Khamis, 21 April 2011

Program "I LOVE MY SCHOOL" Tahun 2011

Program "I LOVE MY SCHOOL" merupakan program yang dianjurkan di bawah Unit HEM Sk Terusan. Program yang melibatkan penyertaan guru dan ibu bapa ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan sekolah dalam kalangan murid-murid sekolah SK Terusan. Sepanjang program ini berlangsung beberapa aktiviti telah diadakan. Antara aktiviti yang diadakan ialah gotong-royong membersihkan kawasan sekolah serta mencantikkan kelas masing-masing. Selain itu, guru-guru dan murid-murid juga bekerjasama menyemai dan menanam pokok bunga untuk tujuan mencantikkan kawasan sekolah.


Sepangjang kami bergotong-royong menyedikan plastik untuk semaian pokok bunga saya merasa seronok melihat telatah murid yang sangat bersemangat membuat kerja. 


Inilah hasil plastik semaian yang telah kami bersama-sama sediakan. Selepas aktiviti bergotong-royong, kami beralih pula membersihkan kelas masing-masing. Oleh kerana saya guru kelas Tahun 5 saya bersama-sama murid-murid tahun 5 menyambung tugas membersihkan dan mencantikkan kelas kami.



Sabtu, 9 April 2011

Kursus Kepimpinan dan Sahsiah Pemimpin Muda Tahun 2011










RASIONAL
Pemimpin muda sekolah merupakan murid-murid terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum murid-murid ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah.
Pemimpin muda ini juga adalah murid-murid yang memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.
Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka.
Para pemimpin muda ini juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh pelajar itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka. Maka atas dasar dan tujuan tersebut kursus Kepimpinan Pemimpin Muda ini sangat sesuai dilaksanakan.
Kursus ini akan mengutamakan “Pusatan Pelajar”, selain daripada ceramah, murid juga akan terlibat dalam aktiviti taaruf, bengkel dan sidang pleno (Sesi Pembentangan ) serta penilaian.
Aktiviti taaruf, bengkel dan sidang pleno merupakan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang melibatkan pengawas ( peserta ) secara aktif atau disebutkan sebagai " Pusatan Pelajar ". Kaedah ini dipercayai mampu menjana dan menghasilkan pelajar yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif.


OBJEKTIF
Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para pemimpin muda dapat :
  1. Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin muda di sekolah dan mengenali kawan-kawan.
  2. Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
  3. Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.
  4. Mewujudkan kumpulan pemimpin muda yang bekerja di dalam satu pasukan.
  5. Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
  6. Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
  7. Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah.
  8. Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.
Kursus Kepimpinan dan Sahsiah
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, dan AJK Tertinggi Kokurikulum.
Tahun 2012

7.00                            Pendaftaran Peserta
7.10                            Ketibaan Guru Besar, guru-guru, dan peserta kursus.
                                    Bacaan Doa
                                     ENCIK ASKAWADAR HINDUSTAN
7.30                            Ucapan dan Perasmian Kursus
                                    Oleh ENCIK ABDUL RAHMAN SULIMAN
                                    Penolong Kanan Kurikulum SK Terusan
7.50                            Nyanyian Lagu Tema Kursus “Semangat yang Hilang”
8.00 – 9.00                Ceramah 1
                                    Oleh ENCIK AMIL HASLI BIN AMILASAN
9.10 – 10.10              Ceramah 2
                                    Oleh PUAN JURAIRAH BINTI AMMAPEASE
10.10 – 10.30            Kudapan
10.30 – 12.00            Bengkel
                                    Oleh ENCIK ASKAWADAR BIN HINDUSTAN
12.00                          Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Muda
12.30                          Majlis dijangka berakhir
                                    Jamuan

Lagu Tema Program Kepimpinan dan Sahsiah Pemimpin Muda
Tajuk : Semangat Yang Hilang


Tidak engkau seorang juang hingga titisan                                                             Lumpuh tak berharapan                                                                                                    Nanti aku di sana diufuk pemikiran                                                                                 Lalu menghayatinya
Di dalam kubur manapun jasad aku ditanam                                                                  Aku, akulah jua                                                                                                                           Kita laksanakan mata hati yang damai                                                                              Di sana kejujuran
c/o
Semarak impian segunung harap dipulang                                                                         Usah diragukan keupayaan diri / sendiri                                                                                    Hati yang membara mengikutkan  apa / kata –kata                                                      Jawapannya di sini semangat kita hilang                                                                      Semangat yang hilang                                                                                                                  Kita cari pulang
Ulang c/o
Malu bertanya kawan                                                                                                                     Sesat cari jalan pulang                                                                                                                    Biar ia berpesan                                                                                                                         Dilubuk hati terbenam.


Untuk melihat gambar-gambar sepanjang program ini, boleh lawati FB Kokurikulum SK Terusan

Catatan :
           Program yang pertama saya jalankan untuk Unit Kokurikulum pada tahun 2011 ini. Tahun ini merupakan tahun pertama saya diberi tanggungjawab sebagai setiausaha kokurikulum SK Terusan. Sebagai seorang gru baru di sekolah ini saya pada mulanya tidak yakin dapat menjalankan tugas yang diberi ini. Hal ini kerana saya langsung tiada pengalaman untuk menjalankan tugas ini. Namun, Penolong Kanan Kokurikulu, Puan Jurairah Hj. Amappease memberikan saya semangat untuk menjalankan tanggungjawab ini. Sepanjang saja menjawat jawatan ini, beliau tidak pernah putus-putus memberi sokongan dan tunjuk ajar. Saya bersyukur mendapat pentadbir yang tidak pernah kedekut ilmu dan sentiasa memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki kelemahan saya.
          Program Kepimpinan dan Sahsiah Pemimpin Muda ini tercetus apabila saya terfikir untuk memberi pendedahan kepada murid-murid di sekolah ini terutama bagi murid yang diberi tanggungjawab sebagai pemimpin. Murid-murid ini perlu diberi pendedahan tugas sepetutnya yang mereka jalankan sebagai pemimpin kecil di sekolah. Mereka seharusnya menjadi contoh kepada murid yang lain. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar. Terima kasih buat semua guru dan murid yang terlibat menjayakan program ini. Jasa kalian tidak akan saya lupakan. Semoga kita dapat menjalankan program ini pada masa akan datang.