Isnin, 19 Oktober 2015

Golongan Kata Bahasa Melayu

1.0           GOLONGAN KATA
1.1.     Pengenalan
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata:
i.               Kata Nama
ii.              Kata Kerja
iii.            Kata Adjektif / Sifat
iv.            Kata Tugas
Za’ba mengelaskan golongan kata bahasa Melayu kepada lima bahagian, manakala Tatabahasa Dewan edisi ketiga membahagikan golongan kata kepada empat iaitu:
Pelita Bahasa Penggal I
Tatabahasa Dewan
i)               Kata nama
ii)             Kata perbuatan
iii)            Kata sifat
iv)            Kata sendi
v)             Kata seruan
i)               Kata nama
ii)             Kata kerja
iii)            Kata adjektif
iv)            Kata tugasan
Jadual 1.1: Golongan Kata

1.2.     Golongan Kata Pelita Bahasa Melayu Penggal I
Berdasarkan buku Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Za’ba menerangkan pengolongan kata berdasarkan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh dikumpulkan dalam lima jenis:
i)      Nama               : segala perkataan menyebut benda atau orang, seperti budak,
  burong, kaki, tahun, bulan, saya dan dia.
ii)    Perbuatan        : segala perkataan menyebut perbuatan yang dikerjakan atau keadaan
  yang diadakan, seperti ambil, beri, dudok, pergi, mahu dan ada.
iii)   Sifat                 : segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sifat sesuatu
nama atau perbuatan atau lainnya, seperti besar, bodoh, pandai,         segera, selalu
iv)   Sendi               : perkataan yang menyambungkan antara perkataan dengan perkataan
atau antara bahagian-bahagian cakap, seperti dengan, oleh, akan, dan,  atau, tetapi, jika
v)    Seruan             : perkataan-perkataan yang semata-mata gunanya bagi mengeluarkan
perasaan hati ketika memanggil, terperanjat, hairan, mengejek, sakit,  hiba, marah dan sebagainya, seperti oh, wah dan cheh.
Dalam lima jenis ini nama dan perbuatan itulah yang terlebih penting dan mustahak sekali, tiada dapat kita bercakap jika tiada perkataan-perkataan nama dan perbuatan, kerana tiada dapat menyebut apa hendak dicakapkan.
1.2.1.     Perkataan Nama dan Gantinya
Jika kita menyebut sesuatu benda terpaksalah memakai perkataan nama kerana nama benda itu. Jika tidak ada nama itu, maka kita tidak tahu untuk menyebutnya. Contohnya:
1.     Kitab ini di-chapkan di-Singapura.
2.     Sungai Bernam jadi sempadan antara Selangor dengan Perak.
Bagi ayat pertama, terdapat dua perkataan nama iaitu kitab dan Singapura. Untuk ayat yang kedua pula ada lima, iaitu sungai Bernam, sempadan Selangor, Perak.
Sekalian perkataan yang dimisalkan itu “nama” kerana ia digunakan bagi menyebut benda seperti orang, rumah, kerbau, tanah, arang, telur, sarang, pisau, parang, kampong, negeri, tempat dan sebagainya. Walau bagaimanapun, “nama” itu tidaklah disebut pada semua tempat. Malah, tentangnya wajib diganti dengan perkataan lain yang dinamakan “ganti nama”. Misalnya:
Saya baru datang dari sana pagi tadi.
Maka ada dua ganti di situ, iaitu saya yang menggantikan nama diri orang yang bercakap dan sana bagi mengganti nama tempat yang telah diketahui atau telah disebut dahulu. Contoh lain:
Kalau engkau berjumpa dia katakan aku ada menanti di rumahnya.
Maka engkau itu mengganti nama orang yang dilawan bercakap: dia mengganti nama orang yang dicakapkan: aku mengganti nama orang yang bercakap: -nya mengganti nama orang yang dicakapkan itu juga.
Dalam pada itu perkataan ganti nama ini yang sebenarnya ialah nama juga, kerana sama gunanya dan kerjanya dengan perbuatan: jika tidak demikian tentulah tiada boleh ia menggantikan nama. Contoh ganti nama yang lain:
1.     Kita, kami, hamba, patik, teman, beta
2.     Kamu, tuanku, mika, awak
3.     Ia, mereka
4.     Sini, situ
5.     Apa, siapa, anu, si-anu, mana
6.     Ini, itu, ia-itu, yang
Semua ganti nama hendaklah ada tempat kembalinya atau nama yang digantikannya telah tersebut dahulu atau telah sedia diketahui, sekadar hendak disebut sahaja. Kecuali apa, siapa, mana, anu, si anu, kerana ia menggantikan nama yang tiada diketahui.

1.3.  Golongan Kata Tatabahasa Dewan
1.3.1.     Kata Nama
Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur  dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep. Za’ba (1965) memberikan definisi nama sebagai semua perkataan yng menyebut benda atau orang dan sebagainya. Golongan kata nama dapat dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya, iaitu:
1.     Kata nama khas
2.     Kata nama am
3.     Kata ganti nama

1.3.1.1.         Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya (Nik safiah Karim et al: 2011:85). Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
1.3.1.2.         Kata Nama Khas
Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.
Kata Nama Am
Manusia
Binatang
Tempat
Murid
Burung
Pasar
Pekebun
Kucing
Padang
Kata Nama Khas
Kata nama khas hidup manusia
Kata nama khas hidup bukan manusia
Kata nama khas tak hidup
Ravi
Vanda Diana
Sabah
Mimi
Si Belang
Pulau Pinang
Zaiton
Sang Kancil
Gunung Tahan
Jadual 1.2: Kata nama am dan kata nama khas

1.3.1.3.         Kata Ganti Nama
Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri.

1.3.1.3.1.              Kata ganti nama diri
Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri dan ganti nama diri tanya. Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang menunjukkan orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda dan orang.


1.3.1.3.2.              Kata ganti nama tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 2011:87). Kata ganti nama yang menunjuk pada perkara atau benda disebut kata nama tunjuk umum, manakala yang menunjuk pada tempat, disebut kata nama tunjuk tempat. Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan pada yang jauh. Kata ganti nama tunjuk tempat pula terdiri daripada sini yang menunjukkan pada arah dekat, situ yang menunjukkan pada arah jauh dan sana pada arah jauh.

Kata Ganti Nama Diri Pertama
Penggunaan
Contoh Ayat
Aku
Merujuk kepada diri sendiri
Aku hendak pergi ke pasar malam.
Beta
Digunakan oleh kerabat diraja
Beta berharap negara bertambah maju dan makmur.
Hamba
Merujuk kepada diri sendiri
“Hamba mohon ampun daripada baginda,” kata Tun Perak.
Kita
Merujuk diri sendiri dan diri orang kedua
“Kita akan berkelah di Pantai Cahaya Bulan,” kata Ahmad kepada Azri
Kami
Merujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua
“Kami diminta membersihkan surau,” kata Sufian dan Kamal kepada Zaidi.
Saya
Merujuk diri sendiri
Saya dilantik menjadi pengawas dalam kelas 6 Gemilang.
Jadual 1.3: Kata Ganti Nama Diri Pertama

Kata Ganti Nama Diri Kedua
Penggunaan
Contoh Ayat
Anda
Merujuk diri orang kedua
Anda dikehendaki beratur ketika menaiki bas.
Awak
Merujuk diri orang kedua
Awak disuruh membeli ikan.
Engkau
Merujuk diri orang kedua
Engkau hendak pergi ke kedai buku?
Kamu
Merujuk diri orang kedua
Kamu mesti menyiapkan tugasan kumpulan.
Jadual 1.4: Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Penggunaan
Contoh Ayat
Beliau
Digunakan untuk merujuk orang yang dihormati
Beliau bertugas sebagai guru.
Baginda
Digunakan untuk kerabat diraja
Baginda telah merasmikan majlis tilawah al-quran.
Dia
Digunakan untuk diri orang ketiga
Dia telah menebang pokok durian.
Mereka
Bilangan orang lebih daripada seorang
Mereka bermain bola sepak di padang sekolah
Jadual 1.5: Kata Ganti Nama Diri Ketiga
1.3.2.     Kata Kerja
Kata kerja menyatakan perbuatan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi, kata kerja boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama seperti di bawah.
1.3.2.1.         Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengambil satu objek di belakangnya. Kata kerja transitif yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek (Nik safiah Karim et.al 2011:89). Contohnya:
1.     Ibu membeli sayur.
2.     Zaidi memukul ayam.
Subjek
Kata Kerja Transitif
Objek
1.     Ibu
membeli
Sayur
2.     Zaidi
memukul
Ayam
Jadual 1.6: Kata Kerja Transitif
1.3.2.2.         Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Kata  kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan berpelengkap. Contohnya:
1.     Rahman memanjat (kata kerja tak transitif) pokok rambutan.
2.     Abang Samran bermain (kata kerja tak transitif) guli.

1.3.2.2.1.              Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
Subjek
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Pelengkap
1.     Saya
berenang
di Sungai Bernam.
2.     Lina
tinggal
di Kuching.
Jadual 1.7: Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata Kerja Tak transitif Berpelengkap bertujuan melengkapkan maksud ayat. Contohnya:
Murid-murid itu makan [nasi kerabu] –pelengkap
1.3.2.2.2.              Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Contohnya:
Pemuda itu tersenyum.
Subjek
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Keterangan
1.     Pemuda
itu
tersenyum
2.     Semua
orang
Pulang
Jadual 1.8: Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
1.3.3.     Kata Adjektif
Kata adjektif menerangkan sifat atau keadaan bagi suatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif  ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Contoh kata penguat, amat, terlalu, sangat, paling (Nik Safiah Karim et.al. 1997:213). Kata adjektif boleh dibahagikan kepada 9 jenis:

Kata Adjektif
Maksud
Contoh perkataan
Contoh ayat
Sifat/Keadaan
Menerangkan sifat atau keadaan
Baik, jahat, cerdik, takut
Pengawal keselamatan itu sungguh berani.
Warna
Menerangkan warna
Merah, putih,
kuning,kelabu
Tubuhnya diselimuti kain putih.
Ukuran
Menerangkan ukuran
Panjang, tinggi, tebal, renek
Di Gunung Kinabalu banyak pokok renek.
Bentuk
Menerangkan bentuk atau rupa
Bulat, leper, lonjong, lekuk
Bola ragbi berbentuk lonjong.
Waktu
Menerangkan masa
Lama, segera, lewat, lampau
Kanak-kanak suka makan makanan segera.
Jarak
Menerangkan konsep ruang antara dua benda atau keadaan
Jauh, dekat, hampir, nyaris
Rumahnya paling hampir dengan sekolah.
Cara
Menerangkan keadaan kelakuan atau ragam
Cepat, deras, selalu, sering
Pengaliran air sungai itu deras.
Perasaan
Menerangkan konsep perasaan
Pemalu, rindu,segan, gembira
Gadis itu terlalu segan untuk bertanya.
Pancaindera
Menerangkan konsep rasa, pandang, dengar, baud an sentuh
Sedap, manis, tawar, payau
Air perigi di rumah saya sangat payau.
Jadual 1.9: Jenis-jenis Kata Adjektif




1.3.4.     Kata Tugas
Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat 17 kata tugas yang dibahagikan kepada empat, iaitu:
1.3.4.1.         Kata Penyambung Ayat
1.     Kata hubung gabungan: dan, atau, tetapi, serta
2.     Kata hubung pancangan
a)     Kata hubung pancangan relatif: yang
b)    Kata hubung pancangan komplemen: bahawa, untuk
c)     Kata hubung pancangan keterangan: kerana, sekiranya, kalau, hingga

1.3.4.2.         Kata Praklausa
1.     Kata Seru: aduh, cis, celaka
2.     Kata Tanya: berapa, bila, kenapa
3.     Kata Perintah: Jangan, usah, minta, tolong
4.     Kata Pembenar: ya, benar
5.     Kata pangkal ayat: hatta, maka, adapun, sebermula

1.3.4.3.         Kata Prafrasa
1.     Kata bantu
a)     Kata bantu aspek: telah, sudah,sedang, pernah
b)    Kata bantu ragam: hendak, mahu, mesti
2.     Kata penguat
a)     Kata penguat hadapan: terlalu, paling, agak
b)    Kata penguat belakang: sekali, benar, nian
c)     Kata penguat bebas: amat, sungguh, sangat
3.     Kata penegas: -kah, -tah, -lah, juga, jua, pun
4.     Kata naïf: bukan, tidak
5.     Kata pemeri: ialah, adalah
6.     Kata sendi nama: di, ke, dari, daripada, umpama, oleh, akan
7.     Kata arah: atas, antara, bawah, tepi, sudut, utara, timur
8.     Kata bilangan: dua, segala, semua, masing-masing, tiap-tiap

1.3.4.4.         Kata Pascakata
1.     Kata adverb: begini, selalu, diam-diam
2.     Kata penekan: sesungguhnya, nampaknya,bahawasanya
3.     Kata pembenda: lajunya, sakitnya,lantangnya, datangnya

1.4.     Perbandingan Golongan Kata
Golongan Kata
Pelita Bahasa Melayu Penggal I
Tatabahasa Dewan
Kata Nama
     i.     Kata nama betul
·  Kata nama am / nika
·  Kata nama khas
   ii.     Kata ganti nama
·  Ganti Nama Diri
·  Ganti Nama Umum
·  Ganti Nama Pertanyaan
·  KGN Penunjok
·  KGN Sendi
        i.     Kata nama am
       ii.     Kata nama khas
     iii.     Kata ganti nama
·  KGN Diri Pertama
·  KGN Diri Kedua
·  KGN Diri Ketiga
·  KGN Tunjuk

Kata Kerja
     i.     Perbuatan melampau (ada penyambut)
   ii.     Perbuatan tiada melampau (tiada penyambut
        i.     Kata kerja transitif
       ii.     Kata kerja tak transitif
Kata Adjektif
      i.   Sifat nama
· Sifat jati
· Banyak
· Penunjok
· Pencherai
  ii.  Sifat kata
·  Chara atau gaya
·  Masa
·  Tempat
·  Sebab atau tujuan
·  Darjah atau kadar
·  Penentu
        i.     Sifatan
       ii.     Warna
     iii.     Ukuran
     iv.     Bentuk
       v.     Waktu
  vi.   Cara
vii.   Perasaan
viii.   Jarak
  ix.   Pancaindera
Kata Tugas
     i.     Sendi nama
   ii.     Sendi kata
·  Penambah
·  Penambat
        i.     Kata hubung
       ii.     Kata seru
     iii.     Kata tanya
     iv.     Kata perintah
       v.     Kata pangkal ayat
     vi.     Kata bantu
    vii.     Kata penguat
  viii.     Kata penegas
      ix.     Kata naif
    x.   Kata pemeri
  xi.   Kata sendi nama
 xii.   Kata pembenar
xiii.   Kata bilangan
xiv.   Kata arah
 xv.   Kata adverba
xvi.   Kata pembenda
xvii.   Kata penekan
Kata Seruan
Seolah-olah perkataan menumpang sahaja.


Jadual 1.10: Perbandingan Golongan Kata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan