Selasa, 2 Februari 2010

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 3


Rancangan Pengajaran Harian                                                                                                  Bahasa Malaysia                                                                                                                            Tahun 3

Tarikh            :           02.02.2010
Masa              :           10.30 – 11.30 Pagi
Kelas             :           3 Arif
Bil. Murid      :                /18 Orang (13 Lelaki 5 Perempuan)
                                    Pemuliahan :
Tema             :           Mari Bersukan
Tajuk             :           Faedah Bersukan

Hasil Pembelajaran
Fokus Utama :
5.2                   :           Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan lancar,  serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2 (i)        :           Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi, dan
gaya penyampaian yang betul.

Fokus Sampingan :
8.4                   :           Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan
                                sesuatu perkara.
Aras 1 (ii)       :           Mengenal pasti isi yang sesuai dengan tajuk.
10.2                :           Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
Aras 1(i)         :           Mengenalpasti dan membetulkan kesilapan ejaan, perkataan, dan
tanda baca dalam ayat.
Objektif Pelajaran :
Pada akhir pelajaran murid dapat :
1. Membaca kuat petikan syarahan bertajuk “Faedah Bersukan” dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Menulis empat “faedah bersukan” dengan menggunakan ayat yang betul dan tepat.
3. Menulis semula ayat dengan ejaan dan tanda baca yang betul dan tepat.

Sistem Bahasa                    :           Penanda Wacana

Pengisian Kurikulum 
Ilmu                                        :           Sains, Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Nilai                                        :           Keberanian.
Kemahiran Generik            :           Kemahiran berfikir (mengelas,mengumpulkan, dan
mengkategorikan)
                                                            Belajar Cara Belajar (berbincang dan membaca)
Pendekatan Pembelajaran:         Berpusatkan murid, berpusatkan guru, dan Induktif
Strategi P & P                      :           Kolaboratif
Kecerdasan Pelbagai        :           Verbal-Linguistik, Interpersonal. Muzik  dan Visual-
Ruang
Teknik                                   :           Perbincangan, soal jawab, tunjuk cara, dan
sumbangsaran.

Bahan Bantu Mengajar     :
·         Komputer riba
·         Pembesar suara
·         Gambar Sukan Permainan
·         Kad Papan Putih
·         Muzik iringan (semasa aktiviti kumpulan)
Perbendaharaan Kata                   :           oleh itu, hal ini demikian, selain itu, dan justeru
Pengetahuan sedia ada               :           murid biasa melakukan aktiviti sukan semasa
di rumah atau di sekolah.


Langkah Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi
(5 minit)

Kad Perkataan “Faedah Bersukan”

Soalan :
1.    Apakah perkataan yang terhasil daripada susunan huruf yang cikgu beri?

2.    Kenapakah aktiviti sukan penting dalam kehidupan kita?


1.          Guru mengedarkan kad huruf kepada setiap kumpulan.
2.          Murid diminta untuk menyusun kad huruf menjadi dua perkataan yang mempunyai makna.
3.          Murid diminta menyusun kad dalam bentuk kumpulan dan diarah berikan jawapan kepada guru.
4.          Guru mengaitkan jawapan murid  dengan tajuk pelajaran pada hari tersebut iaitu “Faedah Bersukan” .


BBM
Kad Perkataan

Kecerdasan Pelbagai :
- Verbal-Linguistik
- Interpersonal

Kemahiran Bernilai Tambah :
- Kontekstual

Nilai :
Keberanian


Langkah 1
(15 Minit)



Petikan Syarahan “Faedah Bersukan”.
1.    Guru mengedarkan lembaran petikan syarahan kepada murid-murid yang bertajuk “Faedah Bersukan”.
2.    Guru membaca petikan tersebut dan murid diarah mendengar dengan teliti.
3.    Guru mengarah murid-murid membaca petikan tersebut secara berkumpulan.
4.    Guru memilih beberapa orang murid membacakan semula petikan tersebut secara individu.
5.    Guru menilai dan membuat peneguhan hasil bacaan murid.



BBM :
- Petikan bertajuk “Faedah Bersukan”

Belajar Cara Belajar :
- Membaca



Teknik :
-Tunjuk cara (membaca)

Kecerdasan Pelbagai :
- Verbal-Linguistik
- Intrapersonal

Kemahiran Berfikir :
-Mentafsir

Nilai : Keberanian



Langkah 2
(15 minit)

Faedah Bersukan

Soalan :
Nyatakan faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan?

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4
1.    Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan.
2.    Guru memberikan sekeping kertas mahjong kepada setiap kumpulan.
3.    Murid diarah membuat peta minda berdasarkan contoh peta minda yang ditunjukkan oleh guru.
4.    Guru mengarah wakil setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.
5.    Guru menilai dapatan dan sikap kerjasama setiap ahli kumpulan serta memberi peneguhan.

BBM :
- Kertas mahjong
- Peta minda
- Muzik iringan

Pendekatan :
-Berpusatkan murid

Strategi :
-Kolaborasi

Teknik :
-Perbincangan
-Sumbangsaran

BCB:
-Berbincang

Kem.Berfikir :
-Menjana idea

Kecerdasan Pelbagai :
-Intrepersonal
-Verbal-Linguistik
-Kinestetik

Nilai : Keberanian


Langkah 3
(15 minit)

Kesalahan ejaan dan tanda baca dalam ayat.

1.          Murid diminta supaya berada dalam kumpulan yang telah ditetapkan.
2.          Guru memberi edaran soalan latihan kepada setiap murid.
3.          Murid diarah mencari kesalahan ejaan dan tanda baca dalam ayat yang diberikan.
4.          Guru membantu murid membetulkan kesalahan ejaan dan tanda baca dalam ayat.
5.          Setiap kumpulan diminta supaya memberikan satu jawapan yang telah diperolehi dan menulis jawapan tersebut di papan tulis.
6.          Guru memberi pengukuhkan terhadap hasil kerja murid-murid.

BBM :
-Lembaran latihan membetulkan kesalahan ejaan dan tanda baca.

Teknik :
-Perbincangan

BCB:
-Berbincang

Kecerdasan Pelbagai :
Verbal Linguistik

Nilai :
Keberanian

Langkah 4
(10 minit)

Sistem Bahasa
-       Penanda Wacana
1.    Guru menerangkan maksud penanda wacana dan memberikan contoh yang sesuai kepada murid-murid.
2.    Murid diarah  berbincang dalam kumpulan mereka untuk mencari penanda wacana yang terdapat dalam petikan.
3.    Murid diarah menulis semula ayat yang mengandungi penanda wacana pada papan putih.
4.    Guru menyimpulkan hasil kerja murid hari ini.
BBM :
-Lembaran Petikan Syarahan “ Faedah Bersukan”.

Teknik :
-Perbincangan

BCB:
-Berbincang

Kecerdasan Pelbagai :
-Verbal-linguistik


Penutup
(3 minit)

Rumusan isi pelajaran.

Penutup Sosial dan Penutup Kognitif
1.    Guru bertanyakan kepada murid apa kemahiran yang mereka pelajari hari ini.
2.    Murid dan guru menyanyi bersama-sama lagu bertajuk “Malaysia Cergas”.
3.    Guru merumuskan keseluruhan pembelajaran pada hari ini.


Kecerdasan Pelbagai :
Verbal-Linguistik
Muzik



 Lampiran :

PETIKAN SYARAHAN

Tajuk : Faedah Bersukan.
Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan yang saya kasihi sekalian. Syarahan saya pada hari ini bertajuk “ Faedah Bersukan”.
Hadirin yang saya hormati,
        Badan sihat otak cerdas. Itulah kata hikmat orang bijak pandai. Oleh itu, kita mestilah selalu bersukan untuk menjadikan badan kita sihat.
        Ketika bersukan, kita juga dapat melupakan masalah. Hal ini demikian kerana perasaan gembira akan kita rasai semasa bersukan.
        Selain itu, kita juga akan dapat bergaul dengan orang lain dan dapat memupuk semangat kesukanan. Jadi, kita tidak akan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif.
        Justeru, marilah kita bersukan untuk menjaga kesihatan diri.
        Sekian sahaja syarahan saya. Sekian terima kasih.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan