Rabu, 2 Januari 2013

Selamat Kembali Ke Sekolah

2 Januari 2012 :
Hari pertama persekolahan tahun ini sangat bermakna buat saya. Hal ini kerana, hari ini merupakan hari lahir saya yang ke 29. Tahun ini merupakan tahun ke 2 saya bertugas di SK Terusan, Lahad Datu. Syukur ke hadrat Allah s.w.t, saya dapat meneruskan lagi amanah Allah untuk menjadi seorang pendidik. In shaa Allah saya akan menjalankan tugas ini dengan bersungguh-sungguh dan menghasilkan kerja yang terbaik. 
Hari pertama persekolahan kali ini memberi saya semangat yang kuat untuk bekerja. Saya diberi tanggungjawab menjadi guru kelas tahun 1 Standard. Buat pertama kalinya saya diberi amanah sebegini. Saya telah diberitahu lebih awal bahawa saya telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas ini. oleh sebab itu, saya telah menyediakan beberapa perkara-perkara penting untuk memastikan tugas ini dapat saya jalankan dengan baik. In shaa Allah. 

"Tiada kerja HALAL yang SIA-SIA"

Saya sentiasa berpegang dengan motto hidup saya ini. Saya akan kembali bersemangat untuk bekerja apabila saya teringat kembali motto saya. Setiap pekerjaan mesti ada halangan dan dugaan yang akan dihadapi. Namun, semua itu bukan penghalang untuk saya, berusaha dan terus berusaha menjalankan tugas saya. 

Pada tahun 2013 ini saya telah diberi beberapa tugas. Antara tugas dan jawatan yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya adalah seperti berikut :
  1. Guru Kelas Tahun 1
  2. Guru Mata Pelajaran (Bahasa Malaysia, Matematik, Pendidikan Jasmani, dan Pendidikan Kesihatan Tahun 1)
  3. Ketua Panitia Matematik
  4. Setiausaha Kokurikulum
  5. Guru Bimbingan dan Kaunseling
  6. Setiausaha Matematik Daerah Lahad Datu
  7. Guru Penasihat Kelab Bola Sepak. Persatuan TKRS, dan Kelab Rukun Negara
  8. Guru Jadual Waktu

Walaupun tugas-tugas ini hanya sedikit banding tugas guru-guru lain, namun saya bersyukur saya diberi tugas ini kerana pentadbir sekolah masih memberi kepercayaan kepada saya untuk memikul tanggungjawab ini. Saya gembira diberi tugas-tugas ini kerana saya berpeluang untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang pendidikan ini. 


Niat Sebelum Memulakan Hari Pertama Persekolahan :
Sahaja aku bekerja pada hari ini dan hari seterusnya kerana ALLAh Taala.
Amin.

Sabtu, 19 Mei 2012

Program Bina Diri Tahun 2012





18 - 19 MEI 2012 :
Kecemerlangan dalam segala aspek adalah amat penting dalam kehidupan kini. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, pelajar perlu menimba pengalaman secara teori dan praktikal, terancang dan berterusan demi mencapai kejayaan. Para pelajar tahun 6 dan tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR perlu dibimbing dan dibekalkan dengan teknik dan pembelajaran berkesan bagi mencapai kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)  kelak.
            Oleh itu, Program Bina Diri sempena Program Kecemerlangan  UPSR yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling  ini adalah merupakan program motivasi  yang dijalankan untuk murid  tahun 5 dan tahun 6 bagi mempersiapkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Terusan untuk menghadapi UPSR. Program ini dijalankan berikutan beberapa program persediaan UPSR yang telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid. Program ini juga merupakan salah satu program untuk memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.

OBJEKTIF
a)    Membantu murid dalam mengatasi masalah kelemahan penguasaan mata pelajaran teras.
b)    Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR.
c)    Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
d)    Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
e)    Membina sikap positif, membentuk jati diri dan disiplin dalam diri peserta.
f)     Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.

CATATAN : 
Program Bina Diri ini merupakan programuntuk mendedahkan kepada murid tentang teknik menjawab soalan peperiksaan. Program ini saya jalankan selama dua hari dan telah menjemut empat orang penceramah iaitu :

BAHASA MELAYU – PUAN ZURAIDAH ABDILLAH (SK Lahad Datu II)
BAHASA INGGERIS – CIK PAMELA GRACE ITIN (SK Terusan)
MATEMATIK – ENCIK AMRULLAH BIN SABIR ( SK Lahad Datu II)
SAINS – PUAN SAIDAWATI BINTI NORDIN (SK Pekan)

Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar. Menurut murid tahun 6 yang mengikuti program ini, mereka berasa seronok dengan ceramah yang diberikan oleh para penceramah. Mereka jelas tentang teknik menjawab yang disampaikan oleh penceramah. Terima kasih buat semua penceramah yang hadir memberikan ceramah. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kalian. Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat buat murid-murid dan guru-guru tahun 6.



Khamis, 17 Mei 2012

Selasa, 24 April 2012

Program Motivasi Insan Cemerlang (PROVIC) Tahun 2012




24 APRIL 2012 :
Program Motivasi Insan Cemerlang sempena Program Kecemerlangan  UPSR ini adalah merupakan program motivasi  yang dijalankan untuk murid tahun 6. Program ini dijalankan berikutan beberapa program persediaan UPSR yang telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid. Program ini juga merupakan salah satu program untuk memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.
            Sokongan ibubapa untuk menjayakan program motivasi ini amatlah diharapkan. Hal ini kerana ibubapa merupakan salah seorang pendorong ke arah kecemerlangan anak-anak dalam UPSR. Oleh itu, program ini melibatkan penyertaan ibubapa sebagai tulang belakang kepada kejayaan anak-anak mereka. Dengan adanya penglibatan ibubapa, maka semua pihak termasuklah guru-guru dapat bekerjasama membantu murid-murid meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.
Secara ringkasnya Program Motivasi Insan Cemerlang dapat meningkatkan perkembangan murid-murid untuk menghadapi situasi pembelajaran yang semakin mencabar.

OBJEKTIF    :

  1. a) Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR.
  2. b)    Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
  3. c)    Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
  4. d)    Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
  5. e)    Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.
  6. f)  Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran murid-murid.

CATATAN :
      Program Motivasi Insan Cemerlang (PROVIC) merupakan salah satu program di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini antara program di bawah PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR. Saya telah menjemput seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SK Batu 6 1/2 iaitu Encik Naif Taupiang untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada murid-murid ini. Alhamdulillah program ini sedikit sebanyak memberi perubahan sikap kepada murid-murid tahun 6 dan memberi semangat kepada mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi UPSR. Semoga usaha ini dapat saya teruskan pada masa akan datang.

Jumaat, 13 April 2012

Petronas Educamp Tahun 2012












20 - 23 APRIL 2012 :
Program ini dijalankan selamat empat hari iaitu daripada 20 hingga 23 April 2012. Program yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan ini merupakan anjuran PERTOSAINS.  Saya telah ditugaskan bukan sahaja sebagai guru pengiring dalam program ini, tetapi juga sebagai fasilitator sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Haji Suharpi Lasudang kerana memilih saya sebagai fasilitator sepangjang program ini. Saya mula mengenal dunia sains ketika mengikuti progam. Bukan sahaja prserta-peserta seronok mengikuti program ini, malah fasilitator juga turut seronok kerana pengisian sepanjang program ini yang sangat bermanfaat bukan sahaja dalam mata pelajaran sains tetapi juga dalam kehidupan seharian. Terima kasih dan tahniah buat penganjur daripada PETROSAINS yang memilih Lahad Datu untuk menjalankan program ini. 

SENARAI NAMA CALON PESERTA
“PETRONAS EDUCAMP”
SK TERUSAN, LAHAD DATU


NAMA GURU PENGIRING : CIK MIMI TANTIANA BINTI GANING

BIL
NAMA PELAJAR
TAHUN 5
JANTINA
1.
AMIL FAZLIN BIN AMIL HASLI
5 STANDARD
LELAKI
2.
ZULFIKRAN BIN SALMAN
5 STANDARD
LELAKI
3.
MOHD ZULFIKRI BIN SELIHIN
5 STANDARD
LELAKI
4.
SAFWANI BINTI LAHAK
5 STANDARD
PEREMPUAN
5.
NURUL SYAFIQAH BINTI TAHIR
5 STANDARD
PEREMPUAN