Selasa, 2 Februari 2010

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 3


Rancangan Pengajaran Harian                                                                                                  Bahasa Malaysia                                                                                                                            Tahun 3

Tarikh            :           01.02.2010
Masa              :           10.30 – 11.30 Pagi
Kelas             :           3 Arif
Bil. Murid      :                    /18 Orang (13 Lelaki 5 Perempuan)
Tema             :           Mari Bersukan
Tajuk             :           Kebaikan Bersukan

Hasil Pembelajaran
Fokus Utama :
1.2                   :           Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara
bertatasusila.
Aras 2 (ii)       :           Menyoal dengan menggunakan kata tanya.

Fokus Sampingan :
6.5                   :           Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat
yang khusus.
Aras 1 (i)        :           Menyatakan fakta yang dikehendaki daripada teks.
8.3                   :           Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.
Aras 2 (i)        :           Menulis ayat dengan menggunakan tulisan berangkai dengan
kemas dan cantik.


Objektif Pelajaran :
Pada akhir pelajaran murid dapat :
1. Menyoal dengan menggunakan kata tanya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan tepat.
2. Menyatakan fakta yang dikehendaki daripada teks dengan menggunakan ayat yang betul dan tepat.
3. Menulis sekurang-kurangnya dua ayat menggunakan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik.

Sistem Bahasa                    :           Kata Ganti Nama Diri Pertama

Pengisian Kurikulum 
Ilmu                                        :           Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Nilai                                        :           Kerajinan.
Kemahiran Generik            :           Kemahiran berfikir (mengelas,mengumpulkan, dan
mengkategorikan)
                                                            Belajar Cara Belajar (berbincang dan membaca)
Pendekatan Pembelajaran:         Berpusatkan murid, berpusatkan guru, dan Induktif
Strategi P & P                      :           Kolaboratif, dan Direktif
Kecerdasan Pelbagai        :           Verbal-Linguistik, Interpersonal dan Kinestetik.
Teknik                                   :           Perbincangan, soal jawab, sumbangsaran dan tunjuk
cara.
Bahan Bantu Mengajar     :
·         Komputer riba
·         Pembesar suara
·         Kad Perkataan
·         Kad ayat
·         Papan Putih
·         Muzik iringan (semasa aktiviti kumpulan)
·         Rakaman dialog

Perbendaharaan Kata                   :           saya, kami, dan kita.
Pengetahuan sedia ada               :           murid pernah terlibat dengan aktiviti sukan di
sekolah dan pernah melihat aktiviti sukan di
kaca televisyen.

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi
(5 minit)

Gambar Sukan Permainan
-       Bola Sepak
-       Bola Jaring
-       Hoki
-       Badminton

Soalan :
1.    Apakan yang murid-murid dapat lihat di dalam gambar ini?

2.    Apakah aktiviti sukan yang kamu gemari?

3.    Kenapakah kamu meminati sukan ini?

4.    Apakah kebaikan yang kita perolehi dengan bersukan?


1.    Guru melekatkan beberapa keping gambar pada papan putih.
2.    Guru bertanyakan kepada murid gambar yang mereka lihat.
3.    Murid diminta memberi pandangan mereka tentang sukan yang mereka gemari.
4.    Guru mencatat jawapan murid di papan putih.
5.    Guru mengulas hasil maklumat murid dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini.


BBM
Gambar Sukan Permainan
-       Bola Sepak
-       Bola Jaring
-       Hoki
-       Badminton

Kecerdasan Pelbagai :
- Verbal-Linguistik
- Interpersonal

Kemahiran Bernilai Tambah :
- Kontekstual

Nilai :
Kerajinan


Langkah 1
(15 Minit)



Dialog bertajuk “Kebaikan Bersukan”.
1.    Guru mengedar petikan dialog kepada murid-murid yang bertajuk “Kebaikan Bersukan”.
2.    Guru memperdengarkan kepada murid rakaman dialog bertajuk “Kebaikan Bersukan”.
3.    Murid diarah mendengar dengan teliti rakaman tersebut.
4.    Murid diarah melakonkan semula dialog yang diperdengarkan sebentar tadi secara berkumpulan.
5.    Guru memilih dua orang murid melakonkan semula dialog tersebut.
6.    Guru menilai dan membuat peneguhan hasil bacaan murid.



BBM :
- Dialog bertajuk “Kebaikan Bersukan”.
-Rakaman suara

Belajar Cara Belajar :
- Membaca

Teknik :
-Tunjuk cara (membaca)

Kecerdasan Pelbagai :
- Verbal-Linguistik
- Intrapersonal
- Kinestetik

Kemahiran Berfikir :
-Mentafsir

Nilai : Kerajinan


Langkah 2
(15 minit)

Isi Penting daripada Petikan

Baca petikan yang cikgu berikan dalam masa dua minit.

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4
1.    Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan.
2.    Guru memberikan sekeping papan putih mini  kepada setiap kumpulan.
3.    Murid diarah menulis isi yang sesuai  berdasarkan kehendak soalan yang diberikan oleh guru.
4.    Murid diarah menghantar  wakil bagi setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.
5.    Guru menilai dapatan dan sikap kerjasama setiap ahli kumpulan serta memberi peneguhan.
BBM :
- Papan Putih Mini
- Muzik iringan
- Lembaran Kerja

Pendekatan :
-Berpusatkan murid

Strategi :
-Kolaborasi

Teknik :
-Perbincangan
-Sumbangsaran

BCB:
-Berbincang

Kem.Berfikir :
-Menjana idea

Kecerdasan Pelbagai :
-Interpersonal
-Verbal-Linguistik
-Kinestetik

Nilai : Kerajinan


Langkah 3
(15 minit)

Tulisan Berangkai berdasarkan ayat daripada petikan dialog bertajuk “Kebaikan Bersukan.”
1.    Guru mengedarkan lembaran kerja tulisan berangkai  kepada murid-murid.
2.    Murid diarah membaca bersama-sama ayat yang terdapat dalam lembaran kerja yang diberi.
3.    Guru memberi contoh menulis tulisan berangkai dengan kemas dan cantik pada papan putih.
4.    Guru membimbing  murid-murid yang menghadapi masalah menulis tulisan berangkai.
5.    Murid diarah oleh guru untuk  menyimpulkan hasil kerja mereka.

BBM :
-Lembaran Kerja tulisan berangkai.

Pendekatan :
-Induktif
-Berpusatkan murid


Strategi :
Direktif

Nilai :
Kerajinan




Langkah 4
(7 minit)

Sistem Bahasa
-       Kata Ganti Nama Diri Pertama
1.    Guru memberi penerangan tentang maksud kata ganti nama diri pertama dan memberikan contoh yang sesuai.
2.    Guru memberikan beberapa soalan kuiz dan setiap kumpulan diminta memberikan jawapan.
3.    Murid diarah oleh guru menulis semula ayat yang menggunakan kata ganti nama diri pertama pada papan putih.
4.    Murid diarah menyimpulkan hasil yang mereka perolehi hari ini.

BBM :
-Kad Perkataan
-Papan putih mini

Kecerdasan Pelbagai :
-Verbal-linguistik


Penutup
(3 minit)

Rumusan isi pelajaran.

Penutup Kognitif
1.    Guru bertanyakan kepada murid apa yang mereka pelajari hari ini.
2.    Murid diarah merumuskan keseluruhan pembelajaran pada hari ini.

Kecerdasan Pelbagai :
Verbal-Linguistik


 Lampiran :

AKTIVITI 1 :           
Lakonkan watak-watak dalam dialog di bawah ini.

Tajuk : Kebaikan Bersukan

Dayanti             : Cikgu, boleh kami tahu, sukan apakah yang paling cikgu minati?
Cikgu Ayu         : Saya sangat meminati sukan bola jaring dan badminton.
Izza                   : Mengapa bola jaring dan badminton, cikgu?
Cikgu Ayu      : Entahlah, tetapi yang pastinya saya telah melibatkan diri dalam kedua- dua sukan ini sejak kecil. Saya bermain bola jaring seawal umur saya sembilan tahun. Badminton pula saya pelajari semasa umur saya lapan tahun. Pada umur saya sembilan tahun, saya dibelikan kasut sukan dan raket badminton oleh bapa saya.
Dayanti             : Saya rasa bapa cikgulah yang memainkan peranan dalam hal ini.
Cikgu Ayu         : Mungkin juga.
Izza                   : Sejauh manakah pencapaian cikgu dalam kedua-dua sukan ini?
Cikgu Ayu        : Dalam sukan bola jaring, saya bermain hingga peringkat daerah. Saya mewakili sekolah-sekolah daerah Tawau. Dalam sukan badminton, saya pernah bertanding hingga peringkat negeri.
Dayanti             : Wah, hebat rupa-rupanya cikgu kita ni, Izza!
Izza                   : Yalah!
Cikgu Ayu        : Tetapi semua itu berakhir selepas saya terlibat dalam kemalangan.   Waktu itu saya baru berusia dua puluh tahun. Kini, saya hanya dapat menjadi penonton seperti yang kamu lihat sekarang.
Izza                   : Kami bersimpati dengan kejadian yang menimpa cikgu.
Cikgu Ayu         : Oh, terima kasih!
Dayanti             : Pada pendapat cikgulah, selain membantu menyihatkan badan, apakah kebaikan bersukan?
Cikgu Ayu         : Banyak. Sukan dapat membentuk peribadi seseorang. Saya ambil sukan bola jaring sebagai contoh. Dalam satu pasukan bola jaring, ada tujuh orang pemain. Semua pemain mempunyai satu azam dan matlamat, iaitu untuk menang. Untuk menang pula, setiap pemain perlulah patuh pada strategi yang dirancang oleh jurulatih. Semuanya mesti bekerjasama dan bersatu. Dalam permainan badminton pula , pemain perlu pantas berfikir, bergerak, dan bertindak.
Dayanti             : Baru saya jelas tentang kebaikan bersukan ini, cikgu.
Izza                   : Ya, saya pun begitu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan