RASIONAL
Pemimpin muda sekolah merupakan
murid-murid terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah,
terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum murid-murid
ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah.
Pemimpin muda ini juga
adalah murid-murid yang memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh
dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan
dan panduan.
Untuk mencapai ke tahap
keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan pihak guru atau
pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka.
Para pemimpin muda ini
juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario
seluruh pelajar itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu
cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka. Maka atas dasar
dan tujuan tersebut kursus Kepimpinan Pemimpin Muda ini sangat sesuai
dilaksanakan.
Kursus ini akan
mengutamakan “Pusatan Pelajar”, selain daripada ceramah, murid juga akan
terlibat dalam aktiviti taaruf, bengkel dan sidang pleno (Sesi Pembentangan )
serta penilaian.
Aktiviti taaruf, bengkel
dan sidang pleno merupakan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang melibatkan
pengawas ( peserta ) secara aktif atau disebutkan sebagai " Pusatan
Pelajar ". Kaedah ini dipercayai mampu menjana dan menghasilkan pelajar
yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif.
OBJEKTIF
Setelah berakhirnya kursus
ini, diharapkan para pemimpin muda dapat :
- Mengenal diri sendiri
sebagai seorang pemimpin muda di sekolah dan mengenali kawan-kawan.
- Memanfaatkan
persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
- Memahami dan mampu
mengendalikan perbincangan secara yang betul.
- Mewujudkan kumpulan
pemimpin muda yang bekerja di dalam satu pasukan.
- Meyakinkan diri
sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
- Memahami tugas yang
diamanahkan dan bertindak secara bijak.
- Mengetahui bahawa
tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah.
- Menyedari bahawa
mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.
Kursus Kepimpinan dan Sahsiah
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas, Penolong
Ketua Kelas, dan AJK Tertinggi Kokurikulum.
Tahun 2012
7.00 Pendaftaran
Peserta
7.10 Ketibaan
Guru Besar, guru-guru, dan peserta kursus.
Bacaan Doa
ENCIK
ASKAWADAR HINDUSTAN
7.30 Ucapan
dan Perasmian Kursus
Oleh
ENCIK ABDUL RAHMAN SULIMAN
Penolong
Kanan Kurikulum SK Terusan
7.50 Nyanyian
Lagu Tema Kursus “Semangat yang Hilang”
8.00 – 9.00 Ceramah 1
Oleh ENCIK AMIL HASLI BIN AMILASAN
9.10 – 10.10 Ceramah 2
Oleh PUAN JURAIRAH BINTI AMMAPEASE
10.10 – 10.30 Kudapan
10.30 – 12.00 Bengkel
Oleh ENCIK ASKAWADAR BIN HINDUSTAN
12.00 Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Muda
12.30 Majlis dijangka berakhir
Jamuan
Lagu Tema Program Kepimpinan dan Sahsiah Pemimpin Muda
Tajuk : Semangat Yang Hilang
Lagu Tema Program Kepimpinan dan Sahsiah Pemimpin Muda
Tajuk : Semangat Yang Hilang
Tidak engkau seorang juang hingga titisan
Lumpuh tak berharapan
Nanti aku di sana diufuk pemikiran Lalu
menghayatinya
Di dalam kubur manapun jasad aku ditanam Aku, akulah jua Kita
laksanakan mata hati yang damai
Di
sana kejujuran
c/o
Semarak impian segunung harap dipulang
Usah
diragukan keupayaan diri / sendiri
Hati
yang membara mengikutkan apa / kata –kata
Jawapannya di sini semangat kita hilang
Semangat yang hilang
Kita cari pulang
Ulang c/o
Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berpesan
Dilubuk hati terbenam.
Untuk melihat gambar-gambar sepanjang program ini, boleh lawati FB Kokurikulum SK Terusan
Catatan :
Program yang pertama saya jalankan untuk Unit Kokurikulum pada tahun 2011 ini. Tahun ini merupakan tahun pertama saya diberi tanggungjawab sebagai setiausaha kokurikulum SK Terusan. Sebagai seorang gru baru di sekolah ini saya pada mulanya tidak yakin dapat menjalankan tugas yang diberi ini. Hal ini kerana saya langsung tiada pengalaman untuk menjalankan tugas ini. Namun, Penolong Kanan Kokurikulu, Puan Jurairah Hj. Amappease memberikan saya semangat untuk menjalankan tanggungjawab ini. Sepanjang saja menjawat jawatan ini, beliau tidak pernah putus-putus memberi sokongan dan tunjuk ajar. Saya bersyukur mendapat pentadbir yang tidak pernah kedekut ilmu dan sentiasa memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki kelemahan saya.
Program Kepimpinan dan Sahsiah Pemimpin Muda ini tercetus apabila saya terfikir untuk memberi pendedahan kepada murid-murid di sekolah ini terutama bagi murid yang diberi tanggungjawab sebagai pemimpin. Murid-murid ini perlu diberi pendedahan tugas sepetutnya yang mereka jalankan sebagai pemimpin kecil di sekolah. Mereka seharusnya menjadi contoh kepada murid yang lain. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar. Terima kasih buat semua guru dan murid yang terlibat menjayakan program ini. Jasa kalian tidak akan saya lupakan. Semoga kita dapat menjalankan program ini pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan