Isnin, 30 September 2013

Sunnah dan Amalan Harian.

Sunnah & Amalan Harian
Nabi Muhammad SAW yang sepatutnya kita ikuti supaya Nabi SAW mengaku kita sebagai umatnya, adalah:

1. Solat sunat tahajjud sepertiga akhir malam setiap malam kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Solat sunat witir setiap malam sebelum fajar subuh kerana Allah itu ganjil dan menyukai yang ganjil.

3. Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

4. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

5. Jaga solat sunat Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha. Perlu diingat, jangan sekali-kali berniat solat dhuha kerana hanya untuk memudahkan rezeki tetapi berniatlah kerana Allah, insya Allah rezeki akan datang tanpa diminta.

6. Solat di awal waktu kerana inilah amalan Nabi SAW.

7. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Sedekah banyak bentuk, tidak semestinya wang ringgit sahaja, kata-kata yang baik pun adalah sedekah, membantu orang dalam kesusahan pun adalah sedekah, dan macam-macam lagi.

8. Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah.”

9. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

10. Bersolawat kepada Nabi SAW setiap waktu (jika mampu) kerana Allah dan malaikatNya pun bersolawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Di akhirat nanti tiada siapa yang boleh menolong kita melainkan dengan syafaat nabi Muhammad SAW dengan izin Allah. Jika kita melupakan baginda di dunia ini, bagaimana mungkin baginda mengenal kita di padang mahsyar nanti?
Semoga kita diberi kekuatan untuk mengamalkannya….
insyaallah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan