Selasa, 1 Oktober 2013

Nikmat Wudhu.

NIKMAT
 WUDHU

- KETIKA BERKUMUR.. berniatlah dengan..
“Ya Allah..... Ampunilah dosa mulut dan lidahku.”- Hal ini kerana kita sehari hari kadang membicarakan benda-benda yang tak bermanfaat/berfaedah..


- KETIKA MEMBASUH MUKA..berniatlah dengan..
“Ya Allah..... Putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini.”
- Hal ini kerana Ahli SYURGA mukanya putih berseri-seri...

- KETIKA MEMBASUH TANGAN KANAN..berniatlah dengan..
“Ya Allah..... Berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”- Hal ini kerana Ahli SYURGA diberikan hisab hisabnya di tangan kanan.

- KETIKA MEMBASUH TANGAN KIRI..berniatlah dengan.
“Ya Allah.... Janganlah Kau berikan hisab- hisab di tangan kiri ku ini”
- Hal ini kerana Ahli NERAKA diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

- KETIKA MEMBASUH RAMBUT/KEPALA.. berniatlah dengan..
“Ya Allah..lindunganlah aku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu.”- Hal ini kerana Panas di Padang Masyar seperti matahari sejengkal di atas kepala kita..

- KETIKA MEMBASUH TELINGA..berniatlah dengan..
“Ya Allah..ampunilah dosa telinga ku ini.”
- Hal ini kerana terkadang kita mendengar kata kata yang buruk..orang mengumpat..memfitnah dan lain-lain.

- KETIKA MEMBASUH KAKI KANAN..berniatlah dengan..
“Ya Allah.... Permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'”
- Hal ini kerana Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

- KETIKA MEMBASUH KAKI KIRI..berniatlah dengan..
“Ya Allah.... jauhkan aku dari mendekati tempat- tempat maksiat.”
- Hal ini kerana Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
banyak di antara kita yang tidak sadar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah tersendiri.

Dalil untuk kita berwudhu'...:

"Hai orang-orang yg beriman..apabila kamu akan mendirikan shalat..maka basuhlah muka mu dan tangan-tangan mu hingga siku-siku mu..
dan sapulah kepala mu serta (basuhlah) kaki- kaki mu hingga ke dua mata kaki..."  (Al Maaidah, ayat 6)


Sabda Rasulullah SAW :
Barangsiapa yang berwudhuk dgn baik kemudian menghadapkan pandangannya ke langit sambil berdoa. Maka 8 pintu SYURGA dibukakn untuknya dan dia dapat memasukinya dari pintu manapun yang dia mahu.

SEMOGA BERMANFAAT.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan