati,
Badan sihat
otak cerdas. Itulah kata hikmat orang bijak pandai. Oleh itu, kita mestilah
selalu bersukan untuk menjadikan badan kita sihat.
Ketika
bersukan, kita juga dapat melupakan masalah. Hal ini demikian kerana perasaan
gembira akan kita rasai semasa bersukan.
Selain itu,
kita juga akan dapat bergaul dengan orang lain dan dapat memupuk semangat
kesukanan. Jadi, kita tidak akan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif.
Justeru,
marilah kita bersukan untuk menjaga kesihatan diri.
Sekian
sahaja syarahan saya. Sekian terima kasih.