Khamis, 8 Ogos 2013

ISTIQAMAH IKUT SUNNAH HARIAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Sunnah Harian Nabi Muhammad S.A.W

  1. Solat sunat tahajud sepertiga akhir malam setiap malam kerana kemuliaan seorang mukmin itu terletak pada tahajjudnya.
  2. Solat sunat witir setiap malam sebelum fajar subuh kerana Allah itu ganjil dan menyukai yang ganjil.
  3. Membaca al-quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-quran terlebih dahulu dengan pemahaman.
  4. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid kerana masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
  5. Jaga solat sunat dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Perlu diingat, jangan sekali-kali berniat solat dhuha kerana hanya untuk memudahkan rezeki tetapi berniatlah kerana Allah. In shaa Allah rezeki akan datang.
  6. Solat di awal waktu kerana inilah amalan Nabi Muhammad S.A.W.
  7. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Sedekah banyak bentuk, tidak semestinya wang ringgit sahaja, kata-kata yang baik pub adalah sedekah, membantu orang dalam kesusahan pun adalah sedekah dan macam-macam lagi.
  8. Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib "Orang yang sentiasa berwudhu sentiasa merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa iaitu ampuni dosanya dan sayangi dia Allah.
  9. Amalkan istifhfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
  10. Berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W setiap waktu kerana Allah dan malaikatNya pun berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Di akhirat nanti tiada siapa yang boleh menolong kita melainkan dengan syafaat Nabi Muhammad S.A.W dengan izin Allah.

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta perihalah kami daripada seksaan api neraka."
(Al-Baqarah : 201)

Amin...


1 ulasan: