Isnin, 12 Ogos 2013

BUKU PROGRAM & PAMPLET TAHUN 2012

Setiap kali sesebuah program atau aktiviti hendak dijalankan buku program atau pamplet biasanya dibuat untuk para jemputan. Tujuan menyediakan buku program atau pamplet ini adalah untuk memberi maklumat kepada jemputan tentang aktiviti atau program yang dijalankan serta tentatif sepanjang program tersebut berlangsung. Di sini saya ingin kongsikan antara buku program dan pamplet yang pernah saya hasilkan. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pembaca......Terima Kasih.
(^_^)


1. BUKU PROGRAM  PROVIC




2. BUKU PROGRAM ( PROGRAM BINA DIRI MURID)


3. BUKU PROGRAM (PROGRAM GURU PENYAYANG)



4. BUKU PROGRAM (PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR)







5. BUKU PROGRAM KEJOHANAN BOLA KERANJANG PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU



6. BUKU PROGRAM KEM BESTARI SOLAT



7. BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU



8. BUKU PROGRAM  MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN



Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada pembaca.
Segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri.


"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharahlah kami daripada seksaan api neraka."

BUKU PROGRAM @ PAMPLET TAHUN 2011

Setiap kali sesebuah program atau aktiviti hendak dijalankan buku program atau pamplet biasanya dibuat untuk para jemputan. Tujuan menyediakan buku program atau pamplet ini adalah untuk memberi maklumat kepada jemputan tentang aktiviti atau program yang dijalankan serta tentatif sepanjang program tersebut berlangsung. Di sini saya ingin kongsikan antara buku program dan pamplet yang pernah saya hasilkan. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pembaca......Terima Kasih.
(^_^)

1. BUKU PROGRAM SEMPENA MAJLIS KAU LILIN HIDUPKU





2. BUKU PROGRAM SEMPENA SUKAN TAHUNAN TAHUN 2011




3. BUKU PROGRAM SEMPENA KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH






4. BUKU PROGRAM KEM 1MURID 1SUKAN TAHUN 2011



5. BUKU PROGRAM KEM BESTARI SOLAT TAHUN 2011



6. BUKU PROGRAM KEM KEPIMPINAN DAN SAHSIAH PEMIMPIN MUDA TAHUN 2011









7. BUKU PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUL RASUL TAHUN 2011



8. BUKU PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR








Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada pembaca.
Segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri.

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharahlah kami daripada seksaan api neraka."

Ahad, 11 Ogos 2013

DIDIK DAN KUASAI DIRIMU


DIDIK & KUASAI DIRIMU

Rujukan :
JANGAN BERPUTUS ASA
Hamdan Lutfi

Bismillahirrahmanirahim...... 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tidak ada sesuatu yang lebih sukar bagi seseorang selain menguasai nafsu, mengubahnya dari sifat-sifat yang tercela dan menggantinya dengan akhlak yang mulai, kebiasaan yang baik dan perilaku yang utama.

Allah s.w.t berfirman :

"Dan siapa yang dipelihara dari kepelitan dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung."
(Surah al-Hasyr : Ayat 9)

          Nafsulah yang menghalang antara hamba dan Tuhannya. Barangsiapa yang mengetahui tentang dirinya sendiri, maka ia akan merasa rendah diri kepada Allah s.w.t. Apabila umat manusia mengatahu tentang nafsu itu, maka mereka akan menjahuinya.

        Barangsiapa yang benar-benar telah mengenal Allah s.w.t maka lisanya menjadi bisu, demikian juga perangai, hawa nafsu, adat kebiasaan dan wujudnya. Tetapi lisan hati, batin, tingkah laku, pangkat dan anugerah yang diberikan kepadanya, akan berkata untuk menampakkkan apa yang ada pada mereka. Oleh kerana itulah, sebahagian ulama berkata :

"Barangsiapa yang mengenal dirinya sendiri, maka dia akan mengenal tentang tuhannya."

         Amar makruf dan nahi mungkar adalah lebih utama daripada seribu orang yang beribadah di dalam rumah ibadah. Pejamkanlah nafsumu dan persempitkanlah keinginannya, sehingga ia tidak menjadi penyebab kehancuran bagi dirimu, kecuali apabila nafsumu itu menjadi pengikut hati dan batin. Nafsu tidak membantah hati dan batin, malahan bersekongkol dengan kedua-duanya dalam pendapat dan tujuan. Apabila kedua-duanya (hati dan batin) memerintah, maka nafsupun demikian juga. Demikian jugalah halnya dalam masalah larangan dan pemilihan.

          Walau bagaimanapun, perkara ini bukanlan satu kerja yang mudah. Hal ini merupakan satu kerja yang amat sukar dan ada kalanya memerlukan perjuangan yang besar, kerana mengancam dan mengubah keadaan jiwa, perilaku dan akhlak, dan sifat jiwa adalah menentang segala perubahan dan sesuatu yang mengancam kewujudannya sekarang walaupun sebenarnya kewujudannya tidak baik untuk jiwa, juga kerana perkara ini berkaitan dengan penerimaan keyakinan, fikiran, kenikmatan dan kesenangan hati atau tubuh, atau kebiasaan yang telah diterima. Oleh sebab itu, untuk melakukan perubahan yang basar ini, ia mesti melibatkan dasar-dasar yang menjadi landasan akhlak dan perilaku yang dituntut dalam agama islam.

Perkara yang dapat menyebabkan jiwa lepas kawalan dan seseorang tidak dapat menguasainya seperti berikut :

          Semua musibah dan kesengsaraan itu adalah lepasnya jiwa dan tidak dapat dikuasai dengan hawa nafsu menutup akal. Lepasnya jiwa tersebut dalam berbagai-bagai bentuk, tetapi di sini saya hanya memberi contohnya sahaja agar kita sentiasa berhati-hati.
  1. Menangguh-nangguh kerja, padahal ia juga perlu segera diselesaikan. ia lebih senang meninggalkannya, dia, rehat, dan bersikap tenang-tenang sahaja.
  2. Bingung dan gelisah ketika dituntut melakukan sesuatu kerja, kerana dibayangi oleh perasaan takut gagal. atau ia tidak mahu melakukan kerja tersebut kerana tidak ada keyakinan ia boleh memberi hasil yang berharga.
  3. Tidak boleh menahan diri dari mengkritik dan tidak marah kerana perkara-perkara remeh. Apabila marah ia akan merosak segala sesuatu, tidak memerhatikan akibat-akibatnya atau tidak memperhitungkan kerugian-kerugiannya.
  4. Kalut dan tidak dapat memusatkan fikiran ketika bekerja.
  5. Membebani diri dengan sesuatu yang tidak mampu ia lakukan. Hal ini akan menyebabkan kegelisahan, kekacauan, tidak boleh memusatkan seluruh kemampuan dan keseimbangannya hilang.
  6. Tidak percaya diri sendiri dan kemampuannya untuk melakukan sebarang kerja.
  7. Bosan, jemu, dan tidak sabar dalam melakukan sesuatu kerja secara berterusan.

Cara-cara mengatasi pelbagai masalah di atas :

  1. Tidurlah sekadar cukup dan jangan berlebihan. Baik sekali jika anda tidur pada waktu malam dalam keadaan berwuduk.
  2. Bangunlah segera dan janganlah terlalu lama bermalas-malas di tempat tidur.
  3. Jangan sampai terlambat mengerjakan solat subuh pada waktunya dan berjemaah.
  4. Jangan lupa membaca zikir-zikir pada waktu pagi, kerana ia adalah kunci kebahagiaan anda pada hari itu.
  5. Susunlah agenda harian anda dengan tenang, dan selepas siap dibuat, alangkah baiknya anda melihat agenda tersebut sekali lagi, renungkan sebentar semua butiran-butirannya.
  6. Berusahalah untuk memilih-milih agenda tersebut, pililah sesuatu yang anda senangi dan lebih mungkin menjadi kenyataan daripada yang lainnya, lalu kerjakanlah agenda tersebut lebih dahulu.
  7. Jika sudah tiba masanya melaksanakan agenda, mulailah dengan membaca doa.
  8. Sentiasalah tersenyum kepada setiap kawan yang anda temui pada hari itu, setelah anda mengucapkan salam kepadanya.
  9. Senanglah untuk melakukan kerja sedikit demi sedikit dari awal, seboleh-bolehnya anda menyelesaikan agenda tersebut pada hari itu juga hingga tidak ada kerja yang tinggal untuk hari esoknya.
  10. Luangkanlah masa bersama-sama keluarga dan sentiasa memberi ganjaran kepada sesiapa sahaja yang mencapai kejayaan pada hari itu, walaupun hanya derngan kata-kata. Berikan juga dorongan kepada yang tidak beruntung untuk terus berusaha dan bantulah dia melalui kegagalannya.
  11. Sisihkanlah dalam agenda anda waktu untuk berehat, waktu untuk berkelah walaupun hanya sedikit.
  12. Bergabunglah dengan jiran, kawan-kawan, dan ahli keluarga ketika ada acara dengan sikap yang ramah dan mesra.

Ya Allah......! Ampunilah kami, tutupilah kesalahan kami, jagalah rahsia kami dan terimalah taubat kami. Janganlah Engkau membocorkan rahsia kami dan janganlah Engkau menyeksa kami kerana dosa-dosa yang kami lakukan. 

          Barangsiapa yang ilmunya mengalahkan hawa nafsunya, maka itulah ilmu yang bermanfaat. Carilah ilmu dengan mendengar langsung daripada mulut mereka iaitu ilmu yang diambil daripada mulut para ulama. Sebahagian daripada ulama tersebut ada yang mengenal Allah, mengetahui hukum-hukum dan ilmuNya. Apabila kita benar-benar seperti itu, maka kita akan sendirian, tanpa nafsu yang jahat, syaitan, kesenangan, perangai, kebiasaan, dan penglihatan makhluk.

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta perihalah kami daripada seksaan api neraka."


Redha dengan Penuh Rasa Kehambaan

REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH S.W.T SEPERTI YANG TELAH TERCATAT DALAM KITAB LAUH MAHFUZNYA
Rujukan :
HADIS QUDSI 
K.H.M Ali Usman, Dr. H.M.D Dahlan, H.A.A Dahlan
MENJADI KEKASIH ALLAH
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
RIYADUS SOLOHIN
Imam Nawani

Bismillahirrahmanirahim...... 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ma'idah, ayat 119 :

                       "Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepadaNya."

Dalam hadis qudsi dinyatakan bahawa yang mula dituliskan Allah s.w.t dalam Lauh Mahfuz ialah :

"Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya orang yang tunduk patuh berserah diri kepada qada'Ku, redha dengan hukumanKu dan bersabar atas ujian dan cubaanKu, akan Aku bangkitkan dirinya pada hari kiamat kelak bersama-sama dengan orang-orang yang mempunyai martabat siddiqin."
(Hadis qudsi riwayat Dailami Ibnu Abbas r.a)

Lauh Mahfuz merupakan sebuah kitab di sisi Allah s.w.t yang tidak diberitahu kepada kita apa dan bagaimana keadaan kitab itu, hanya diterangkan dalam al-Quran adanya Lauh Mahfuz.

          Apabila engkau menjauhkan hatimu daripada semua makhluk dan mendekatlah engkau kepada Allah s.w.t., maka engkau akan melihat apa yang engkau belum pernah lihat oleh matamu, engkau akan mendengar apa yang belum pernah didengarkan oleh telinga dan akan terlintas kenikmatan di dalam hatimu, akan suatu hal yang belum pernah terlintas dalam hati seorang anak manusia.

          Dengarlah apa yang diperintahkan oleh hati dan batinmu, kerana kedua-duanya hanya memerintahkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Berasa puas dengan kemelaratan merupakan hakikat kekayaan yang sebenar. Janganlah menjadi orang yang selalu tergesa-gesa. Tergesa-gesa merupakan perbuatan yang berasal daripada syaitan,sedangkan ketenangan adalah perbuatan yang berasal daripada Allah s.w.t. Apabila seseorang itu tergesa-gesa, maka orang itu akan bersama-sama dengan syaitan, bahkan akan termasuk dalam kalangan prajurit syaitan. manakala, apabila seseorang itu berbuat sesuatu dengan tenang, teguh, sopan santun dan sabar, makan orang tersebut akan bersama-sama Allah s.w.t dan termasuk ke dalam golongan bala tenteraNya.

"Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh."
(Surah Luqman, Ayat 22)

          Keredhaan memiliki buah yang melimpah berupa keimanan. orang yang redha hatinya akan terangkat hingga ke tempat yang paling tinggi, yang kemudian mempengaruhi keyakinannya yang semakin mendalam dan kuat mengakar. Pengaruhnya kemudian adalah kejujuran dalam berucap, berbuat dan berperilaku. Kesempurnaan   penghambaan diri seseorang terletak pada pengamalannya terhadap hal-hal yang terasa berat menyangkuti hukum-hukum yang telah ditetapkan ke atas dirinya. Kesempurnaan penghambaan diri yang diterapkan ke dalam sikap sabar, tawakkal, redha, rendah diri, berhajat, hina, patuh dan sebagainya.

          Keredhaan terhadap qadha' bukan beerti redha terhadap qadha' yang tidak memberatkan, tetapi terhadap yang menyakitkan dan memberatkan. Sebagai seorang hamba, ia tidak berhak mengatur qadha' dan qadar Allah, dengan menerima yang ia mahu dan tidak menerima yang ia tidak mahu. Hal ini kerana, pada dasarnya manusia tidak diberi hak untuk memilih, hak itu hanyalah milik Allah s.w.t kerana Dia lebih mengetahui, lebih bijaksana, lebih agung dan lebih tinggi. Hanya Allah s.w.t yang pengetahui alam ghaib, menetahui segala rahsia, dan mengetahui akibat dari segala hal.

 Ada tiga perkara barangsiapa yang di dalam dirinya terkandung ketiga-tiganya, maka dia akan merasakan manisnya iman, iaitu menjadikan Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada selain keduanya; mencintai atau membenci seseorang hanya kerana Allah; dan benci untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah darinya sebagaimana benci jika dimasukkan ke dalam api neraka.

          Ketidakredhaan terhadap ketentuaan hanya akan membuka pintu keraguan kepada Allah kepada qadha, kepada qadar, kepada hikmah dan kepada ilmuNya. amatlah sukar untuk menemui manusia yang tidak redha akan terhindar dari ancaman keraguan yang menyusupi hatinya. Kalaupun ia merasa yakin dapat menghindar dari ancaman itu, itu hanya mainan perasaannya sahaja. Antara keredhaan dan keyakinan itu ada hubungan saudara yang dekat. Sedangkan keraguan dan tidak menerima keredhaan adalah dua sahabat yang akrab.

Seperti hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi :

"Jika engkau mampu beramal dengan redha dan yakin, kerjakanlah. Akan tetapi, jika engkau tidak mampu, maka sesungguhnya dalam kesabaranmu terhadap hal-hal yang tidak disukai hawa nafsumu mengandungi kebaikan yang banyak."

           Apabila seseorang hamba merenungkan ketetapan Allah yang menurutnya tidak menyenangkan dengan tiga pertimbangan berikut, nescaya musibah yang menimpa dirinya akan terasa ringan lagi mudah disanggahnya, iaitu :


  1. Menyedari adanya hikmah yang dirahsiakan oleh Pembuat qadar dan menyedari bahawa si Pembuat qadar itu lebih mengetahui kemashlahatan hamba dan apa saja yang bermanfaat baginya.
  2. Berpasrah diri untuk menunggu pahala yang besar dan ganjaran yang banyak, sebagaimana janji Allah yang diberikan kepada hambaNya yang sedang ditimpa musibah dan bersabar.
  3. Menyedari bahawa keputusan dan semua permasalahan itu adalah hak mutlak Tuhan, sedangkan hak hamba adalah berserah diri dan tunduk.
          Apabila engkau merasa keletihan, maka dia akan menanggung bebanmu atau akan memberi boncengan kepadamu. Apabila engkau dicintai Allah, maka dia akan memberikan kenderaannya kepadamu dan dia membonceng dibelakangmu. Barangsiapa yang merasakan hal ini, maka bererti dia telah mengenal Allah.Tetaplah engkau selalu merasa diawasi oleh Allah dan menuntut kepada dirimu terhadap hak-hak yang wajib dilakukannya kepada Allah dan hak-hak hambaNya. Apabila engkau menginginkan kebaikan dunia dan akhirat, maka ingatlah bahawa Allah selalu mengawasimu dan tuntutlah dirimu untuk beramal. Engkau menuntut dirimu agar melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjahui larangan-laranganNya. Engkau mewajibkan kepada dirimu untuk selalu bersabar tatkala ditimpa musibah, redha menerima takdir dan bersyukur ketika mendapat nikmat.

"Ya Allah....! Perlakukanlah diri kami dengan kedermawananMu, kebaikanMu, pengampunanMu dan rahmatMu kepada kami di dunia dan akhirat."

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta perihalah kami daripada seksaan api neraka."




Jumaat, 9 Ogos 2013

CIRI-CIRI ORANG-ORANG YANG DICINTAI ALLAH DAN DIKASIHINYA.

Ciri -ciri Orang yang Dicintai Allah.
Dari :
HADIS QUDSI
(Terjemahan : K.H.M Ali Usman, H.A.A Dahlan, Dr. H.M.D Dahlan)


  1. Orang sabar.
  2. Orang-orang yang bersatu padu berperang di jalan Allah
  3. Orang adil.
  4. Orang yang bertawakkal
  5. Orang yang berbuat baik.
  6. Orang yang bertakwa.
  7. Orang yang teliti dan tekun.
  8. Orang yang selalu memberi bantuan kepada orang yang malang.
  9. Orang yang lemah-lembut.
  10. Peramah.
  11. Orang yang taat.
  12. Orang yang mempunyai pekerjaan.
  13. Orang yang rendah hati.
  14. Orang yang selalu mengulangi doanya.
  15. Orang yang menunaikan fardu dan sunat.
  16. Orang yang mensyukuri nikmat.
  17. Orang yang fanatik terhadap keyakinan.
  18. Orang yang tidak banyak cakap.
  19. Orang penyantun.
  20. Orang yang mengutamakan hal-hal yang penting.
  21. Orang yang memuji syukur kepadaNya.
  22. Orang yang mencintai anaknya.
  23. Orang yang berakhlak tinggi.
  24. Orang yang kuat imannya.
  25. Orang yang pemaaf.
  26. Orang yang kekal dalam kebiasaannya yang baik.
  27. Orang yang suka memberi nasihat.
  28. Orang yang suka berbuat kebajikan.
  29. Pengusa yang adil.
  30. Nama yang baik.
  31. Orang yang solat, berbakti kepada orang tua, dan berjihad.
  32. Orang yang selalu berzikir kepada Allah.
  33. Orang yang suka menolong sesama manusia.
  34. Orang yang selalu menggembirakan sesamanya.
  35. Orang yang tidak lancang berbicara.
  36. Orang yang perbuatannya didasarkan kerana Allah.
  37. Orang yang diberi nama "Hamba Allah".
  38. Tempat yang dicintai Allah.
  39. Orang yang ucapan dan kata-katanya baik.
  40. Orang yang memiliki ketrampilan.
  41. Orang yang memberikan bantuan belajar.
  42. Orang yang berakhlak luhur.
  43. Rumah penginapan dan pendidikan anak yatim.
"Ya Allah, aku memohon cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta perihalah kami daripada seksaan api neraka......Amin".

Khamis, 8 Ogos 2013

ISTIQAMAH IKUT SUNNAH HARIAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Sunnah Harian Nabi Muhammad S.A.W

  1. Solat sunat tahajud sepertiga akhir malam setiap malam kerana kemuliaan seorang mukmin itu terletak pada tahajjudnya.
  2. Solat sunat witir setiap malam sebelum fajar subuh kerana Allah itu ganjil dan menyukai yang ganjil.
  3. Membaca al-quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-quran terlebih dahulu dengan pemahaman.
  4. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid kerana masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
  5. Jaga solat sunat dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Perlu diingat, jangan sekali-kali berniat solat dhuha kerana hanya untuk memudahkan rezeki tetapi berniatlah kerana Allah. In shaa Allah rezeki akan datang.
  6. Solat di awal waktu kerana inilah amalan Nabi Muhammad S.A.W.
  7. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Sedekah banyak bentuk, tidak semestinya wang ringgit sahaja, kata-kata yang baik pub adalah sedekah, membantu orang dalam kesusahan pun adalah sedekah dan macam-macam lagi.
  8. Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib "Orang yang sentiasa berwudhu sentiasa merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa iaitu ampuni dosanya dan sayangi dia Allah.
  9. Amalkan istifhfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
  10. Berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W setiap waktu kerana Allah dan malaikatNya pun berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Di akhirat nanti tiada siapa yang boleh menolong kita melainkan dengan syafaat Nabi Muhammad S.A.W dengan izin Allah.

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta perihalah kami daripada seksaan api neraka."
(Al-Baqarah : 201)

Amin...